SUBSCRIBE

Selasa, Februari 14, 2017

GEMUK DURJANA 3

Perh!!! Kacak gila...
Memang betul kacak mengikut pandangan mata aku. Aku tak tipu. Kulit dah lah sawo matang. Dengan mata dia yang bersinar tu buatkan aku tengok macam mata dia ada air pula. Tergoda pula pada pandangan pertama.
Itu belum lagi cerita pasal hidung dia yang mancung tu dan bibir dia yang nipis. Ditambah lagi dia pakai kemeja yang mengikut bentuk badan dia dan dilipat pula lengannya. Memang seksi. Aku cair habis.
“Please lah jangan duduk depan budak ni.” Kataku perlahan.
Pemuda yang baru masuk tadi berjalan kearah meja aku. Aku sudah tundukkan pandanganku. Aku harap dia berjalan tidak melepasi mejaku. Biarlah dia duduk dihadapanku.
“Ha?” Tanya Norli yang sedang khusyuk menguis Snowy Ice Mango.
“Abaikan.” Kataku.
Memang tak akan aku cerita pada dia tentang lelaki itu. Lelaki yang kacak dan bergaya macam tu kalau Norli nampak, maunya aku malu setahun. Dia bukan boleh tengok lelaki kacak, nanti dia tenung lelaki itu macam nak tembus. Itu belum lagi kalau gila dia sampai. Mahu dia pergi duduk semeja lelaki itu.
Tak sanggup aku nak hadapi situasi memalukan itu.
Sebab tu aku harap lelaki itu tidak melepasi meja yang sedang aku duduk. Tapi sayangnya, dia berjalan terus ke belakang. Aku kawal diri aku dari pandang ke belakang tapi aku tak berdaya bila badan aku turut mengikut langkahnya ke belakang. Dia duduk berhadapan dengan Norli.
Aduh.
“Aku tahu kau crush dengan lelaki tu, kan? Kau ni memang tak ada test lah. Carilah yang kulit putih melepak. Itu baru namanya handsome.” Kata Norli selamba saja tanpa menghiraukan orang lain.
“Tak payah nak cakap macam buat announcement. Meja dia dekat belakang aku saja. Nanti dia terdengar pula.” Tegurku.
Hakikatnya, aku tak suka Norli bercakap main ikut sedap mulut saja tanpa fikirkan perasaan orang. Aku pun terasa sebab aku pun taklah putih. Atleast mamat tu kulit sawo matang, aku ni? Hitam manis. Terasa tau. Mentang-mentanglah kulit dia tu putih. Pandang orang kulit tak cerah ni sebelah mata pun tak mau.
Nyampah!
“Sorry, did you ladies talking about me?” Tegur mamat yang aku pandang tadi. Dia berdiri antara aku dan Norli.
Aku buat tak tahu saja, biarkan Norli yang menjawab. Aku tak nak masuk campur. Bukan aku yang bercakap tentang dia tapi Norli. Aku cakap dalam hati. Tak ada komen negatif.
"Handsome sangat ke kau untuk kami cakap pasal kau?" Tanya Norli menjawab soalan mamat tu.
“Tak handsome ke I untuk you all mengata?” Tanya mamat tu kembali.
“Memang tak handsome pun. So, tak ada sebab pun nak mengata ke nak mengumpat ke nak bercerita tentang kau.” Jawab Norli selamba.
Aku pandang muka mamat tu dan muka Norli silih ganti. Mamat tu muka dah benggang gila. Yang si Norli pula selamba menyudu ais yang memang ada dihadapannya itu. Sedikit pun tak pedulikan mamat tu yang sedang mengepal penumbuk untuk diberikan kepada Norli. Seketika kemudian, aku lihat dia sudah menjatuhkan tangannya ke meja kami. Dia sudah bersedia untuk membalas kata-kata Norli.
Aku bangun dan berjalan untuk berdiri ditengah antara mamat tu dan Norli. Aku tolak badan mamat tu dengan jari telunjukku. Suruh dia buka ruang untuk aku berada ditengah.
Drama ni kalau tak ada orang masuk campur, mahu satu kedai ni jadi penonton. Aku bukan tak tahu yang Norli memang pakar dalam bab perlawanan mulut. Dan aku rasa mamat depan aku ni pun macam selalu jadi juara cari pasal.
“I'm so sorry. Cousin I ni baru lepas gaduh dengan boyfriend dia. Masalah rumahtangga.” Terangku.
Walaupun ianya ada satu penipuan yang jelas tapi aku rasa ini adalah jalan terbaik untuk meredakan keadaan yang sedang menegang diantara mereka. Sekurang-kurangnya mamat ni boleh fikir yang Norli cuma lepaskan geram dan tak bermaksud untuk menyakitkan hatinya. Maka tidaklah dia berdendam atau mencari pasal lagi dengan Norli.
“Nisa.” Marah Norli. Perlahan.
Aku hanya sengih.
“I see. No wonder boyfriend dia buat perangai sebab perangai dia pun macam sampah. Lelaki mana yang tahan perangai macam sampah macam ni.” Balas mamat tadi.
Aku tarik nafas. Aku ingatkan alasan aku tu menjadi tapi nampak gaya macam mengeruhkan lagi keadaan. Mamat inilah. Muka saja kacak tapi mulut sama macam minah ni. Longkang.
“What did you said?” Suara Norli sudah meninggi.
Norli sudah bangun dan mencerlungkan matanya kepada lelaki tadi. Tangannya sudah diletakkan dipinggangnya tanda dia sangat marah. Aku menghadap Norli dan memaksanya untuk duduk tapi dia masih tidak puas hati dengan mamat yang sedang tersenyum sumbing itu. Gembira dapat menyakitkan hati Norli, agaknya.
“By the way, I'm Rizal. You may call me Riz.” Tanpa menghiraukan amarah Norli, mamat itu memperkenalkan dirinya.
Aku kembali ke posisi aku tadi. Berdiri diantara mereka berdua. Dia pula sudah menghulurkan tangannya kepadaku. Aku pandang dia. Aku ni bertudung, takkan dia tak tahu batasan antara lelaki dan perempuan. Aku tarik nafas. Salamnya aku sambut. Courtesy.
“Tak payah nak salam sangat. Orang kurang agama. Tak tahu agaknya yang lelaki dan perempuan itu haram bersentuhan.” Kata Norli sambil menjeling tautan salam kami. Segera aku menarik tanganku.
“It's call courtesy, Norli.” Jawabku perlahan tanpa sedikit pun memandangnya.
“Dalam Islam tak ada makna courtesy. Itu semua dakyah-dakyah palsu. Courtesy yang dibenarkan adalah berlapik.” Balas Norli.
Malu sih. Benda asas macam ni pun aku boleh redah kasi pecah. Macam mana boleh lupa nak bubuh lapik masa bersalam tadi? Ini tak lain tak bukan, mesti sebab perasaan nak sangat rasa tangan mamat kacak bernama Riz ni, lah ni. Adoi...
Allah, maafkan aku.
“Nama you siapa?” Tanya Riz.
“Saya Nisa. Panggil Nisa. Yang ni Norli.” Aku dengan ramahnya menjawab.
Norli mencemekkan mukanya. Nampak benar dia tak suka dengan mamat ni. Aku buat tak tahu saja. Malas nak layan angin si Norli ni. Nak kata gaduh dengan laki, bteman lelaki  pun tak ada. Siapa yang berani nak mengorat minah ni. Garang bukan main.
“Lagi nak tahu apa? No telefon? Alamat? Birthday?” Norli melepaskan nada tak puas hati.
“Nak bagi ke?” Tanya Riz semula.
“Riz, saya rasa baik awak pergi duduk tempat lain. Saya pun rasa nak balik lah. Saya tak suka kecoh-kecoh kat tempat awam ni.” Kataku dan segera menarik tangan Norli untuk berlalu.
“At least give me your phone number. Nanti boleh I call or whatapp you.” Kata Riz yang turut bangun.
“Next time.” Kataku.
Aku tarik tangan Norli untuk keluar dari situ setelah selesai membuat pembayaran makanan kami tadi. Mujur kereta depan kedai saja. Cepat sikit hilang bayangan Riz dari mata Norli.
“Next time.” Ejek Norli bila kami sudah didalam kereta.
“Norli, apa yang tak puas hatinya lagi. Sudah tu sudah lah.” Kataku.
Aku tak suka dia dengan perangai keanak-anakkannya itu. Benda dah berlalu. Sudah lah. Apa lagi yang nak dipanjang-panjangkan.
“Kau tu. Hati-hati sikit dengan lelaki ni. Tak suka betullah aku dengan mamat tu. Entah kenapalah aku jumpa dia hari ni. Dia buat hati aku panas betul.” Luah Norli.
Aku abaikan saja. Aku hidupkan enjin kereta dan segera memakai tali pinggang keledar. Setelah itu aku masukkan gear dan terus keluar dari tempat letak kereta itu.
“Aku kalau jumpa lagi dengan mamat tu, aku harap masa tu aku bawa cili. Aku cili-cilikan mulut dia tu.” Luah Norli dengan aksi mencili orang.
“Dahlah, Norli. Yang kau marah tu tak ada depan mata kau. Aku yang nak dengar ni dah panas telinga. Kau bila balik Singapore?” Aku mengubah topik perbualan kami.
“Lusa.” Jawabnya dengan cemberut diwajah.

Aku diam saja lepas tu. Malas nak buka mulut dah. Takut nanti ada saja topik yang dia akan kaitkan dengan budak nama Riz tu. Sepupu aku. Mestilah aku tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan