SUBSCRIBE

Khamis, Ogos 24, 2017

EHPW 5 : NITA

“Pandai juga isteri saya masak. Kata tak pandai masak.” Puji Azril.
Aku mencebik tanpa memandangnya yang duduk sebelahku di birai katil. Kebiasaan yang kami lakukan semenjak bergelar suami isteri selepas solat sunat malam sambil menanti subuh. Itu pun kalau aku bangun.
“Benda dah lapuk baru nak puji. Dah basi. Kalau puji malam tadi, syok juga bunyinya. Ini dah tukar hari, baru nak puji. Huh.” Rajukku. Gaya bercakap pun seperti orang berpujangga.
Dia ketawa.
“Pagi ni bolehlah masakkan breakfast pula.” Pintanya.
“Patutlah puji. Ada niat tersembunyi.” Aku mencebik.
Dia senyum.
“Boleh sayang. Sayang nak makan apa pagi ni?” Balasku sambil bergurau memanggilnya ‘sayang’.
Senyum Azril makin melebar. Dia memegang dadanya. Kemudian, dia menarik kepalaku ke dadanya. Ditekapkan telingaku ke dadanya.
“Cuba dengar ni.” Arahnya.
Aku memasang telingaku.
“Cuba cakap sayang sekali lagi.” Arahnya lagi.
“Sayang.” Kataku.
“Dengar tak?” Begitu teruja dia bertanya.
Aku tarik kepalaku sambil mengangguk. Lemah. Rasa bersalah terutama bila teringat kata-kata mama dua hari lepas,
“Korang kahwin dah berbulan-bulan tapi kau masih panggil Azril dengan nama saja. Mana hormat kau pada suami? Apa pun sebab kau terima Azril, dia tetap suami yang perlu kau hormati lebih dari mama dan abah. Mungkin mama ni kolot. Tapi panggilan yang baik, sopan dan hormat tu pengikat kasih sayang suami isteri, Nita.”
“Kenapa Nita? Azril ada buat salah ke?” Azril menarik aku menghadapnya.
Aku geleng.
“Nita. Remember? No secret between us?” Dia mengingatkan aku akan janji kami.
Aku tundukkan pandangan.
“Mama tegur. Mama kata, Nita tak respect Azril sebab panggil nama. Nita minta maaf. Nita memang tak pandai nak jadi isteri yang sweet gula manis. Nita tahu, Nita kaku dan kayu. Tapi itulah Nita. Nita tak tahu macam mana nak jadi isteri dambaan suami.” Luahku.
“Nita, terus-terang, saya rasa apa yang mama rasa. Betul. Saya rasa panggil nama tu macam awak tak hormat saya sebagai suami. Sometime, I asked myself. Did you love me? Since you haven’t say that word. Tapi makin lama, saya makin kenal isteri saya. My wife is so special in interpreting her love. She have her own way to express her love. But dear, what ever it is, I still want to hear that word. The magis word to comfirm your feeling toward me.” Kata Azril sambil menyulam jarinya dengan jariku. Digenggamnya erat.
“I’m sorry. Nita tak pernah anggap Azril kawan since kita tak pernah berkawan. Nita tak pernah anggap Azril stranger sebab Nita kenal Azril sebagai tunang. Bakal suami Nita. Dan sekali lagi, Nita minta maaf. Nita tak pandai nak ucapkan kalimah tu.” Kataku. Menundukkan pandangan ke bawah. Sedar kekurangan diri.
Azril senyum.
Aku baring di ribanya saat dia menarik tubuhku untuk dipeluk. Aku tak boleh tengok dia senyum. Hati aku cair. Untuk mengelakkan hati aku terus cair, baik pandang siling.
“Dari pandang syiling tu, baik pandang saya. Cuci mata sambil kumpul pahala.” Usiknya sambil mengusap ubunku.
Aku senyum dan memandangnya. Mengalihkan kedudukan baringku. Mengiring menghadapnya. Kepala didongakkan untuk menilik ketampanan wajahnya.
“Boleh tak nak tanya satu soalan tanpa dapat jawapan cliché?” Tanyaku.
Dia angguk.
“Azril kerja sambil belajar ke?” Tanyaku.
“Kenapa tanya?” Balasnya.
“Tak boleh tanya tak apalah. Tapi nanti jangan kata Nita tak pernah ambil tahu tentang diri Azril.” Kataku.
Benar. Aku sekadar bertanya. Keluargaku selalu bertanyakan tentang Azril kepadaku. Dan setiap kali aku tiada jawapan, mereka akan kata, aku tak ambil berat tentang Azril. Abah lagi. Abah kata, Azril tahu segalanya tentang aku tapi tidak aku.
“Cukup Nita tahu Azril suami Nita.” Balas Azril.
Kami diam.
“Masakkan kuey tiow goreng pagi ni.” Pinta Azril.
Aku angguk.
Dia kucup ubunku.
“Terima kasih.” Ucap Azril.
Aku hanya angguk.
“Terima kasih.” Ucapnya lagi.
Aku angguk lagi.
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.” Aku mula naik angin.
“Cakap terima kasih pun nak marah.” Katanya dan kemudian ketawa.
“Yalah. Sekali cukup lah. Ni berkali-kali. Penatlah nak jawab.” Aku duduk dan menyilanhkan tanganku. Mataku merenung tajam matanya.
“Cute betul kalau Nita marah. Saya suka.” Katanya dan mencuit daguku.
Terus aku ukirkan senyum. Rasa kembang dipuji begitu.
“Azril minta duit ayah dan bonda ke untuk bagi duit pada Nita?” Tiba-tiba soalan tu keluar. Aku pun hairan macam mana pertanyaan itu boleh keluar. Tapi memang itulah soalan yang selalu bermain di mindaku.
Dia pandang aku. Tajam dan sinis. Terus berhenti ketawanya.
“Tanya saja. Tak nak jawab tak apa. Nita ada masa seumur hidup nak tanya perkara ni.” Kataku bila melihat pandangannya yang penuh dengan persoalan.
Aku memang tertanya-tanya. Mana dia dapat duit untuk diberikan kepadaku. Setiap minggu, dia akan hulurkan wang belanja untukku. Segala keperluanku juga, dia yang sediakan kecuali rumah. Itu pun katanya tak lama lagi. Tapi belanjaku, keretaku, semua dia yang keluarkan wang.
“Nita.” Dia menyeru namaku. Lembut dan tenang.
“Nita bukan apa. Tak nak kita ni jadi bebanan sesiapa. Rumahtangga kita, biarlah kita yang uruskan sendiri. Nita terima Azril dalam keadaan sedar yang kita masih lagi bergelar pelajar. Walaupun mulanya Nita tolak, tapi akhirnya, Nita terima. Maknanya, Nita dah bersedia berjuang dengan Azril untuk masa depan rumahtangga kita. Jadi, Nita tak naklah susahkan sesiapa. Susah senang. Biarlah kita rasakan bersama.” Jelasku.
Dia menarik aku untuk menghadapnya. Tangan aku digengam erat. Mataku direnung dalam. Dia menarik nafas dalam sebelum menyambung kata-katanya.
“Nita adalah tanggungjawab Azril. Beri Azril peluang untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna.” Matanya tepat memandangku.
Aku angguk.
“Nita kerja, ya?”
“Nita!”

Aku ketawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan