SUBSCRIBE

Jumaat, September 01, 2017

Cinta? Semak! 11

“Entahlah, Fir. Tak pasal-pasal nanti, Lila simpan dendam dekat Aya.”
Engku Da yang mengintai terdengar kata-kata Dila yang sedang bercakap dengan Firdaus. Firdaus masih terlantar di atas katil tak sedarkan diri. Manakala, Dila sedang duduk bersandar di hujung katil, melunjur di kaki Firdaus.
Engku Da menutup pintu bilik dan turun ke bawah. Dahinya berkerut. Memikirkan sesuatu.
“Bedah, selama Dila jaga Daus, memang tak ada sesiapa ke yang pantau?” Tanya Engku Da.
“Sekali-sekala, Haikal turun. Setiap pagi, Dila akan minta tolong saya syampukan rambut Firdaus. Tukar cadar. Kenapa tengku puan?” Jawab Mak Bedah
Engku Da menggeleng.
“Awak pernah dengar Dila bersembang dengan Daus?” Tanya Engku Da lagi.
Mak Bedah angguk.
“Dia panggil Daus, Fir. Dia bahasakan diri dia Aya.” Kata Engku Da.
Mak Bedah angguk.
“Kenapa, erk?” Tanya Engku Da.
Mak Bedah angkat bahu.
“Tak siapa pernah tanya ke?” Tanya Engku Da lagi.
Mak Bedah geleng.
“Korang tak rasa pelik ke?” Tanya Engku Da.
Mak Bedah geleng.
“Biasalah tengku puan. Ada sesetengah orang, memang macam tu. Nak nampak lain. Haikal kata, mungkin sebab dia nak buat Tuan Firdaus rasa dekat dengan dia.” Balas Mak Bedah.
Engku Da memandang benggang ke arah Mak Bedah.
Mak Bedah ketawa.
Engku Da dulu dan sekarang, banyak berubah. Dulu, jangan harap Engku Da nak bersembang macam ni. Namun, sejak Firdaus kemalangan dan tak sedarkan diri ni, dia berubah. Lebih sopan dan berperikemanusiaan.
“Saya kan… Erm…” Engku Da teragak-agak mahu meluahkan apa yang dia rasa sejak pertama kali ternampak Dila.
“Apa dia, tengku puan?” Tanya Mak Bedah. Sudah duduk dihadapan Engku Da.
Engku Da geleng sambil dahinya berkerut.
“Saya minta Bedah perhatikan Dila. Bukan saya tak percayakan dia. Tapi tak elok sebenarnya.” Pesan Engku Da.
“Kenapa pula?” Tanya Mak Bedah.
“Kamu ni. Elok ke lelaki dan perempuan yang tak ada hubungan duduk berdua dalam bilik. Pintu bilik pun tutup. Kadang-kadang kunci.” Kata Engku Da memarahi Mak Bedah.
“Oh. Dila kunci sebab dia nak buka tudung. Sebab Haikal tu selalu masuk tak bagi salam. So, nak hinder dari Haikal nampak aurat dia, dia kuncilah.” Kata Mak Bedah.
“Tak kisahlah. Tetap tak manis. Anak dara dan anak teruna bersekedudukan macam tu.” Balas Engku Da.
“Sebelum ni tak ada pun tengku puan kisah.” Balas Mak Bedah.
“Yang sebelum ni, dorang duduk melangut saja. Ini Dila tu sentuh Daus dari hujung rambut sampai hujung kaki.” Bidas Engku Da.
Mak Bedah angguk.
Lama dia berfikir. Dia teringat sesuatu.
“Dila tu, anak dara ke? Rasanya macam dia ada anak. Sebab hari tu terdengar dia bercakap dalam telefon. Dia bahasakan dirinya mummy. Macam tengah pujuk anak.” Cerita Mak Bedah.
“Awak tak pernah tanya?” Tanya Engku Da.
“Tak adalah pula. Tak nak dia kata saya masuk campur urusan peribadi dia pula. Cuba tengku puan tanya Haikal. Haikal tu kawan baik dengan adik Dila, Rayqal.” Jawab Mak Bedah.
“Rayqal dengan Dila adik-beradik?” Tanya Engku Da. Terkejut.
Tapi bila dilihat semula.
Ya, muka Rayqal dan Dila seiras. Dengan warna kulit putih kekuningan. Mata berwarna hazel. Kening tebal. Bibir sedikit berbeza. Tapi jika dikata mereka berdua kembar pun, semua orang akan percaya.

“Saya nak naik jumpa Haikal. Nak tengok resume Dila. Awak sediakan minum petang. Flight saya malam ni. Lepas maghrib nak bertolak dari rumah.” Arah Engku Da dan terus berlalu ke lif tanpa menunggu jawapan balas Mak Bedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan