SUBSCRIBE

Ahad, Ogos 27, 2017

EHPW 8 : NITA

“Suka tak?” Tanyanya sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam sebuah rumah.
Aku melihat sekeliling rumah itu hanya dari muka pintu saja. Rumah ini luas, lapang dan paling aku suka, syilingnya tinggi. Ada tingkap yang tinggi dan sangat besar di satu sudut. Dari sini saja aku dah boleh pandang keseluruhan rumah ini.
“Rumah siapa ni, ayah lang?” Tanya Aisyah.
“Rumah ibu lang.” Jawabnya.
Aku pandangnya.
Azril senyum dan angguk.
“Rumah kita? Bila masa jumpa rumah ni? Bila masa survey? Berapa sewa? Kenapa tak tanya dulu? Macam mana nak bayar nanti?” Soalku bertubi-tubi.
Dia ketawa dan menolak aku lembut untuk masuk ke dalam. Kemudian dia menutup pintu tersebut bila budak berlima sudah masuk. Dia menghampiri aku dan memeluk pinggangku. Budak berlima pula sudah bertebaran disekeliling rumah.
“Azril beli rumah ni beberapa tahun lepas. Sepatutnya rumah ni dah siap masa kita nikah dulu tapi baru Selasa hari tu mereka serah kunci. Kita tengok saja dulu rumah ni. Kalau Nita suka, baru kita pindah masuk. Kalau tak, kita cari rumah lain. Masa Azril beli dulu, belum jumpa Nita lagi. So, tak tahu citarasa Nita macam mana. Studio house macam ni, untuk orang bujang sesuai. Untuk kita? Nita decide sendiri. Saya okey mana-mana pilihan Nita.” Terang Azril.
Aku angguk sambil memerhati sekeliling rumah ini. Namun, ada sesuatu yang bermain dimindaku. Aku pandangnya.
“Azril beli rumah? Beberapa tahun lepas? Dah boleh beli rumah ke? Beli rumah? Loan? Cash?” Tanyaku hairan.
“Rumah ini Azril tengok dengan seorang kawan. Asalnya, Azril temankan dia untuk survey rumah kawasan sini. Tapi Azril yang dah berkenan sangat. Jadi, Azril bincang dengan ayah, bonda dan nenda. Nenda setuju. Ayah dan bonda, ikut saja. Masa nak beli tu memang tak layak lagi. Tak cukup umur. Lagipun masa tu belum ada slip gaji. So, guna nama ayah.” Terangnya.
Aku angguk dengar penerangan Azril.
“Maknanya, rumah ayah. Ayah yang bayar tiap-tiap bulan, kan?” Aku buat kesimpulan. Azril angguk.
“Technically, yes, this is ayah house. Tapi sekarang dalam proses nak tukarkan nama rumah ini ke nama Nita. Saya yang bayar. Masa beli dulu, harga dia murah lagi. Sekarang dah naik 2 kali ganda.” Balas Azril.
“Wah. Tindakan bijak. Bagus. Bagus.” Pujiku. Teruja.
“Macam mana Azril nak bayar? Mana nak cekau duit?” Tanyaku. Berkerut dahiku memikirkan kata-kata Azril yang padaku tidak masuk akal.
“Dari gaji ayah lang lah, ibu lang. Itu pun tak boleh fikir.” Jawab Aisyah.
“Besar betul gaji ayah lang kau ni? Tengoklah rumah ni. Kawasan ni. Mahal.” Balasku.
“Nita, tanggungjawab saya menyediakan rumah untuk isteri.” Bidas Azril.
“Yalah. Tapi carilah rumah mengikut kemampuan diri. Rumah flat pun tak apa. Tak perlu sampai kondo, apartmen macam ni. Ukur baju dibadan sendiri.” Balasku.
“Tak suka rumah ni?” Tanya Azril.
“Suka.” Jawab budak berlima serentak.
“Bukan tanya koranglah!” Marahku.
Aku pandangnya.
“Nita suka tapi biarlah kena dengan bajet kita. Kalau kita duduk dirumah ni, sekurang-kurangnya setahun lebih, ayah kena tanggung sepenuhnya. Itu pun kalau kita berdua terus dapat kerja. Kalau tak? Berapa lama ayah nak tanggung kita?” Jelasku.
“Nita, saya dah setahun bayar rumah ni. Pakai duit saya sendiri.” Tegasnya.
Aku pandang dia.
“Saya siap sediakan portion untuk buat renovation. Saya nak Nita gambarkan macam mana bentuk rumah ini perlu jadi. Perabot bagaimana yang Nita nak. Insya Allah, saya sediakan semuanya.”Katanya.
“Serius? Berapa bajet untuk renovate?” Tanyaku sengaja mengujinya.
“Dalam RM100,000?” Jawabnya.
Aku terlopong.
“Banyaknya. Duit banyak tu, boleh buat satu bilik hanging kat atas tu siap bilik air dan bilik persalinan. Lepas tu, tinggikan kawasan dapur dan ruang tamu supaya berbeza dengan ruang lain. Tema moden. Semua putih. Lantai pakai kayu warna beige. Soft touch warna earth.” Kataku gaya seorang pereka hiasan dalaman.
Kemudian aku ketawa dengan angan-anganku itu.
“Simpanlah duit tu. Banyak sangat. Macam ni pun dah okey. Masukkan barang asas. Buatkan tabir untuk tutup tempat tidur kita.” Kataku lagi.
Dia hanya angguk tanpa memandangku. Matanya meliar melihat sekeliling rumah.
“Rasanya dalam tiga bulan lagi, bolehlah pindah masuk rumah ni.” Katanya.

Aku hanya angguk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan