SUBSCRIBE

Ahad, Ogos 20, 2017

EHPW 1 : Nita

“Allah.” Aku menggaru kasar belakang kepalaku. Betul-betul menserabutkan otakku.
Saat ini, aku harap sangat Allah tolong aku untuk fahamkan abah apa yang sedang aku rasakan. Aku bukan minta benda mengarut. Apa yang abah nak buat ni, baru nampak mengarut.
“Abah, cuba faham. Orang belum habis belajar lagi. Ada lagi setahun nak habis degree. Tunggu sampai habis degree baru kahwin.” Rayuku. Perkataan orang yang aku gunakan merujuk kepada diriku. Kebiasaan bila bercakap dengan abah dan mama.
“Kau bincanglah dengan tunang kau tu. Abah dah malas nak cakap dengan kau ni. Dah dapat jodoh yang baik pun masih nak bertangguh. Ingat senang ke nak dapat seorang lelaki yang baik dan soleh?” Suara abah jauh. Gaya orang merajuk.
Keluhan abah itu lagilah buat aku rasa tak senang. Buat aku jadi serba salah. Aku memang tak boleh buat abah macam ni. Aku tak selesa dan rasa berdosa sangat.
“Abah, janganlah macam ni. Ya... Orang ikut saja cakap abah.” Aku mengalah. Bukan dalam kata sebenar.
Aku mengeluh. Dengan lemah, aku bangun dan berjalan masuk ke bilik. Mengambil telefon bimbitku yang berada di atas meja sisi katil. Aku duduk dibirai katil. Aku buka aplikasi mesej dan mula mencari namanya di dalam senarai nombor telefon dari Nokia 3310 ku ini. Entah siapa yang simpan nombor telefonnya ke dalam telefon bimbitku ini. Aku pun tak tahu. Bila aku buka senarai nombor telefon sehari selepas ditunangkan, aku lihat nombornya tertera di bawah nama 'abah'.
Awak. Jumpa jom. - Nita
Ok. - Azril
Nanti ambil saya kat rumah. - Nita
Ok. - Azril.
Aku tekad untuk berjumpa Azril, tunang aku seminggu yang lalu, hari ini juga. Walaupun aku tak rasa pun nak jumpa dengannya. Namun, ini urusan hidup aku yang sedang diceroboh. Suka atau tak, aku kena jumpanya dan berbincang dengannya.
Aku meletakkan semula telefon bimbitku di atas bantal dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mengambil penyapu. Rutin setiap hari Ahad, mengemas bilik tidurku agar sentiasa bersih dan teratur.
“Nita, keluar kejap.” Suara mama memanggilku sambil mengetuk pintu bilik.
Dengan tangan bersarungtangan yang memegang penyapu, kaki berstokin dan muka ditutup dengan tuala 'good morning' gaya ninja, aku keluar. Tak sempat nak bertanya tujuan mama memanggilku, aku dengar satu suara asing ketawa. Halus saja.
Aku pandang ke arah suara itu. Azril sedang ketawa tanpa memandang ke arahku. Nampak yang dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak sudi nak pandang aku. Huh! Sentap!
“Lawak sangat ke? Tak pernah tengok orang pakai macam ni?” Garang aku menyemburnya dengan mata yang mencerlung.
Dia tetap tak pandang aku. Sentap ganda dua!
“Nita!” Tegur abah yang duduk disebelahnya.
Terus aku tundukkan pandangan mata dan masuk ke bilik. Sedih betul hati kena marah dengan abah. Depan dia pula tu. Marah pun ada. Sedih pun ada. Sentap ganda tiga!
Terus saja aku mengambil telefon bimbitku. Namanya di ruang mesej aku buka dan sekali lagi menghantar pesanan ringkas kepadanya.
Apasal datang? - Nita
Dah dia nak jumpa. Tapi tak bagitahu bila. Suruh ambil kat rumah saja. - Azril.
‘Aku pun satu gak.’ Aku ketuk kepalaku perlahan.
Aku letakkan telefon bimbitku semula dan meneruskan kerja-kerja mengemas bilik hingga siap. Lagipun, nak siap dah pun. Tinggal nak buang sampah dan mop saja.
Dia?
Biarlah dia bersembang dengan abah dan mama. Rancak saja aku dengar dia sembang. Kejap-kejap ketawa. Macam tak kisah pun kalau aku lambat siap.
Selesai mengemas, aku bersihkan diri. Tak boleh lambat bersihkan diri. Nanti kuman merebak. Habis gatal kulit nanti. Hidung pun nanti mula nak bersin. Naya ke aku. Dahlah nak keluar dengan dia. Buat malu saja.
Selepas mandi, aku mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna hitam, berseluar palazo warna krim dipadankan pula dengan tudung rona merah jambu lembut tanpa corak. Dengan beg sandang tepi, aku keluar dari bilik.
“Dah. Jom.” Ajakku sebaik keluar dari bilik.
“Lamanya ibu lang bersiap. Selalu sekejap. Nak melawa lah tu. Tapi tak lawa pun Damia tengok.” Tegur Damia, anak Wanisyah, sepupuku.
Aku jelingnya tajam. Geram betul dengan komen jujur dari Damia itu. Namun, cepat saja aku sedar. Aku ada misi yang lebih penting dari marahkan budak ni.
“Mama awak mana?” Tanyaku kepada Damia yang sedang duduk di atas ribaan Azril.
“Mama work.” Jawab Damia.
Aku pandang mama. Kerja apa hari Ahad ni?
“Kejap lagi Mawar datang. Abang Zack kau nak pergi Melaka. Nak tinggalkan Mawar sekejap. Dia ada hal nak buat. Saja suruh Wanisyah hantar Damia. Buat teman Mawar.” Mama menerangkan kepadaku.
Aku angguk.
Kalau buat teman tu, maknanya, sekejap lagi penuhlah rumah ni dengan kanak-kanak ribena. Kalau dah ada Mawar dan Damia. Nanti pasti akan menyusul Ayush, Aishah dan Zil. Riuhlah suara mereka bermain.
“Ayah lang, tak nak bawa Damia pergi jalan ke?” Tanya Damia. Manja.
Aku kerut dahi mendengar Damia memanggil Azril ‘ayah lang’.
“Jangan nak semak. Duduk rumah saja.” Pintasku sebelum sempat Azril menjawab.
“Next time, ya?” Balas Azril sambil mencium dahi Damia.
“Mama, abah, orang keluar dulu.” Pamitku. Aku bersalaman dengan abah dan mama.
“Pakcik, makcik, saya bawa Nita keluar dulu. Insya Allah, nanti saya hantar semula.” Pamit Azril pula. Dia bersalaman dengan abah dan hanya menundukkan kepalanya kepada mama.
Mama membalasnya dengan senyum.
Aku menunggunya memakai kasut dihadapan pagar rumah. Aku tak tahu yang mana satu keretanya. Aku membontoti langkah Azril ke keretanya setelah dia melepasiku.
Dia bergerak ke sebuah kereta dan berhenti di sebuah kereta jenama Mercedes model CLK2004. Dia buka pintu kereta dan masuk ke dalam tanpa mempelawaku.
Terlopong sebentar aku. Patut abah kata jodoh yang baik. Kaya rupanya mamat ni. Sejak bila abah jadi mata duitan? Takkan abah tak tahu anak dia ni anti-orang kaya?
Dengan muka tak puas hati sebab bakal dinikahkan dengan anak orang kaya, aku masuk juga ke dalam kereta tersebut dengan pelbagai tanggapan negatif tentang orang kaya. Dan mulalah pelbagai kisah drama Melayu masuk dalam kepala otak aku.
“This is not mine.”
“Tak ada tanya apa pun.”
“Just inform.”
“Kerek.”
“What?”
“Nothing.”
Keadaan kembali sunyi. Aku biar saja dia nak bawa aku ke mana pun. Malas nak tanya. Tak rasa pun nak tanya. Biarlah pergi mana pun, aku tak kisah. Tak rasa nak tahu atau pun ambil tahu. Biarlah ke mana pun. Tujuan aku cuma satu. Tangguhkan perkahwinan kami atau batalkan terus. Itu saja. Kalau nak cakap dalam kereta pun tak apa.
Aku pandang ke arahnya. Aku tenung wajahnya yang sedang senyum. Pandangannya tertumpu ke arah jalan raya tapi aku nampak bola matanya yang berwarna hazel itu sedang menjelingku.
“Do not look at me like that. I’m shaken.” Dia melebarkan senyumnya.
Aku buat tak tahu. Terus juga merenungnya. Meneliti setiap inci wajah putih bersihnya yang sedang kemerahan. Mukanya memang nampak kebudak-budakan. Mujur muka lelaki Melayu. Kalau tidak, sudah serupa artis Korea.
‘Orang kacak macam ni masuk meminang aku? Aku tak rasa betul. Abah silap. Aku yakin. Keluarga dia yang paksa.’ Aku angguk tanda setuju dengan pendapatku.
“Kenapa keluarga awak nak cepatkan perkahwinan kita? Tak boleh tunggu sampai saya habis belajar ke? Bukan lama pun. Setahun saja lagi.” Aku terus bertanya. Malas nak fikir banyak. Dan malas nak bermanis bicara.
“It’s not my family.” Jawabnya.
“Come on. Takkan awak. Awak pun gaya kena kahwin paksa saja.” Balasku.
“No!”
Dia memalingkan pandangannya kearah aku. Badannya turut dipusingkan ke kiri. Kami saling menghadap dalam keadaan mengiring. Dia merenungku dan aku palingkan pandangan ke arah jalan raya. Mujur waktu itu kereta berhenti kerana lampu isyarat sedang berwarna merah.
“Betulkan?”
“Nope”
“Tak payah nak auta. Takkanlah orang handsome, smart dan bergaya macam awak jatuh cinta pada saya? Kelakar tau tak?” Bidasku. Antara nak ketawa dan marah, aku pilih muka beku. Tak ada perasaan.
“Is it funny if I’m falling in love with you?” Dia bertanyaku semula.
Pin!
Dia segera membetulkan duduknya dan kembali memandu bila orang belakang sudah membunyikan hon marah kerana keretanya masih tak bergerak walaupun kereta depan sudah bergerak kerana lampu isyarat sudah bertukar hijau.
Keadaan itu memberi aku ruang untuk menghadam kata-katanya.
‘Dia jatuh cinta pada aku? Ke aku salah tafsir maksud katanya? Ke aku salah translate Bahasa Inggeris dia? Nak buka kamus, boleh tak?’
“Ulang balik dalam bahasa melayu. Saya rasa macam salah translate. Macam tak betul saja apa yang saya dengar. Awak jatuh cinta pada saya ke?” Tanyaku.
Dia hela nafas panjang. Dia diam sambil memberi isyarat ke kiri. Dengan penuh berhati-hati dia tukar laluan dan berhenti ditempat menunggu bas. Dia mengiring mengadapku. Dengan kaki kiri dilipatkan, dia nampak seksi dimataku.
Dengan senyum, dia memandangku. Lembut.
“There is no reason for my family propose you. We never know each other. In fact, you and me. We are still too young to get married. But why I’m proposing you? Isn’t clear that I want you and I love you? And of course, I’am madly want to you to be my wife.” Katanya. Penuh kelembutan yang menggoda jiwa wanitaku. Rasa dibuai dengan ayat manisnya.
“The first time I saw you, my heart said ‘She is the one’. I ask Allah. I do my part by istikharah. Did you?” Tanyanya.
Aku geleng.
“Abah dah buatkan keputusan untuk saya. Saya tak terima dan saya tak menolak. Saya serahkan semuanya kepada abah untuk buat keputusan terbaik untuk saya.” Akuiku.
Dia tarik nafas dalam.
“This is your life. Make your own decision. Ask Allah for guide. I want you to accept me completely. Sincerely from your heart.” Suaranya rendah.

Aku hanya diam. Tak tahu nak kata apa. Yang pasti, aku mula sukakannya. Kerana dia beri aku ruang untuk berfikir. Dan aku rasa dia boleh terima jika aku menolaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan