SUBSCRIBE

Jumaat, September 01, 2017

Cinta? Semak! 10

“Dik, jom balik kampong.” Cadang Dila.
“Kau rindu Adha ke?” Tanya Rayqal.
“Mak mana yang tak rindu anak dia, weh?” Tanya Dila semula.
“Nak balik bila?”
“Sekarang.”
“Esok kerjalah weh.”
“Macam jauh sangat kampong kita tu.”
“Tapi sekarang dah pukul 9 malam. Pukul berapa nak balik?”
Dila memandang Rayqal. Seandainya dia mampu untuk memandu lama, dia akan balik sendiri. Tapi hari ni, kakinya sakit. Entah macam mana, tiba-tiba lututnya meletuk dan kembali sakit. Terhenjut-henjut dia berjalan untuk melakukan tugasnya.
Rasa sakit mencengkam lagi kuat.
Air matanya bergenang menahan sakit.
“Okey.” Putus Rayqal.
“Tak payahlah. Balik pun, Adha dah tidur. Esok dia nak pergi sekolah lagi.” Kata Dila dan berlalu masuk ke biliknya.
Rayqal hanya memandang langkah Dila.
“Kau kenapa?” Tanya Rayqal.
“Biasalah.” Balas Dila menghentikan langkahnya sambil memandang Rayqal.
“Operate lah, kak. Berapa lama nak tahan macam ni?”
“Kau bagi duit.”
“Esok kau cuti. Aku bawa kau pergi socso. Minta bantuan dorang. Kos operate minta dorang tanggung. Kos hospital, biar aku tanggung. Tak apa. Aku tak kisah duit habis. Asalkan kau sihat.” Kata Rayqal. Tegas.
Dila ketawa.
“Kau nak guna duit apa? Duit kahwin kau? Kau nak bagi tunang kau benci aku lagi ke? Sekarang ni pun, dia kata aku beban. Kau nak tambah apa lagi?” Balas Dila.
“Dia tu tunang saja. Kau tu kakak aku. Kau tanggungjawab aku. Dia bukan siapa-siapa selagi aku belum nikah dengan dia.” Balas Rayqal pula.
“Dik, jangan bagi aku ramai sangat musuh. Dahlah. Pergi rehat. Aku pun nak kena buat persiapan. Tak lama lagi kau dah nak kahwin. Aku nak kena cari rumah lain. Bakal adik ipar tak suka aku dekat dengan dia.” Kata Dila. Selamba masuk ke dalam.
Rayqal geleng.
Kalau ikutkan hatinya, dah lama dia memutuskan pertunangan dengan Asfalila. Sebelum ini, hubungan Asfalila dan Dila, baik dan mesra. Namun, bila Dila berhenti kerja, Asfalila mula berubah. Sentiasa menghasutnya menghalau Dila keluar dari rumah ini. Katanya Dila hanya beban.
Dan kerana sikap Asfalila itu, dia jadi benci. Mula dengan marah, lama-lama benci. Kalau dulu, setiap hari bertelefon. Setiap minggu berjumpa. Kini, sebulan sekali pun belum tentu jumpa. Tarikh kahwin pun tak tetapkan lagi walaupun sudah bertunang selama 2 tahun.
Oleh itu, Asfalila sentiasa menuduh Dila punca hubungan mereka retak. Langsung tidak pernah nampak kesalahan diri sendiri.
Jika tidak kerana Dila, sudah lama dia putuskan pertunangan itu. Dila yang selalu menghalang. Dengan alasan, tak mahu Asfalila lebih membenci. Walhal, Rayqal sendiri sudah muak dan jelak walaupun hanya untuk memandang baying Asfalila.
Suara Jamal Abdillah memenuhi ruang tamu. Telefonnya berbunyi. Dilihatnya, nama Asfalila terpampam di skrin telefon bimbitnya.
Rayqal Tarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan telefon.
“Assalamualaikum, tunang. Sihat?” Mesra sekali suara Asfalila.
“Waalaikummussalam. Alhamdulillah.” Balas Rayqal.
“Encik Tunang, minggu ni keluar, nak?” Ajak Asfalila. Manja tanpa mempedulikan suara beku Rayqal.
“Minggu ni nak balik kampong.” Balas Rayqal.
“Ala… Baliklah kampong minggu depan.” Pujuk Asfalila.
“Dila rindu kampong.” Rayqal memberi alasan.
“Dila lagi. Asyik-asyik Dila. Semuanya Dila. Kalau Dila, semua benda boleh. Untuk Dila, you mati pun tak apa, kan?” Suara Asfalila sedikit tinggi. Hilang suara manja tadi.
“Memanglah. Dia kakak I. Satu-satunya kakak yang I ada.” Balas Rayqal.
“I pun satu-satunya tunang yang you ada.” Balas Asfalila pula.
“Tunang boleh cari lain. Kakak kandung seorang tu saja. Tak ada ganti.” Selamba saja Rayqal menempelak.
“You tak adil.” Tuduh Asfalila.
“You pernah adil ke?” Tanya Rayqal.
“I selalu beralah dengan Dila. Tapi sampai bila nak beralah? Kalau sekarang pun I dah terasa terabai. Bayangkan kalau dah kahwin nanti.” Suara Asfalila rendah. Sayu.
“You buat lawak ke apa?” Tanya Rayqal. Sinis.
Pandagan Rayqal beralih ke pintu bilik Dila. Dila keluar dan mendekatinya dengan keadaan terhenjut-henjut.
“I tak buat lawak. You saja yang tak nampak apa yang I dah buat untuk hubungan kita ni. You always menangkan Dila. You selalu dulukan Dila. Semuanya Dila. I ni macam tak ada tempat dalam hati you.” Ungkit Asfalila.
“Oh? Ye ke? I nampak lain pula. I rasa macam selalu dengar you merungut saja.” Balas Rayqal.
 Dila berdiri disebelah Rayqal. Telefon bimbitnya yang berada ditelinga, dirampas. Dia pasang speaker dan memegang telefon itu.
“Korang berdua tak boleh ke kalau tak bergaduh sebab aku?” Kata Dila.
“Kau punca kami gaduh.” Kata Asfalila.
“Kenapa korang gaduh kali ni?” Tanya Dila. Matanya memandang Rayqal. Geram.
Keduanya diam. Asfalila mahu Rayqal sendiri memberitahu Dila. Dia tahu, Dila pasti akan menyuruh Rayqal berjumpa dengannya. Rayqal sentiasa mendengar kata-kata Dila. Langsung tak pernah membantah.
Rayqal pula tak mahu beritahu. Dia tak mahu berjumpa dengan Asfalila.
“Kalau dah dua-dua diam. Macam mana nak settle? Lila, kenapa korang gaduh?” Tanya Dila sekali lagi.
“Rayqal tak nak jumpa aku minggu ni. Dah dekat dua bulan tak jumpa.” Jawab Asfalila.
“Tak payah jumpa. Bagus juga. Kurang maksiat.” Balas Dila.
Terbeliak biji mata Rayqal. Pertama kali Dila tak memujuknya untuk berjumpa Asfalila. Macam tak percaya.
“Dila! Melampaulah kau ni. Aku nak jumpa tunang aku saja.” Marah Asfalila.
“Tak betul ke apa aku kata? Korang kalau jumpa, pernah tak berpegangan tangan? Pernah jalan seorang depan, seorang belakang? Tak, kan? So, tak payah jumpa. Nanti aku suruh mak dan abah kitorang jumpa parent kau. Tetapkan tarikh. Nikah terus.” Putus Dila.
“Tak payah.” Kata Asfalila. Merajuk.
“Betul ni?” Tanya Dila.
“Ya. Tak payah. Kalau kahwin dengan dia pun, asyik kau saja yang dia dulukan.” Kata Asfalila.
“Kau ingat adik aku tak ada agama ke? Sekarang ni, memanglah dia dulukan aku. Nanti dah kahwin, dia tahulah nak dulukan siapa.” Balas Dila.
“Kalau sebelum kahwin pun dah macam ni, lepas kahwin pun sama saja.” Balas Asfalila pula.
“Okey. Kami datang minggu ni. Kita putuskan saja pertunangan korang. Senang. Tak payah aku ni rasa bersalah. Tak payah aku ni pening kepala dengan masalah korang. Cuma aku nak pesan satu je. Seorang lelaki yang bertanggungjawab, dia tahu mana nak didulukan.” Kata Dila dan terus mematikan talian telefon.
Telefon itu diberikan kepada Rayqal.
“Kau fikir sendiri. Nak teruskan atau putuskan. Ada masa 3 hari sebelum hari minggu.” Kata Dila.
“Putus.”
“Fikir betul-betul. Jangan buat keputusan ikut perasaan.”
“Aku dah lama nak putus. Perempuan yang tak tahu menghargai ahli keluarga aku, tak layak untuk aku. Bukan aku pernah abaikan dia pun. Cuma aku dulukan kau. Baru dia. Masa tu, kau memang sangat perlukan aku. Kau nak bangun pergi kencing pun, sakit. Dia yang tak tahu sabar. Tahu merungut saja. Kalau dia tak boleh faham tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki, dah kahwin, buat kepala aku pening saja.” Putus Rayqal.

“Suka hati kau.” Kata Dila dan terus berlalu masuk ke biliknya semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan