SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 14

Aku bukan tak nampak yang wajahnya sudah berubah bila melihat Farina duduk semeja denganku. Aku tak bodoh nak menilai perasaan dia masa tu. Aku tahu yang dia sedang cemburu dan api cemburunya itu jelas dimatanya.
Dari mula dia masuk ke dalam cafe lagi aku nampak cara dia pandang kami. Namun, dia memang bijak bermain dengan perasaannya. Dia terlalu bijak menyembunyikan apa yang dia rasa. Makin dia dekat dengan meja kami, senyumannya makin mekar dilakarkannya.
Farina. Kami terserempak secara tak sengaja sewaktu minum petang di Bharat Tea. Walaupun hari Isnin tapi masih ramai orang disitu. Mungkin singgah sebentar sebelum turun ke Tapah. Kebetulan Farina hanya berkeseorangan dan kami tiada tempat duduk. Makanya, kami berkongsi meja dengannya.
Rupanya pertemuan di ladang teh Bharat Tea itu hanya permulaan pada pertemuan seterusnya. Tadi sewaktu aku sedang menunggu Nisa untuk sarapan, aku terserempak dengan Farina. Barulah aku tahu yang kami menginap dihotel yang sama. Disebabkan ada Farina yang kebetulan mahu sarapan juga, maka aku masuk ke cafe dulu. Menunggu Nisa didalam cafe.
“Nisa naik dululah, abang Iwan. Nak memerut. Lagipun, kesian dekat waiter tu asyik kena bersihkan meja kita je. Dia pun dah naik geram asyik tengok Nisa bangun ambil makanan.” Seloroh Nisa.
Aku ketawa sambil mengangguk.
Dia bangun. Aku lihat wajah pelayan yang asyik datang kemas meja kami. Betul, budak tu buat muka geram tapi bila dia lihat Nisa melangkah keluar, nampak dia lega.
Aku senyum.
Kalau aku pun, aku penat. Nisa pula tu, bila pergi ambil makanan akan ambil pinggan yang baru. Mestilah jadi meja itu penuh. Maka, kenalah dia mengemas. Itu yang buat dia jadi penat. Tapi kalau dah memang itu kerja kau. Buat sajalah. Tak perlu nak marah ke apa.
‘Eyh. Marah pula Iwan. Kenapa?’ Hati aku bertanya.
Memang nampak sangat yang aku sedang membela Nisa, kan? Tapi taklah. Aku cuma mengatakan benda yang betul. Hak dia untuk buat macam mana pun. Dia pelanggan kau. Dan apa yang kau buat itu memang sudah kerja dia. Buat sajalah. Kenapa nak tunjuk muka marah atau pun tak suka. Kalau tak suka, tukar kerja. Jangan kerja disini.
“You dengan Nisa tu couple ke? Semalam ingatkan dia tu wife you. Tapi ni kalau dah turun asing, mesti bilik pun asing-asing. So, is she your girlfriend?” Tanya Farina.
Aku pandang dia.
“Kalau bukan?” Aku tanya kembali.
“Boleh I masuk jarum.” Jawabnya. Selamba.
Kami sama-sama ketawa.
“Sorry, I'm taken.” Kataku sambil mengangkat kedua tanganku paras dada.
“Melepaslah I.” Katanya sambil memegang dadanya.
Kami ketawa.
Aku pandang Farina. Dia cantik, bergaya dan sopan. Kalau bawa jumpa Mami pun gerenti Mami luluskan. Tapi entah kenapa aku lebih sukakan senyuman Nisa berbanding Farina. Walaupun boleh bergelak ketawa dengannya sekarang ini tapi aku tak rasa selesa seperti mana bila aku dengan Nisa. Kemesraan kami lebih pada kemesraan seorang kawan. Tak lebih dari itu.
Ting!
Satu mesej whatapp masuk ke telefon bimbitku. Aku ambil dan membukanya. Dari Nisa.
Take your time with Farina.
Nisa keluar jalan-jalan dekat kawasan hotel ni.
Appointment petang ni dorang dah batalkan. 
So, yippie!! 
Enjoy your day.
Sepatutnya pagi ini kami sudah check out dan turun ke bawah memandangkan aku punya temujanji dengan seorang rakan niagaku pada jam 3 petang. Tapi Nisa mengadu yang dia belum puas lagi bercuti. Sudah alang-alang naik ke atas ni. Dia nak betul-betul berehat dan bercuti.
Makanya aku buat perjanjian dengannya. Janjiku padanya, kalau dia berjaya batalkan temujanji aku petang ni, maka kami akan turun pada esok hari. Dan nampaknya dia berjaya. Memang terbukti Nisa cekap bab membatalkan appointment aku.
Aku senyum.
“Nisa ke?” Tanya Farina.
Aku angguk.
“Patutlah senyum. Dapat mesej dri kekasih hati.” Usiknya.
“Merangkap PA. Dia bagitau appointment I hari ni dah dibatalkan. So, another one night here. Boleh jalan-jalan dekat sini hari ni.” Kataku.
"Wah, bestnya. Bolehlah I join you all. If you don't mind." Katanya.
"I okey je." Balasku.
Takkan nak kata aku kisah walaupun sebenarnya aku kisah. Jatuhlah air muka aku kalau aku menolak. Hilang wajah lelaki sporting and cool yang dianugerahkan Farina semalam.
Aku sebenarnya nak luangkan masa dengan Nisa. Sebab tu aku ajak dia naik sini. Saja nak tau masalah dia yang buatkan dia muram saja. Dan saja nak korek rahsia macam mana dia boleh kembali ceria. Tapi kalau dah Farina ikut sama, macam mana nak buat sesi dari hati ke hati? Dahlah semalam tak sempat. Nisa pandai mengelak.
“Jomlah. You all nak pergi mana pagi ni? I boleh jadi tour guide. Bestnya. Selalu pergi seorang, hari ni berteman.” Kata Farina begitu teruja.
“Taklah sekarang. Nisa kata dia nak jalan-jalan sekitar kawasan hotel ni dulu. Nanti dia dah siap, I'll inform you. Kad yang you bagi tu, I ada simpan.” Kataku.
Dia angguk.
“Eyh, tapi you tak tanya Nisa dulu ke? Buatnya dia kisah. Kot lah mengacau korang nanti.” Katanya.
Aku senyum.
Terus aku mengambil telefon dan mendail nombornya. Tidak diangkat. Aku cuba sekali lagi. Juga tiada bersambut. Aku pandang Farina dengan wajah cemas. Sekali lagi nombor dia aku dail. Tak angkat.
“Tak angkat. Dia tak bawa telefonlah tu. Dia memang malas bawa telefon.” Kataku menyedapkan hati sendiri. Aku terus bangun meninggalkan Farina.
Aku keluar mencari Nisa. Di lobi tiada. Aku minta receptionist menelefon biliknya. Mungkin dia tak perasan panggilan telefonku. Aku sedia maklum, dia suka meletakkan volume telefonnya pada tahap minimum. Tapi masih juga tiada siapa yang angkat.
Aku keluar dari bangunan hotel. Aku mencarinya di hadapan lobi. Tiada. Aku keluar lebih luar lagi. Masih tiada. Aku jalan ke belakang bangunan, baru aku nampak kelibatnya di kawasan lapang ditepi bangunan hotel.
Aku lihat dia sedang mengambil gambar kawasan sekeliling. Aku putuskan untuk jadi pemerhati saja. Aku tak mahu mengganggu dia dengan minatnya itu. Minatnya dengan gambar membuatkan dia sentiasa membawa kameranya kemana saja walaupun ke pejabat. Satu perkara yang aku perasan, dia suka ambil gambar pemandangan dan gambar candid.
Sedang asyik aku memerhatikan dia, tanpa sedar tanganku sudah membuka kamera ditelefon bimbitku dan merakam video Nisa yang sedang melakukan aktivitinya. Senyuman dibibirku makin mekar. Aku suka tengok dia bila beraksi dengan kameranya. Dia nampak seksi sangat.
Aku geleng kepala. Tersedar yang aku sudah melebihi batas seorang pemangsa dengan mangsanya. Sudah gaya seorang kekasih dah ni.
‘Sudah kenapa aku ni?’
Tangan aku yang sedang merakam video Nisa juga sudah aku turunkan. Aku matikan rakaman itu dan berjalan mendekati dia.
“Kak Fina mana?” Tanyanya bila dia sedar kehadiran aku.
“Entah. Tadi abang Iwan try call Nisa tapi tak dapat. Terus abang Iwan cari Nisa. Lupa pula nak ajak dia.” Jawabku. Jujur.
Jujur adalah perkara yang jarang aku ucapkan bila dengan Nisa. Yelah, kecuali hal kerja. Hal lain, mestilah sebab nak ambil hati dia. Kata nak mengorat dan menggoda dia. Mestilah kena gula-gula sikit. Barulah menjadi.
“Nisa letak dalam bilik. Lecehlah nak bawa handphone. Lagipun, mengganggu.” Jawabnya.
Aku sekadar angguk.
Mataku tepat memandang dia. Ada peluh halus didahinya buatkan tanganku spontan hendak mengelapnya. Tindakan luar sedar aku telah menerima tepisan kasar dari Nisa.
“Pehal Abang Iwan ni. Buang tebiat?” Marahnya.
Aku tersengih dengan tindakan luar sedarku itu. Dia mengibas-ngibaskan tempat aku sentuh dia tadi dengan muncungnya. Dia pandang aku gaya tak puas hati.
“Najis betul. Dahlah tak boleh nak samak. Main pegang-pegang orang. Ada lesen ke nak pegang-pegang ni?” Marahnya.
Dia terus berlalu masuk ke ruang lobi sambil membebel-bebel kerana marahkan aku yang memegangnya tadi. Sanggup meninggalkan aku terpinga-pinga keseorangan disitu. Aku ikutnya dari belakang.
"Janganlah marah lagi. Tindakan reflects. Sayang sangat dekat Nisa sampai tak sanggup tengok peluh menitik dekat muka Nisa." Pujukku.
“Tapi tak payahlah nak pegang. Ini khas untuk suami Nisa saja. Abang Iwan tak ada hak.” Marahnya.
“Macam tu, turun nanti kita jumpa abah Nisa. Abang Iwan nak minta izin nikahi Nisa.” Kataku.
“Tak payah.” Katanya.
Dia menutupkan matanya seketika. Aku pandangnya dengan senyuman. Aku suka tengok dia menenangkan dirinya. Dia buka matanya.
“Nak apa telefon Nisa?” Tanyanya.
“Farina nak ikut kita. Dia kata, dia boleh jadi tour guide since dia dah biasa disini.” Jawabku.
“Okey. Nisa naik dululah. Pukul berapa nak pergi ni?” Katanya sambil memandang aku.
"Sebelas macam tu." Jawabku.
Dia memandang jam ditangannya. Kemudian dia angguk.
“Okey, sebelas dekat sini. Kalau lambat, Nisa merayap dulu dekat depan tu. Abang Iwan kacau tadi. Tak dapat nak snap gambar pape.” Katanya dan terus berlalu.
Aku balik yang kena. Apa-apa sajalah Nisa. Janji kau bahagia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan