SUBSCRIBE

Jumaat, Ogos 25, 2017

Cinta? Semak! 1

“Aku harap kakak kau terima.” Itu kata terakhir Haikal.
Rayqal memandang kakaknya yang sedang termenung. Terasa berat mahu menyampaikan apa yang diminta oleh Haikal. Bukan kerana permintaannya itu tetapi…
Arh!
‘Cakap sajalah. Sekurang-kurangnya aku dah sampaikan amanat orang.’ Itu yang difikirkan Rayqal. Sama ada kakaknya, Dila mahu terima atau tidak. Itu terpulang. Semua keputusan diletakkan ditangan Dila sepenuhnya.
Rayqal berjalan mendekati Dila. Perlahan. Masih mengumpul kekuatan dalam diri untuk menyampaikan apa yang dia ingin sampaikan.
“Kak. Aku nak cakap sikit.” Rayqal duduk disebelah Dila.
Dila memandang wajah adiknya. Tanpa jawapan.
“Kawan aku nak offer kau kerja. Kau nak, tak?” Tanya Rayqal.
“Kerja apa?”
“Doktor cum nurse.”
“Kau gila? Kau tengoklah keadaan aku ni. Nak berjalan pun susah.” Tolak Dila.
Dengan keadaan kakinya yang cedera akibat kemalangan di tempat kerja setahun yang lalu, dia kini hanya duduk di rumah. Tidak mampu untuk bekerja lagi. Kerjanya dulu memerlukannya berjalan ke sana ke mari. Melakukan lawatan dari bilik ke bilik.
Selepas berhenti kerja di hospital, ada juga dia meminta kerja di klinik. Tak lama. Kakinya tak mampu untuk duduk terlalu lama. Dan tak mampu juga mahu berdiri terlalu lama. Fikirnya, dari menjadi beban, lebih baik dia berhenti. Seminggu selepas itu, dia berhenti.
“Bukan suruh kau kerja dekat klinik atau hospital. Jaga dekat rumah. Orang yang kau nak jaga ni pun tak sedarkan diri lagi. Cuma family dorang terlalu sibuk. Nak harapkan orang gaji, dorang sendiri tak yakin. Dorang perlukan professional untuk menjaga orang sakit tu.” Jelas Rayqal.
“Kalau personal doctor, mesti keluarga tu kaya. Mesti rumah bertingkat-tingkat. Kau tengoklah aku ni. Dari bilik aku dekat atas, sampai abah kena tambah bilik untuk aku kat bawah ni. Semua sebab kaki aku ni tak berdaya nak panjat tangga.” Kata Dila.
“Rumah dorang ada lif.” Balas Rayqal.
“Orang tu tak sedarkan diri? Bosanlah aku macam tu. Aku nak buat apa? Tak naklah kalua macam tu. Makan gaji buta.” Tolak Dila.
“Okey. Kalua itu keputusan kau. Itu saja aku nak cakap. Aku naik dulu.” Kata Rayqal lantas bangun dan berjalan menjauhi Dila.
“Dik, siapa kawan kau tu?” Tanya Dila tiba-tiba.
“Haikal.”
“Nak suruh jaga siapa?”
“Daus. Abang dia.”
“Okey.”
Rayqal memandang Dila. Nada suara itu lain. Seolah-olah dia menerima tawaran kerja tersebut.
Dila bangun dan berjalan mendekati Rayqal. Tangannya diletakkan dibahu Rayqal.
“Dari duduk rumah tak buat apa-apa. Sama juga macam aku duduk rumah dorang jaga orang sakit tu, kan? Sekurang-kurangnya, dapat juga aku duit. Boleh hulur serat dua ke mak, kan?” Kata Dila. Keningnya dinaikkan. Sebuah senyuman diberikan kepada Dila.
“Tapi…”
“Alah… Kita cuba dulu. Kalua aku tak boleh tahan, aku berhentilah.”
“Bukan pasal tu. Tapi…”
“Banyak sangat tapi. Cakap kat kawan kau tu, aku terima. Gaji, aku nak RM3,000. Kalau orang yang sakit tu sedar, aku minta naik gaji. Kalau tak boleh terima gaji tu, aku tak nak. No negotiation.” Kata Dila dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya.
Rayqal cuma mampu mengangguk. Dia yakin, gaji bukan masalah utama. Yang menjadi masalah utama adalah,
“Masalah tu jadi masalah kalau kita fikir ia masalah.” Kata Dila yang menjengah dari biliknya.

Rayqal senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan