SUBSCRIBE

Jumaat, September 01, 2017

Cinta? Semak! 9

“Haikal kata, Dila dulu doctor.” Kata Engku Da sambil memerhati Dila mengurut tapak kaki Firdaus.
Dila angguk.
“Kenapa berhenti?” Tanya Engku Da.
Dila memegang lututnya dan menggosok. Sambil tersenyum kelat, dia menjawab,
“ACL and PCL injury. Ligament koyak. Susah nak jalan dan buat kerja.”
Engku Da angguk walaupun dia tak berapa faham.
“Senang nak faham, urat koyak.” Kata Dila walaupun mengikut fahaman perubatan bukan sebegitu. Tapi untuk fahamkan orang yang bukan dalam bidang perubatan, jawapan itu adalah yang paling mudah.
Engku Da mengerutkan mukanya. Seakan dia yang terasa sakitnya.
“Teruk tu.” Ulasnya.
Dila angguk bersenta senyuman senget.
“Teruk ke tak, tak tahu nak cakap. Tapi ACL ni urat yang pegang antara tulang peha dan tulang kaki. PCL pula, kawal tulang kering masa lutut dibengkokkan. Bila dia koyak, nak sembuh sepenuhnya tak mudah. Operation pun belum tentu boleh menjamin kesembuhan 100%. Dan tak menjamin bahawa dia tak akan berulang lagi.” Kata Dila sambil menggosok lututnya.
“Kesiannya Dila.” Kata Engku Da.
Dila senyum segaris.
Dia dah biasa dengan simpati orang. Kerana itu, dia cuba sedaya upaya untuk kelihatan normal. Seperti biasa. Paksa untuk berjalan seperti biasa walaupun sakit. Cuma kadang-kadang, bila terlampau sakit, dia tak boleh nak berpura-pura.
“Dila dah operate ke?” Tanya Engku Da.
Dila geleng.
“Kenapa?”
“Belum sampai seru. Kos operation sebelah kaki saja mencecah RM25,000. Belum masuk kos rawatan lain. Kalau buat di hospital kerajaan pun, memerlukan RM16,000. Tapi above all the reason, ada satu lagi sebab yang paling utama. Saya belum bersedia lagi, tengku puan.” Balas Dila.
“Tak minta mana-mana bantuan. Socso? Zakat?” Tanya Engku Da.
“Sebab saya pun jatuh dekat tempat kerja, so, socso memang nak tanggung. Plus dengan insurance. Memang boleh nak buat. Isu dia sekarang ni, saya yang tak bersedia.” Jawab Dila.
“Kalau patient Dila, apa suggestion Dila?” Tanya Engku Da.
“Operation.”
“Kenapa bila turn Dila tak jadikan operation as a solution?”
Dila ketawa.
“Biasalah. Sebab pesakit biasanya nak sembuh cepat. Kalau kita suruh dia buat fisioterapi saja, dia akan hilang semangat. Sebab kaedah fisioterapi ni makan masa yang sangat lama untuk sembuh. Sebab nak kuatkan muscle dulu. Dalam tempoh tu, boleh jadi pesakit akan tertumus dan kembali sakit. So, kena tahan sakit dan tetap buat fisio. Sebenarnya, selepas operation pun, tetap juga kena buat fisioterapi. Tapi anggaran sembuh tu dalam tempoh 6 bulan ke setahun. Lebih cepat. Kalau bergantung kepada fisioterapi semata-mata, ia makan masa yang panjang untuk sembuh. Mungkin 3-4 tahun. Dan boleh jadi seumur hidup.” Kata Dila. Cuba sedaya upaya untuk buat Engku Da faham.
“Jadi kenapa nak pilih jalan yang panjang kalau ada jalan yang singkat?” Tanya Engku Da.
Dila angkat bahu.
Dia sendiri tak tahu kenapa dia masih menolak untuk melakukan pembedahan. Selain takut, dia lebih percayakan system immune badannya yang akan mencantumkan semula urat yang terkoyak.

“Mungkin sebab saya lebih suka pakai urat original dari urat tiruan.” Balas Dila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan