SUBSCRIBE

Jumaat, Ogos 25, 2017

Cinta? Semak 3

Dila mengelap tubuh yang masih kaku dihadapannya. Sudah sebulan. Itu adalah rutinnya setiap hari. Pagi, datang saja kerja, dia akan lap badan Firdaus. Selepas itu, dia akan urut kaki dan tangan Firdaus. Tengahari sikit, dia akan minta pembantu rumah untuk tolong angkat Firdaus untuk ditukar cadarnya.
Ya, cadar Firdaus akan ditukar setiap hari.
Dan sementara menunggu pembantu menukar cadar, dia akan mengusap belakang Firdaus sambil menyeru nama Firdaus. Teknik ini tiada dalam mana-mana kitab perubatan moden tapi ini apa yang dia belajar dari seorang ustaz.
Kata Ustaz Ahmad,
“Orang hilang semangat, rohnya terkeluar sedikit dari jasad. Melayang seketika. Sebab tu kena seru namanya agar rohnya kembali kepada jasad.”
Berbekalkan ilmu itu, dia sentiasa memanggil Firdaus tanpa jemu.
“Dah sebulan kita buat rutin yang sama. Apa kata, hari ni kita tukar sedikit.” Kata Dila kepada Firdaus yang masih lagi dalam keadaan koma.
Jika selama sebulan ini, dia mengurut kaki dan tangan Firdaus, hari ini, dia mula mengerak-gerakkan. Bermula dengan kaki. Dibengkok dan diluruskan kaki itu. Berkali-kali. Dan setiap 10 kali pergerakan, dia akan berhenti seketika sebelum disambungnya semula.
10 minit berlalu, kaki sebelah lagi dilakukan dengan perkara yang sama. Kemudian dituruti dengan tangan.
“Dila yang penat.” Katanya seraya duduk disebelah Firdaus.
Dengan selamba, dia baring dan memejamkan matanya.
Haikal memulas perlahan pintu bilik Firdaus. Dilihatnya, Dila sedang tidur disebelah Firdaus. Sudah beberapa kali dia melihat keadaan itu. Jika tidak tidur, dia akan melihat Dila duduk dikatil Firdaus. Walhal, sudah disediakan sofa dan kerusi untuknya berehat.
Haikal geleng kepala.
‘Kalau Daus bangun dan tengok Dila baring sebelah dia, mahu mengamuk.’ Kata Haikal.
Dia sedia maklum dengan abangnya itu. Firdaus seorang yang menjaga pergaulan dengan perempuan. Bukan kerana dia alim tapi kerana dia tak suka dengan perempuan.
Bukan gay.
Firdaus tidak suka perempuan dekat dengannya. Katanya rimas dan semak. Selama ini, tidak seorang wanita pun berjaya menambat hati abangnya itu. Tidak pernah seorang.
Walhal dengan wajah tampan itu, Firdaus mudah untuk mendekati perempuan. Cuma dia tak mahu. Menolak tuah.
“Eh, Haikal.” Dila menegur sambil menggosok-gosok matanya.
“Haikal singgah kejap. Nak makan.” Balas Haikal.
Dila mencebik.
“Singgah sangat.” Balas Dila.
Haikal ketawa perlahan.
“Office dekat atas saja pun.” Itu adalah rungutan yang sentiasa Dila berikan.
Menyesal kerana terima tawaran kerja itu. Keluarga ini terdiri dari Haikal, Firdaus dan kedua ibu bapa mereka. Ibu dan bapa Haikal mungkin boleh dikatakan sibuk. Jarang Nampak mereka. Malam baru balik. Nampaklah keluar dari rumah.
Haikal?
Pejabatnya ditingkat paling atas. Manakala pekerjanya semua diletakkan di rumah sebelah banglo ini. Rumah ini bukan sekadar banglo. Ia turut punya keluasan tanah yang lapang. Cukup untuk membina lagi sebuah stadium renang. Terdapat tiga bangunan di kawasan banglo ini. Satu bangunan utama, iaitu rumah ini. Satu lagi bangunan dibuat sebagai pejabat. Dan satu lagi adalah rumah untuk pembantu rumah.
Nak masuk ke kawasan rumah ini, perlu untuk mendaftar di pondok pengawal. Kecuali pekerja di sini. Itu pun, kena pakai kad. Jika tiada, kenalah ikut prosedur masuk. Berdaftar.
“Penat sangat ke?” Tanya Haikal.
Dila angguk.
“Ingat tadi nak renggangkan kaki kejap. Sekali mata berat. Terlelaplah.” Balas Dila.
Haikal angguk.
“Jangan buat lagi. Duas ni lelaki.” Haikal memberi peringatan.
“Bukannya dia sedar.” Balas Dila bersama senyuman segaris.
“Kalau Dila tidur dan tiba-tiba dia tersedar. Macam mana?” Tanya Haikal.
“Macam tu lah. Habis tinggi, dia sepak Dila turun katil.” Seloroh Dila.
Haikal sama ketawa. Sekadaran saja.
“Suka hatilah, Dila. Hari ni tak dengar baca Al-Quran pun.” Kata Haikal.
“Tak sempat. Nantilah lepas asar.” Balas Dila.
Haikal angguk.
“Pergilah makan dulu, Dila. Nanti saya pula turun makan.” Arah Haikal.
“Haikal pergilah dulu. Saya baru bangun tidur. Perut baru nak start enjin. Nanti kalua terus makan, takut dia tak boleh cerna.” Balas Dila.
“Ya lah.” Kata Haikal dan terus berlalu.

Dila turun dari katil. Dia melangkah ke sofa dan duduk di situ. Pandangannya tak lepas dari Firdaus. Fikirannya melayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan