SUBSCRIBE

Jumaat, Ogos 25, 2017

Cinta? Semak! 2

Haikal memandang wajah Dila yang masih tidak mengalih pandang ke arah abangnya, Firdaus Harmizi. Dari dibawa masuk ke bilik ini, Dila hanya duduk tercegat dihadapan Firdaus. Langsung tidak bergerak.
“Dila.” Panggil Haiqal setelah mengingati pesanan Rayqal bahawa Dila tidak boleh berdiri lama kerana masalah pada tisu lututnya.
Dila memandang wajah Haikal sebentar dan kemudian kembali memadang Firdaus.
“Okey. Saya terima kerja ni.” Kata Dila.
“Saya akan datang setiap hari dari jam 10 pagi dan akan balik bila ahli keluarga ini dah balik.” Ulang Dila tentang waktu kerjanya yang telah diberitahu oleh Haikal sebelum mereka naik ke atas.
Haikal angguk.
“Tapi saya rasa tak boleh. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat, saya kena datang selepas pukul 2 petang. Saya ada fisioterapi pagi tu. Atau pun, awak kena balik awal untuk tiga hari tu. Pilihlah.” Kata Dila.
Haikal jeda seketika.
“Kalau awak balik petang, pukul berapa?” Tanya Haikal.
“2 petang.” Jawab Dila.
Haikal angguk.
“Boleh tak kita buat berbincang benda ni setiap kali. Maksudnya, saya kena sesuaikan masa saya dengan masa awak. Sebab kadang-kadang saya kena keluar waktu petang. Ada masa meeting waktu pagi.” Cadang Haikal.
“Okey. Boleh.” Balas Dila. Setuju.
“Great.” Balas Haikal. Ibu jari kedua belah tangannya ditunjukkan kepada Dila sambil tersenyum gembira.
Dila ketawa. Halus.
“So, saya mula kerja hari ni?” Tanya Dila. Keningnya diangkat sama.
“Terpulang.” Balas Haikal. Menjongketkan bahunya.
“Okey. Saya balik dulu. Tengahari nanti saya datang. Saya nak minta kebenaran. Saya rasa lebih senang kalau saya bawa pakaian saya dan letak di sini. Sebab saya pun tak tahu pukul berapa boleh balik. Takut dah malam. Takkan nak mandi waktu malam. Tak elok untuk kesihatan jantung saya.” Kata Dila.
Haikal angguk.
Dia pernah dengar dari Rayqal, Dila memang suka buat tempat kerjanya macam rumah. Dulu sewaktu menjadi doctor, biliknya ada persalinannya walaupun sebenarnya dia bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Kata Rayqal, Dila tak suka mandi selepas waktu asar.
Pelik?
Biasalah, manusia ada pelbagai ragam. Dan Dila juga punya ragamnya yang tersendiri. Kita terima sajalah ragam yang pelbagai ini.

‘Janji ada orang nak jaga Daus.’ Bisik hati Haikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan