SUBSCRIBE

Rabu, Ogos 30, 2017

EHPW 11 : NITA

Aku berdiri di tepi padang menunggang kuda. Melihat kehijauan padang yang luas. Pusat equestrian ini saujana mata memandang. Walaupun tidak seluas padang golf, tapi cukup untuk rasa letih menunggang selama 30 minit.
Semenjak setahun kebelakangan ini, menunggang atau memanah menjadi aktiviti pilihan Azril setiap hujung minggu. Itu pun jika dia ada. Dan aktiviti menunggang lebih banyak dari memanah.
Permulaan dulu, aku hanya ikutnya. Sekadar menemaninya menunggang kuda. Kemudian, Azril mendaftarkan aku untuk mengikuti kelas dimana jurulatih hanya memberi arahan, dia yang mengajar dan melatihku. Jurulatih hanya pandang dan betulkan jika salah. Langsung dia tak bagi jurulatih dekat denganku apatah lagi membuat body contact.
Beberapa bulan ini, Azril membawa lima bersaudara pula untuk belajar menunggang kuda. Tapi dibiarkan jurulatih yang mengajar. Sementara kami berdua akan menunggang kuda bersama. Kadang-kadang berlumba berdua.
Cuma hari ni, aku tak rasa nak menunggang kuda.
Memandang lima bersaudara yang sedang berlatih, otak aku kembali teringatkan saat Azril membayar yuran mereka. Lima bersaudara itu belajar menunggang kuda ditaja sepenuhnya oleh Azril. Tindakan Azril itu sentiasa buat aku tertanya-tanya, siapakah Azril? Mana dia dapat duit untuk menanggung yuran lima bersaudara? Selamba saja dia bayar. Bukan murah. Seorang untuk kelas beginner sudah RM350. Bayangkan 5 orang. Banyak betul duit dia.
Mulanya, aku fikir dia berhutang dengan kad kredit. Tapi bila aku tengok penyata kreditnya, tidak pernah ada tunggakan. Tak pernah ada tunggakan walaupun dia sejenis manusia yang suka membayar dengan kad kredit.
Dua tahun bersama, tapi aku masih lagi tidak mengenalinya. Langsung. Bukan tak nak tanya tapi dia selalu akan jawab dengan pertanyaan semula. Lagipun, aku tak tahu macam mana nak bertanya tanpa kelihatan seperti menyibuk atau mengongkong. Jadi, aku cuma berharap suatu hari nanti, dia sendiri akan memberitahuku tentang kerjayanya.
“Wife, jom.” Ajaknya.
Aku memandang tangan yang dihulurnya dan terus mendongak memandangnya yang sedang membongkok di atas kuda. Aku pandang tangannya sekali lagi dan memandang wajahnya kembali.
Berkerut dahiku.
“Tak pakai attire pun. Helmet pun tak ada ni.” Tolakku.
“Jomlah.” Ajaknya lagi.
Aku geleng.
Dia berlalu.
Namun, tak lama kemudian aku dengar bunyi tapak kaki kuda sedang berlari laju mendekatiku. Bila aku paling, Azril sedang tersenyum nakal. Badannya dibengkokkan dan tangannya sedang terjulur ke bawah. Bersedia untuk menarik aku.
Aku tak ada waktu untuk berfikir. Mahu atau tidak, aku kena sambut huluran tangan Azril dan menggenggamnya kuat. Aku terpaksa melompat ke belakangnya agar tidak berlaku sebarang kemalangan. Dia juga memegang belakangku dengan kemas agar aku tidak jatuh.
Azril ketawa bila aku sudah memeluknya. Pedati ditarik agar kuda bergerak perlahan.
“Bahaya tahu tak?” Marahku. Memukul bahunya.
“Seronok juga sekali-sekala wife peluk.” Katanya.
“Gatalnya.” Balasku sambil mencubit belakangnya.
Dia hanya ketawa.
“Dulu tak ada perangai macam ni. Sekarang ni, menghela sangat aih.” Kataku dalam loghat utara.
“Dulu malu. Dah 3 tahun. Takkan nak malu lagi.” Balasnya.
“Ya Allah. Husband siapa ni?”
“Husband Nita.”
Dan dia ketawa.
Aku hanya menahan tawa. Mujur aku dibelakangnya, jika tidak, pasti dia nampak wajahku yang kemerahan. Azril jarang bersikap begini, bila dia buat perangai macam ni, aku pasti malu.
“Rasa macam ada cermin pandang belakang. Nampak blusher semulajadi dekat muka Nita. Cantik sangat.” Pujinya.
Aku menyorokkan mukaku dibelakangnya. Serta-merta sebelum sedar kejahilan diri. Rasa tak bijak langsung. Tentu saja dia tak nampak. Tentu saja tiada cermin pandang belakang.
Dia ketawa sehinggalah kami sampai di kandang kembali. Lima bersaudara sedang menunggu kami. Bermakna sesi latihan mereka sudah tamat.
“Ibu lang, merahnya muka.” Tegur Aisyah.
Aku memukul belakang Azril yang sedang ketawa. Aku memegang bahunya dan memeluk pinggangnya. Kakiku sudah pijak pada pedel untuk turun dari kuda.
Azril memegang belakangku. Dengan cermat, dia membantu aku untuk turun. Kemudian, dia pula turun dari kuda. Dia mengusap kuda yang bernama Becky itu sebelum diserahkan kepada pelatihnya yang sudah mendekati kami.
“Romeo zorro, next time jangan buat macam kau buat tadi. Kalau salah gaya tadi, mahu patah tulang bini kau.” Tegur Remy, pelatih kuda di sini.
Azril hanya ketawa halus sambil menepuk-nepuk bahu Remy.
“Insya Allah, selamat.” Itu saja balasan Azril.
“Jom pergi makan.” Ajak Azril bila Remy berlalu.
“Dekat mana?” Tanyaku.
“Clubhouse.” Balas lima bersaudara. Serentak.
Aku memandang Azril.
Azril angkat bahu dan senyum segaris.
Lima bersaudara sudah berjalan riang menuju ke kafeteria yang berada di sini. Mereka bercelotoh antara mereka. Langsung tidak menghiraukan aku dan Azril yang masih belum beri keputusan. Walaupun aku tahu, Azril pasti bersetuju dengan cadangan mereka.
“Jom.” Azril menghulurkan tangan kepadaku.
Aku sambut huluran tangannya. Jari-jemari kami bertaut dengan erat. Kami mengikut langkah lima bersaudara yang sedang rancang bersembang mengenai pengalaman latihan mereka tadi. Kami dibelakang hanya dengar ulasan mereka sambil tersenyum.
“Azril.” Tegur seorang perempuan yang berhenti dihadapan kami.
Lima bersaudara turut berhenti. Mereka memaling ke belakang sambil melihat telatah perempuan yang sedang meliuk-lentok memanggil Azril.
“Bella. Hi. How was you?” Tanya Azril ramah.
“I’m fine.” Balas Bella. Riang.
“Meet my wife, Nita. And that our kids. Mawar, Aisyah, Zil, Ayush and Damia.” Azril mengenalkan kami kepada Bella.
“Hi.” Bella melambaikan tangannya kepadaku dan lima bersaudara.
“Happy to see you. We haven’t seen for couple of year, right?” Bella begitu teruja untuk bercerita dan mengimbau kenangan lama.
Aku lepaskan tautan tangan kami. Aku tarik dan aku berdiri menghadap Azril. Aku pegang kolar kemejanya disebelah kanan,
“Nita pergi cafe dulu.” Kataku. Aku gosok bajunya seperti membuang habuk.
Azril angguk.
“Nita, don’t get me wrong. We are just collague. No feeling or nothing.” Kata Bella menahan langkahku.
Aku kerut kening.
“I’m sure. You meet a lot of girls hangging with Azril before. I’m not sure about them, but for me, Azril is just a friend. Like my adik. Not more than that.” Sambung Bella.
Aku masih dengan wajah blur.
Azril ketawa.
“Why?” Tanya Bella.
“Nothing. You don’t need to explain.” Jawab Azril.
“Okey, then. Bye.” Dan Bella berlalu.
Aku memandang langkah Bella hingga hilang dari pandangan. Kemudian aku pandang Azril. Dahiku masih berkerut.
“Dia ingat Nita jealous ke?” Tanyaku.
Azril angguk.
“Aduh. Masalah masyarakat betul. Banyak sangat tengok drama. Azril cakap dekat Bella. Nita pesan, ‘I know my husband well. And i know how he feel. So, tak ada sebab nak jealous’. Masalah betul. Inilah jadi bila drama asyik tunjuk lelaki curang. Sampai perempuan susah nak percaya pada lelaki. Mana rumahtangga nak aman. Korang jangan nak terpengaruh dengan drama.” Bebelku. Sempat lagi memberi peringatan kepada lima bersaudara.
Azril ketawa. Diikuti lima bersaudara.
“Dah. Jom.” Kata Azril dan menarik tanganku.

Kami menyambung perjalanan ke kefeteria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan