SUBSCRIBE

Jumaat, Ogos 25, 2017

Cinta? Semak! 4

“Dila nak apa-apa ke lagi?” Tanya Mak Bedah.
Dila geleng.
“Dah tu, apa yang termenung dekat sini lagi?” Tanya Mak Bedah.
“Tak ada apa. Saja nak tenung Mak Bedah buat kerja.” Balas Dila.
“Dila, kita ni tengah kerja. Jangan curi tulang. Kalua Dila nak temenung, termenung dalam bilik Tuan Firdaus. Sekurang-kurangnya bila dia terjaga, Dila ada.” Pesan Mak Bedah.
“Ai. Ai, chief.” Kata Dila seraya bangun dan memberi tabik hormat kepada Mak Bedah. Dia terus bergerak keluar dari dapur.
Mak Bedah ketawa sambil menggeleng kepala.
Ketawanya pudar.
“Kesian budak tu.” Kata Mak Bedah.
Dia benar-benar kesian dengan Dila. Namun dia kagum. Dila tak pernah merungut bosan dengan kerjanya. Dia lakukan tugasnya dengan baik.
Jururawat yang datang sebelum ni, hanya duduk termenung tanpa buat apa-apa. Sebab tu, selama 6 bulan Firdaus terlantar dikatilnya, sudah lebih 10 orang jururrawat bertukar ganti. Dila yang kesebelas. Tapi ini yang terbaik.
Kalua sebelum ini, Haikal yang akan lap kan badan Firdaus, sekarang Dila yang lakukan semuanya. Sehari 3 kali dia akan lap badan Firdaus. Pagi, tengahari dan petang. Siap dibedak dan dipakaikan losyen. Dan setiap pagi, Dila akan minta bantuannya untuk mensyampu rambut Firdaus. Tadi, dipotongnya rambut Firdaus yang sudah panjang dan dicukur segala bulu dimuka Firdaus. Dilihatnya Firdaus seperti sudah sedar.
Itulah Firdaus. Sentiasa kemas dan bersih.
Namun, dia kesiankan Dila. Terpaksa lap badan Firdaus sehingga ke alat sulit. Tak ada sesiapa menyuruh apatah lagi dipaksa. Semuanya dilakukannya dengan kerelaan hati.
Pernah Haikal menegur, tapi Dila kata, itu kerjanya. Dia dibayar gaji untuk menjaga jasad Firdaus sehabis baik.
Tapi Haikal? Haikal kalau menegur, tak adanya nak tegas. Sekali dia tegur. Sudah. Nanti dia akan tegur lagi. Bila tu, tak tahu.
Bezanya Haikal dan Firdaus.
Firdaus, jika ditegur, dia mahukan perubahan segera. Jangan membantah dan jangan  melawan. Pasti dia akan mengamuk dan menyusahkan orang yang ditegur. Bila dengan Firdaus, kena sentiasa,
“Baik, tuan.”
Kerana itu, Firdaus tiada teman rapat. Hidupnya hanya dia. Pagi, pergi kerja. Malam baru balik. Dan rutin itu dilakukan hinggalah dia koma akibat kemalangan jalan raya setahun lepas. Sejak itu, Firdaus terlantar di atas katil. 4 bulan di hospital, keluarga Tuan Murshid minta di bawa pulang. Lagipula, tubuh badan Firdaus tidak punya apa-apa kecederaan yang belum sembuh. Semuanya sudah sihat kecuali dia.
Sampai doctor naik hairan. Kenapa Firdaus masih tidak sedarkan diri. Jawapan yang boleh diberikan hanyalah.

Sabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan