SUBSCRIBE

Khamis, Ogos 31, 2017

EHPW : 12

Aku pulang ke rumah tengahari ini. Perkara yang tak pernah aku buat sepanjang aku bekerja. Terutama bila Azril tiada. Tak ada sebab nak balik waktu bekerja.
Aku tarik nafas dalam dan menghembusnya kuat.
“Apa nak jadi dengan aku ni?” Keluhku.
Aku menarik break tangan usai memarkirkan keretaku di tempat letak kereta yang khas untukku. Aku buka tali pinggang keledar. Aku lihat seseorang berpakaian seragam putih dan berseluar hitam, masuk ke dalam kereta disebelah. Aku terpegun dengan kekacakan lelaki itu. Aku memandangnya. Tak berkelip. Aku benar-benar terpesona dengan kesegakan lelaki itu.
Lelaki itu memandangku. Dia seakan bertanya sesuatu kepadaku. Riaknya penuh dengan tanda tanya. Yang pasti, pandangan itu lembut dengan cinta.
Aku kaku. Namun, masih memerhatikan lelaki di kereta sebelah.
Lelaki itu keluar dari keretanya. Aku perhatikan gayanya berjalan. Penuh dengan karisma yang menggoda jiwa wanitaku. Aku benar-benar telah jatuh cinta.
‘Nita! Kau dah kenapa? Lupa dosa ke? Lupa Allah ke?’ Detik hatiku.
Lelaki itu menghampiri keretaku. Cermin tingkapku diketuk. Buat aku terkejut. Dalam fikiran aku, lelaki itu sudah salah faham akan maksud pandangan mataku tadi. Aku memalingkan wajahku dan tidak memberi respond pada ketukan itu. Ketakutan mula menjalar diseluruh urat sarafku bila lelaki itu mengetuk dengan lebih kuat.
“Allah, selamatkan aku.” Doaku bersama juraian air mata ketakutan.
“Nita!” Jerit satu suara yang sangat aku kenali.
Aku toleh ke sisi. Aku nampak Azril sedang membongkok memandang ke arahku dengan penuh kerisauan.
“Encik Suami!”
Dengan segera, aku buka pintu dan terus keluar. Aku memeluknya. Erat. Wajahku tersembam didadanya. Aku ketakutan. Mataku terpejam.
Aku dengar Azril membaca selawat ditelingaku. Berkali-kali sehingga aku tenang.
“Kenapa ni?” Tanya Azril.
Aku diam. Aku benar-benar takut. Takut dimarahi Azril. Takut seandainya lelaki itu seorang psiko seperti dalam drama. Paling penting, aku takutkan kemurkaan Allah kerana salah lakuku tadi. Bermain mata dengan lelaki yang bukan suami.
“Allahu akhbar. Nita ni kenapa? Nita buat Azril risau, tau tak? Dari pagi tadi macam ada tak kena. Kenapa ni, ha?” Tanyanya. Nadanya antara marah dan risau. Tapi lebih pada keluhan kerisauan.
Aku tetap diam.
“Kejap saya tukar baju ni. Kita naik atas.” Balasnya bersama kerutan kerisauan diwajahnya.
Aku lihat dia membuka uniformnya dan hanya memakai t-shirt putih tanpa lengan yang selalu digunakannya untuk keluar ke kawasan berdekatan. Dia menyangkutkan uniform putih itu dengan cermat ke dalam keretanya. Selesai urusannya, dia mengajakku naik ke atas.
Aku memeluk pinggangnya. Erat. Aku takut seandainya lelaki itu tiba-tiba muncul. Selain itu, aku juga ingin katakan kepada lelaki itu bahawa aku sudah bersuami seandainya dia sedang mengintai kami.
Sehingga ke ruang tamu, kami jalan berpelukan. Aku peluk Azril kerana takut. Manakala Azril memelukku untuk menenangkan diriku.
“Duduk dulu. Azril ambil air.” Katanya sambil dudukkanku dengan cermat.
Azril kembali menghampiri aku dengan segelas air masak yang telah dibacakan sesuatu. Aku nampak dia mendekatkan gelas berisi air separas dada sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Aku sambut tapi tidak terus minum. Aku jadi takut nak minum. Takut aku sedang berhalusinasi. Yang aku sangka Azril rupanya lelaki tadi. Mungkin lelaki tadi pukau aku sehingga aku nampak Azril dan bukan dia.
“Minum air tu dulu. Bismillah.” Arah Azril tenang.
Aku geleng.
“Tak nak. Ni air jampi. Siapa awak?” Tiba-tiba aku sangsi. Dengan kasar aku letakkan gelas tadi ke atas meja. Wajah itu aku tatap. Tajam.
Dia senyum.
Senyuman itu buat kepala aku jadi waras. Aku tahu itu senyuman Azril. Senyuman yang sentiasa mampu buat jiwa wanitaku cair. Berdebar.
“Air ini dijampi dengan kasih sayang. Agar cinta saya berbalas. Agar sayang saya dihargai. Dengan doa agar Zahiyanita Zainul Ariffin kembali waras.” Katanya sambil mengambil gelas tadi. Sedikit air dituangkan ke tapak tangannya dan diusapkannya ke wajahku.
Aku pandangnya yang sedang tersenyum nakal. Aku menundukkan pandanganku. Aku lihat ke bajuku. Baru aku teringat tujuan asal aku balik.
“Kenapa Azril tak tegur Nita pasal ni?” Serangku sambil menunjukkan pakaianku yang memalukan. Berbaju kurung dari pasangan yang berbeza. Kain berwarna biru berbunga halus. Manakala baju berwarna merah jambu bercorak batik. Tudung? Merah pekat.
Aku lap pemerah bibir dibibirku.
“Dengan make up macam nak attend red carpet. Sanggup Azril tengok isteri sendiri memalukan diri sendiri?” Serangku lagi. Kali ini jari telunjukku ditujukan ke mukaku.
“Alhamdulillah. This is real Nita.” Itu saja balasannya.
“Azril!” Marahku.
“Dah. Pergi tukar baju tu. Boleh makan. Azril dah siap masak tadi.” Arahnya tanpa menghiraukan kemarahanku.
Dia sudah bangun dan berjalan ke dapur.
“Tunggu apa lagi?” Tanyanya bila aku masih kaku tak bergerak.
Aku naik ke atas. Aku lihat jam didinding. Pukul 11.45 pagi. Aku congak masa, aku putuskan untuk memakai pakaian rumah saja. Sementalah waktu zohor pukul 1.10 petang.
Aku turun ke bawah. Aku lihat Azril sudah siap menghidang makanan. Dia sedang berdiri di depan microwave.
“Bukan hari ni Azril kata kerja ke?” Tanyaku sambil membasuh tangan di sinki.
“Saya dah pergi pagi tadi. Lepas tu, saya balik. Ada barang tertinggal. Nak naik rumah, rupanya barang tu ada dalam poket seluar. Orang ketuk-ketuk cermin kereta dia, dia boleh buat tak tahu. Sampai kena jerit baru nak keluar dari kereta.” Balasnya sambil meletakkan ikan cencaru sumbat yang dikeluarkan dari microwave ke atas meja dan terus duduk.
“Azril ke tu?” Tanyaku sambil duduk dimeja makan.
Azril angkat kening.
Aku kembali mengingati kejadian tadi. Terasa bodoh pun ada. Dah sah-sah itu kotak tempat kereta Azril. Dan itu memang kereta Azril.
Lelaki tu?
Ya. Azril. Tapi dalam versi yang berbeza. Versi yang terlebih segak dan penuh dengan gaya. Azril yang aku kenal tiga tahun ni, jenis yang sempoi tapi tetap kacak di mataku. Karisma tidaklah terserlah seperti bila dia memakai seragamnya.
Azril membaca doa makan. Kemudian kami terus makan tanpa bicara. Azril kurang gemar bercakap waktu sedang makan. Katanya, banyak masa lagi nak bercakap.
Usai makan, aku ditinggalkan untuk mengemas meja makan dan dapur. Manakala, Azril sudah tersadai didepan televisyen. Entah cerita apa yang ditontonnya. Aku tak tahu.
Selesai mengemas, aku lihat dia sudah tiada diruang tamu. Aku lihat jam, sudah pukul 1 petang. Aku naik ke bilik. Aku lihat dia baru keluar bilik air dalam keadaan bertuala. Tapi rambutnya tidak basah. Buang air besarlah tu.
Aku tutup hidung.
“Eleh.” Balasnya mencebik.
Aku ketawa dan mendekatinya.
“Kenapa tak terus wuduk?” Tanyaku.
“Nanti ada seorang wanita seksi dan menggoda datang rapat. Lepas tu, dia batalkan wuduk kita.” Balasnya sambil ketawa.
Aku turut ketawa.
Aku masuk ke bilik air dan mengambil wuduk. Kemudian, aku bersiap sedia untuk solat sementara menunggu Azril selesai berwuduk. Kami bertadarus sekejap sementara menunggu azan Zohor berkumandang.
Selesai solat berjemaah, kami duduk bersandar di palang. Bilik tidur kami ¾ adalah palang. Hanya satu bahagian saja dinding. Itulah dijadikan bilik persalinan.
Azril menggenggam tanganku. Tanganku dibeleknya.
“Kenapa yang drama swasta sangat tadi? Takut macam tu sekali?” Tanyanya.
Aku ketawa dan menceritakan kejadian tadi.
“Sia-sia rasa bersalah pandang lelaki lain. Rupanya suami sendiri.” Sambungku.
Kami ketawa.
“Kenapalah dengan Nita hari ni?” Tanyanya bila ketawa kami reda. Suaranya kendur.
Aku kerut dahi. Aku pandangnya yang sedang tersenyum. Nakal? Mengejek? Risau? Entah. Aku rasa semua rasa itu ada pada senyuman itu.
“First time tengok seorang Nita yang organize jadi chaos. Seorang Nita yang tahu apa dia nak buat, jadi blur. Kenapa boleh jadi macam ni? Mimpi apa malam tadi?” Tanyanya lagi.
Aku senyum.
“Entah. Malam tadi mimpi abah. Bila bangun, cari Azril, tak jumpa. So, macam tak tahu apa nak buat. Mandi, buat sarapan, bersiap pergi kerja. Entahlah. Macam tak boleh nak fikir apa-apa. Rasa serabut semua benda.” Kataku.
Dia memeluk bahuku. Ubunku diciumnya. Terasa damai.
“Macam mana wifey ni kalau saya tak ada nanti?” Katanya.
Aku pandangnya.
Pelukannya semakin erat.
“Jom ikut Azril.”
“Pergi mana?”
“Saya kerja. Awak bercuti.”
“Azril kerja apa?”
Dia pandang aku. Berkerut dahinya.
“Kenapa?” Tanyaku. Pelik bila dia pandang aku pelik.
“Azril pakai uniform apa tadi?” Tanyanya pula tanpa menjawab soalanku.
Aku angkat bahu sambil geleng kepala.
“Wifey. Wifey. Tiga tahun dah kahwin, baru hari ni nak tanya? Ingatkan tak tanya sebab dah tahu.” Dia ketawa dan kemudian berdiri. Berjalan ke bilik persalinannya.
“Ini apa?” Tanyanya.
“Topi.”
“Siapa pakai?”
Aku cebik dan angkat bahu.
“Nita tak pernah pun tengok Azril pakai macam ni. Tak sangka pula Nita kahwin dengan orang badan beruniform.” Kataku.
“Wife. I’m a pilot.”
“Haulage mana?”
“What?”
“Apa? Driver lori pun boleh dipanggil pilot, kan?”
“I drove a plane.”
“Ooo... Okey.”
“Tak teruja pun.”
“Wow!”
“Sarcastic!”
“Dah tu?”
Dia geleng. Hampa.
“Kenapa selama ni tak pernah nampak uniform Azril. Tak pernah nampak Azril pakai pun uniform tu.” Tanyaku bila dia dah kembali duduk disebelahku.
“Nita saja tak pernah nampak. Sibuk kerja.” Balasnya.
“Azril tahu kenapa.” Kataku.
“Sampai tak pernah ambil tahu tentang suami sendiri.” Balasnya. Suaranya mendatar.
“I do ask. Tapi Azril yang tak pernah nak jawab.” Aku membela diri.
“Tanya sekadar bertanya. Tak bermaksud nak tahu pun. No point to answer.” Mendatar lagi suaranya.
Aku sebenarnya sudah rasa serba salah. Rasa bersalah dan semua rasa salah ada dalam hati. Pertama, aku kelihatan seperti seorang isteri yang tak ambil kisah tentang suaminya. Yang kedua, Azril tak pernah macam ni. Dia seorang suami yang sentiasa cuba untuk faham aku. Dan yang ketiga, aku sedar, aku gagal memberitahunya ‘sesuatu’ melalui bahasa tubuhku. Aku fikirkan bila dia diam, dia faham. Rupanya aku silap.
“Kenapa ada panggilan baru untuk Nita?” Tanyaku mengubah topik perbualan kami. Aku tak mahu serabutkan kepala otakku dengan perkara itu. Setidaknya bukan sekarang.
“Allah, kau bukakan hati isteriku untuk terima aku sepenuhnya. Memberikan tumpuannya kepadaku sepenuhnya. Aamin.” Doanya. Tangannya turut ditadah dan diraub ke muka.
“Aamin.” Aku turut mengaminkan doanya.
Dia pandang aku.
“Apa? Aamin doa pun salah?” Tanyaku. Tak senang dengan pandangannya itu.
“Kena masuk dalam dairi. Hari ni, hubby merajuk.” Selorohku.
“Wifey!”
Aku ketawa.
“Dahlah. Pergi kerja.” Kataku.
“Pergi siap.” Suruhnya.
“Pergi mana? Encik Bahar call tadi. Dia suruh Nita cuti.” Balasku.
“Pergi packing. You gonna follow me to work.” Katanya.
“Tak nak.” Balasku. Sempat menhelirkan lidahku.
“Wife!”
“Esok kerjalah.”
“Encik Bahar ada kata, boleh cuti selama mana yang wife nak, kan?”
Aku pandangnya pelik.
“The power of networking.”
Balasnya dan ketawa.
“Tak nak!”
“Wifey, nak hubby guna kuasa veto ke?” Ugutnya bersama dengan wajah yang serius.
“Perlu tak untuk takut?” Tanyaku.
Dia geleng.
“Respect.” Itu saja balasannya yang buatkan aku bangun dan terus mengemas pakaianku.
Ya. Aku tak perlu takutkannya. Aku perlu hormatinya seperti mana dia sentiasa menghormatiku. Dan itu cara aku menunjukkan yang aku ada ‘sesuatu’ kepadanya.

Dan sesuatu itu adalah tarikan yang buat aku rasa senang dan tenang bila bersamanya. Sejak dari hari pertama aku bergelar isteri kepada Azril Hadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan