SUBSCRIBE

Jumaat, September 01, 2017

Cinta? Semak! 6

Haikal memandang Dila yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah. Dia segera keluar bila dilihar Dila berjalan terhencut-hencut.
“Dila, kalau tak sihat, tak payahlah datang.” Kata Haikal sebaik mendekati Dila.
“Morning, Haikal.” Dila senyum. Manis.
“Morning.” Balas Haikal bersama cekakak pinggang. Tak puas hati dengan balasan dari Dila.
Dila ketawa.
“Kalau asal sakit, cuti. Banyak cuti dari kerja. Tak berkat duit gaji tu.” Balas Dila dan terus berjalan meninggalkan Haikal.
Haikal menggeleng. Dila sentiasa ada jawapan untuk semua perkara.
“Haikal, saya ada benda nak cakap dengan Haikal.” Kata Dila sambil memalingkan badannya ke belakang.
Mujur tidak terjatuh bila tanpa sedar, Haikal sebenarnya berada betul-betul dibelakangnya.
“Udah macam drama Korea. Tak peluk aja.” Usik Mak Bedah yang kebetulan ternampak kejadian itu.
Haikal sengih. Suka.
Dila diam. Malu. Tak tahu nak balas apa.
“Nak cakap apa?” Tanya Haikal.
“Saya kan dah almost 3 bulan kerja. Boleh tak buat satu surat. Saya nak rasa secure kerja di sini. Buat macam formality kerja biasa.” Kata Dila.
Haikal angguk.
“Bila nak?” Tanya Haikal.
Dila tepuk dahi.
“Apa mangkuk sangat bos aku ni. Nak kata taka da pekerja, ramai rasanya. Tapi benda basic HR ni pun tak tahu. Baik lagi aku yang tak pernah belajar benda-benda alah tu semua. Aku lagi tahu.” Kata Dila perlahan. Bercakap dengan dirinya sendiri.
Haikal sengih.
“Bila dah 3 bulan dan Haikal puas hati dengan kerja Dila.” Sambung Dila. Jelas.
 Haikal ketawa.
“Dila pekerja luar biasa. Tak sama macam yang lain.” Balas Haikal.
Dila cebik dan terus menuju ke lif untuk naik ke ‘tempat kerja’nya. Bilik Firdaus.
Haikal pandang langkah Dila yang perlahan dan senget hingga Dila hilang ke dalam lif.
Haikal geleng kepala.
“Macam mana nak rasa dia macam pekerja. Dah rasa dia macam ahli keluarga saja.” Kata Haikal kepada dirinya sendiri.
“Kan?” Sampuk Mak Bedah yang berdiri disebelahnya.
Haikal terkejut. Dia pandang Mak Bedah sambil mengusap dadanya.

Mak Bedah ketawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan