SUBSCRIBE

Selasa, Februari 14, 2017

GEMUK DURJANA 2

Aku memandang cermin pandang belakang. Kereta dibelakang aku tu cerminnya hanya sedikit gelap. Jadi aku boleh nampak dengan jelas yang dia sedang senyum. Dan senyuman itu macam ditujukan kepada aku saja.
Walaupun nampak ketembaman diwajahnya tapi senyuman dia seksi weh. Itu belum lagi aku tengok dia ketawa. Walaupun macam orang gila sebab ketawa dalam kereta seorang diri tapi aku tetap rasa dia menggoda. Sangat menggoda sanubari aku ni.
Auch!
Sakit pula kena cubit dengan orang sebelah ni. Aku pandang orang sebelah aku yang menunjukkan kearah lampu isyarat didepan. Aku pandang ke depan dan melihat lampu isyarat sudah hijau. Terus aku masuk gear.
Aku geleng kepala. Aku senyum. Pandang anak dara orang sampai tak sedar lampu isyarat dah tukar warna hijau.
‘Cepat pula lampu ni bertukar warna. Selalu tu lama je’
“Berangankan siapa tu?” Soal orang sebelah aku. Marah saja bunyinya.
“Tak ada siapa, Mami.” Jawabku.
Mami aku ni tak boleh nampak aku berangan, mesti dia ingat aku berangan dengan mana-mana perempuan. Aku bukan berangan, aku cuma pandang anak dara orang kat belakang tu je. Itu pun kalau anak dara. Buatnya isteri orang. Buat dosa saja.
‘Dah tu, pandang anak dara orang tak dosa’ Aku senyum dengan kata hatiku itu.
Mami aku ni, kalau boleh sekarang juga Mami nak aku nikah. Tak sabar katanya nak timang cucu. Padahal bukan tak ada cucu. 2 orang dah anak Kak As. Kakak aku yang sulung dan satu-satunya adik-beradik yang aku ada. Tapi mami selalu kata, dia nak anak dari aku.
Aku tarik nafas dalam.
Kalau lepas kahwin tu boleh mengandung. Buatnya jadi macam kes kakak si Zahran, Nita. Parah. Mau nasib isteri aku tu sama macam Nita. Dipaksanya aku kahwin lain. 
‘Memang taklah. Aku ni lelaki paling setia diabad ini.’
Aku cebik dengan kata hati aku. Otak aku tak boleh terima apa yang hati aku cakap. Rasa macam poyo pula.
Belum kahwin lagi. Bercinta pun tak pernah lagi. Dah pandai-pandai nak kata orang paling setia. Lupa ke yang hati itu dipegang sepenuhnya oleh Allah? Bila-bila masa pun Allah  boleh pusingkan. Dari benci jadi sayang. Dari sayang jadi benci.
Kun Faya Kun.
“Hang tu tengah bawa kereta. Jangan nak berangan. Ingat sikit. Mami ni masih belum timang cucu lagi. Jangan sampai Mami kempunan. Mami kacau hang sampai mati nanti.” Tegur Mami yang menyedarkan aku dari khayalanku.
“Mengarutlah, Mami. Khurafat semua tu.” Balasku.
“Mami ingatkan saja. Kau tu tengah drive. Jangan sebab kau berangan, Mami mati ditangan kau. Menangis air mata darah pun, Mami tak boleh hidup semula.” Kata Mami lagi.
“Baik, Mami.” Balasku.
Aku betulkan dudukku. Tangan distering kereta. Lurus. Mata aku pandang ke hadapan. Konon-konon sedang fokus. Padahal sengaja mahu mengusik Mami. Mami ketawa dan menepuk lembut bahuku.
“Hang duk pandang budak sebelah tu ka?” Tanya Mami sambil menunjukkan kereta disebelah kiriku. Aku pandang kearah kiriku. 
‘Dia’
Ya, dia yang tadi aku tengok melalui cermin pandang belakang kini ada disebelah keretaku. Tengah mengetuk-ngetuk stering keretanya sambil menghangguk-hangguk kepalanya. Badannya juga turut mengikut rentak hanggukan kepalanya. Entah lagu apa yang didengarnya. Syok saja. 
“Tok sahlah cari menantu macam tu untuk Mami. Tak berkenan. Meroyan ke apa ke? Cuba duduk dalam gheta tu diam-diam. Selawat ka, zikir ka. Ini dak. Duk terhanguk lagu entah apa-apa lah tu. Aih, minta simpang.” Keluar loghat utara Mami.
“Tak baik lah Mami ni. Entah dia tengah stress ke. Sajalah tu duk nak release stress. Lagipun, dia seorang. Bukan dia kacau orang pun.” Balasku.
“Back-up nampak. Awat? Love at the first sight ke?” Usik Mami. Bibirnya sudah melontarkan senyuman menyakat yang paling parah diabad ini.
Aku geleng kepala.

Macam-macam Mami nilah. Tu tak lain nak kenenkan aku dengan anak orang tu lah tu. Mami. Mami. Ada-ada saja idea dia nak suruh aku kahwin cepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan