SUBSCRIBE

Jumaat, September 01, 2017

Cinta? Semak! 7

“Assalamualaikum.” Satu suara memberi salam sambil mengetuk bilik Firdaus. Dia memulas pintu bilik itu dan masuk ke dalam.
Terbeliak matanya.
“Haikal!” Jerit suara itu.
Haikal yang berada di tangga dan sedang turun menuju ke bilik Firdaus, segera bergegas lari bila terdengar suara bonda menjerit memanggil namanya.
“Kenapa bonda?” Tanya Haikal. Cemas.
Datin Paduka Tengku Haslinda menunjukkan jarinya ke arah katil Firdaus. Mukanya merah menahan marah. Nafasnya juga tidak teratur.
Haikal segera mengintai.
“Oh. Dila memang selalu macam tu.” Dengan tenang Haikal menjawab.
“Dan kamu biarkan abang kamu sekatil dengan perempuan tu?” Serang Datin Paduka Tengku Haslinda atau lebih suka dipanggil dengan nama Engku Da.
“Haikal dah tegur. Tapi Dila tu dia selalu tertidur lepas buat senaman untuk Daus.” Terang Haikal. Masih tenang.
Sejak kecil dia duduk di rumah ini bersama Engku Da. Mamanya, Puan Saleha pun jarang dia berjumpa. Bila Engku Da pergi mana-mana, baru Puan Saleha boleh datang ke rumah ini untuk bertemu dengannya.
Engku Da yang minta untuk menjaga Haikal tapi tidak membenarkan Puan Saleha duduk di situ sekali kecuali kalau dia berpergian. Engku Da tak kisah seandainya suaminya, Raja Mukhlis tak balik ke rumah dan duduk di rumah Puan Saleha. Tapi dia tak boleh seandainya Firdaus dan Haikal tiada dengannya.
“Kalau dah ditegur, tak dengar cakap. Pecat saja. Kenapa mahu menanggung dosa?” Kata Engku Da. Masih lagi marah.
“Dila tu, Haikal suruh adik dia pujuk. Minta tolong sangat-sangat. Dah tak ada nurse atau doctor yang sanggup duduk di sini dari pagi sampai malam kadang-kadang tu. Lagipun, kerja Dila bagus. Kalau sebelum ni, semua yang datang, sekadar duduk. Tak buat apa. Dila datang pagi dah mandikan Daus. Dia buat senaman untuk Daus. Cadar dia tukar setiap hari. Dia urut Daus. Dia jaga Daus lebih baik dari hospital jaga Daus. Lagipun, dia dulu orthopedic specialities. Tapi sebab accident, kaki dia tak boleh banyak gerak. Sebab tu, dia berhenti dan tak kerja. Sampailah Haikal offer kerja ni. Itu yang dia kerja. Tapi bila kaki dia sakit, macam ni yang selalu jadi.” Terang Haikal panjang lebar.
“Tapi salah tetap salah.” Tegas Engku Da.
“Tahu, bonda. Tapi nak buat macam mana. Lagipun, bukan berpelukan pun. Dia baring dekat sebelah saja. Berjarak.” Haikal terus membela.
“Suka hati kamulah. Bonda dah cakap.” Kata Engku Da dan berlalu.
Hilang terus niatnya untuk melihat Firdaus. Dia naik ke biliknya untuk menghilangkan rasa penat. Berada di dalam kapal terbang selama 13 jam. Benar-benar penat.
Tok. Tok.
“Masuk.”
“Bila bonda sampai? Tak bagitahu Haikal. Kalau tidak, boleh Haikal jemput.” Tanya Haikal dan duduk di katil.
Engku Da duduk di sebelah Haikal.
“Bonda tahu kamu sibuk. Ini kan waktu kerja. Bonda tak mahu susah kan kamu. Bonda naik limo saja. Senang.” Kata Engku Da sambil mengusap tangan Haikal.
“Untuk bonda, tak ada apa yang susah.” Balas Haikal. Dia mengambil tangan Engku Da dan diciumnya.
“Rindu bonda.” Kata Haikal dan terus memeluk Engku Da.
Engku Da menepuk-nepuk belakang Haikal.
“Kamu bukan budak lagi Haikal. Dah besar. Dah boleh jadi bapa orang. Bila lagi mahu kahwin? Abang dah terlantar macam tu. Entah bila nak sedar. Kamu tu?” Tanya Engku Da.
“Haikal tunggu bonda pilihkan calon untuk Haikal.” Jawab Haikal.
“Bonda tak mahu. Kamu pilih sendiri.” Balas Engku Da.
“Alah bonda. Tolonglah jadi macam Mak Engku dalam TV tu. Pilih menantu untuk anak-anak. Siapa membangkang, jadi tanggang.” Usik Haikal.
“Bonda tak mahu.”
“Bonda masih trauma?”
Engku Da meleraikan pelukan mereka.
“Bukan trauma tapi menyesal. Tapi bonda bukan tak suka pilihan abang kamu. Cuma bonda takut dia hilang tumpuan. Bonda suruh dia focus pada study dan tolong ayah di pejabat dulu sebelum bercinta. Bina kerjaya dia dulu sebelum bina cinta.” Engku Da menerangkan situasi ketika itu.
“Tapi abang kamu salah faham. Dan akhirnya, merubah sikap abang kamu 360 darjah. Dari seorang yang lembut, tukar jadi pemarah. Dan yang bonda tak boleh terima, dia langsung tak hormatkan bonda lagi. Bonda harap, bila dia sedar, dia akan berubah kepad dirinya yang asal. Seorang anak yang taat dan mendengar cakap, sabar dan tenang.” Doa Engku Da.
“Aamin.”
Engku Da mengusap ubun Haikal.
“Ini bonda balik selamanya ke?” Tanya Haikal.
“Syafiq minta bonda ajarnya selok belok bisnes. Dia nak mula dari bawah. Bonda bagi dia tempoh 6 bulan untuk belajar. Mula dari asas. Sampai dia faham selok belok business pak long sebab selama ni, dia langsung tak pernah ambil tahu tentang business tu. Sebab tu, bonda suruh Haikal dan abang ambil tahu tentang business family kita walaupun korang tak minat. Sekarang ni, ayah ada. Bolehlah uruskan. Kalau ayah, bonda dan mama dah tak ada? Siapa nak uruskan semua tu?” Bebel Engku Da.
“Haikal dan Daus.” Balas Haikal.
“Mujur tahu. Sudah. Pergi sambung buat kerja. Bagi bonda rehat.” Kata Engku Da dan menolak Haikal bangun.
Haikal bangun dan keluar.
Engku Da baring.
Haikal masuk semula ke dalam bilik Engku Da dan memeluk Engku Da.
“Rindunya.” Kata Haikal sambil mengeratkan lagi pelukannya.
Engku Da menepuk manja tangan Haikal.

Haikal ketawa dan segera bangun. Meninggalkan Engku Da untuk berehat.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan