SUBSCRIBE

Jumaat, September 01, 2017

Cinta? Semak! 8

Rayqal memandang Dila yang sedang termenung di ruang tamu. Dia mendekati Dila. Alat kawalan jauh yang berada ditangan Dila diambil dan ditutupnya televisyen yang sedang terpasang. Sekali lagi pandangannya terarah kepada Dila.
“Kak.” Panggil Rayqal.
Tiada sahutan.
Rayqal menepuk tangannya dihadapan Dila.
Dila termangu. Dia memandang Rayqal yang sedang memadangnya.
“Kenapa?” Tanyanya dan cuba berlagak biasa.
“Kau tu kenapa?”
Dila geleng.
Rayqal mengeluh dan duduk disebelah Dila.
“Engku Da?” Tanya Rayqal. Serkap jarang.
“Tak adalah.” Balas Dila.
“Kita ni dua beradik je, kak. Kau sakit, aku turut sakit. Kau happy, aku pun happy. Kalau dengan aku pun kau nak berahsia. Pada siapa pula kau nak bercerita? Nak simpan semuanya sendiri? Nak berlagak konon-konon tabah?” Kata Rayqal. Lembut memujuk.
“Aku cuba tak nak keruhkan keadaan. Tak nak susahkan kau.” Balas Dila.
“Kak. Kalau aku susah, aku minta tolong dengan kau. Kalau kau susah, aku wajib tolong kau. Kau tanggungjawab aku. Dan aku tanggungjawab kau. Sebab kau kakak aku. Dan aku adik kau.” Tegas Rayqal. Masih cuba memujuk Dila untuk bercerita.
Dila jeda.
“Aku bukan paksa tapi aku minta. Jangan nak tanggung semuanya sendiri. Aku ingatkan kau ni. Kau bukan sendirian dekat dunia ni. Kau ada aku. Sama macam aku ada kau.” Kata Rayqal dan bangun.
“Duduk dulu.” Pinta Dila.
Rayqal duduk.
“Keadaan masih terkawal. Nanti kalau aku dah buntu. Tak tahu nak buat apa. Aku minta tolong kau. Buat masa ni, tak ada apa yang perlu dirisaukan.” Janji Dila.
“Jangan keadaan dah parah baru nak minta tolong aku. Masa tu aku boleh cakap, doalah pada Allah. Sekarang pun kena doa supaya semuanya selamat tapi kalau ada benda yang kita boleh tegah dari awal, baik tegah sekarang.” Balas Rayqal.
“Cepat atau lambat saja benda ni, dik. Kalau bukan sekarang, nanti. Itu saja.” Balas Dila dan kembali termenung.
Rayqal menarik nafas dalam.

Dia geleng kepala dan berlalu meninggalkan Dila sendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan