SUBSCRIBE

Ahad, Ogos 27, 2017

Cinta? Semak! 5

“Haikal tu tak ada makwe ke, Mak Bedah? Setiap hari duduk rumah. Kalua keluar pun, macam urusan rasmi saja.” Tanya Dila sewaktu dia sedang makan tengahari.
“Kenapa? Kau suka dekat Haikal ke?” Tanya Mak Bedah.
Dia tersenyum. Mengusik.
“Choi. Tak naklah. Bosan jadi makwe dia. Gaya orang tak ada life.” Balas Dila.
Mak Bedah ketawa.
“Ambooooiiii… Mengutuk orang.” Entah dari mana Haikal datang. Dia menuju ke peti sejuk dan mengambil air. Kemudian, dia terus hilang meninggalkan dua orang perempuan di dapur itu.
“Tengah busy lah tu.” Kata Mak Bedah bersama cebikan dibibir.
Dila angkat kedua belah keningnya serentak. Dia menyambung menyuap nasi ke mulutnya.
“Haikal tu tak tahulah Mak Bedah. Rasanya tak ada. Tak pernah lagi dengar rumah ni bergegar pasal Haikal.” Kata Mak Bedah sambil berbisik.
“Rumah bergegar?” Tanya Dila. Berkerut dahinya.
“Dulu, masa Tuan Firdaus masih belajar, bergegar rumah ni bila tengku puan dapat tahu dia bercinta dengan kawan satu university dengan dia.” Cerita Mak Bedah.
“Tengku puan? Siapa? Bukan Mak Bedah panggil puan ke?” Tanya Dila. Selamba sambil mengunyah nasi yang berada di dalam mulutnya.
“Tengku puan jarang balik rumah. Dia tu isteri tuan raja yang pertama. Bonda Tuan Firdaus. Puan tu, mama Haikal.” Mak Bedah menjelaskan kedudukan susul galur keluarga ini.
“Ooo… Tengku puan ke mana? Dah kena cerai ke?” Tanya Dila.
“Ish. Mulut kamu ni. Puaka  betul.” Marah Mek Bedah.
“Tanya saja.” Dila menyengih.
“Tengku puan duduk dekat oversea. Uruskan business keluarga dia dekat sana selepas abang sulung dia meninggal dunia. Sementara sebelum diserahkan semula ke anak abang dia. Anak abang dia masih belajar. Belum cekap nak uruskan business tu.” Cerita Mak Bedah.
Dila angguk.
“Kenapa Mak Bedah panggil Haikal, Haikal. Tapi panggil Firdaus, Tuan Firdaus?” Tanya Dila.
“Dari kecil dah disuruh panggil macam tu. Bila Tuan Firdaus dah besar, dia ada suruh Mak Bedah panggil Daus saja. Tapi, bila tengku puan dengar, teruk Mak Bedah kena marah. Sejak tu, tak berani dah nak panggil Daus.” Jawab Mak Bedah.
Dila angguk.
“Haikal tak apa pula?” Tanya Dila.
“Haikal tu keras sikit. Lagipun, dia dah besar masa dia suruh Mak Bedah panggil nama dia saja. Dah pandai melawan. Masa Tuan Firdaus dulu, sampai demam dia sebab takutkan kemarahan bondanya masa marah Mak Bedah.” Jawab Mak Bedah.
Dila angguk.
“Complicated betul family ni.” Ulas Dila.
Mak Bedah angguk.
“Dila, kalau Mak Bedah cerita ni, kamu jangan terkejut tau.” Mak Bedah berbisik.
Dila angguk.
Mak Bedah jeda sebentar.

“Tak payahlah.” Putus Mak Bedah dan terus ke sinki untuk menyambung kerjanya semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan