SUBSCRIBE

Jumaat, September 01, 2017

EHPW 13 : NITA

Aku pandang sekeliling bilik pejabatku. Rasa bosan dengan warna cat dan karpet bilik ini. Dari mula-mula aku ditempatkan dibilik ini dua tahun lepas, inilah keadaannya. Cuma beza, makin banyak fail dan kertas saja.
“Nita, dah okey ke? Lama cuti.” Tanya Izam bila saja dia masuk ke dalam bilikku tanpa kebenaran. Main redah ikut suka hati saja.
“Azril paksa aku ikut dia pergi kerja.” Jawabku tanpa nada. Menyembunyikan niat dan perasaan riak. Niat untui memberitahu Izam dan semua pekerja di sini, suamiku pilot.
“Biasalah tu.” Kata Izam.
Aku pandangnya. Berkerut keningku.
“Korang tahu ke?”
“Tahu apa?”
“Azril tu pilot”
“Kenapa pula tak tahu? Kenapa?”
“Apasal aku rasa macam aku seorang saja yang baru tahu?”
Izam melongo.
“Serius?” Tanya Izam.
“Apa yang serius?” Tanya Encik Bahar yang baru saja membuka pintu bilikku.
Shah turut ada dibelakang Encik Bahar sambil membawa sebiji kerusi.
“Selama ni Nita tak tahu yang Azril tu pilot.” Beritahu Izam.
“Serius ke?” Tanya Encik Bahar dan Shah hampir serentak.
Aku angguk.
Mereka bertiga berpandangan sesama mereka sebelum ketawa terbahak-bahak.
Aku pandang mereka tajam.
“Maknanya plan dulu tu tak menjadilah.” Kata Shah.
“Plan apa?” Tanyaku.
“Azril pernah plan nak surprise kau. Dia kata tak tahu macam mana cara nak bagitahu kau kerja dia since kau tak pernah tanya. So, dia kata nak ajak kau pergi honeymoon dan tunjukkan uniform dia pada kau.” Cerita Encik Bahar.
“Macam mana korang tahu plan dia?” Tanyaku. Makin pelik. Makin berkerut dahiku.
Macam Azril tu rapat sangat dengan mereka. Aku rasa, tak rapat sangat pun. Memanglah Azril selalu ikut aku kalau aku ke majlis yang perlu dihadiri. Tapi sebelum kami ada rumah, memang Azril akan ikut aku ke pejabat jika minggu itu giliran kami duduk di rumah mama dan masa tu, abah tiada.
Bila Azril ada di pejabat, selalu juga dia lepak di bilik Encik Bahar atau bilik Izam. Jika Izam dan Encik Bahar tiada, Shah akan lepak dalam bilik aku untuk bersembang dengan Azril. Memang nampak Azril selesa dengan mereka tapi tak rasa itu boleh buat mereka rapat.
“Kami mastermind. Kami yang bagi idea. Kami yang paksa kau pergi bercuti.” Jawab Shah.
“Ha?” Melongo mulutku.
“Ingatkan dah jadi.” Kata Izam.
Mereka menyambung tawa.
“Erm... Patutlah setiap kali pergi oversea, aku duduk dekat seat seorang. Dia tak ambil tiket untuk dia pun. Aku pun tak pernah tanya. Ingatkan dia ambil flight lambat sebab nak settlekan kerja dia. Lagipun, logik juga. Aku kena tunggu dia dekat airport kadang-kadang dekat dua jam. Tak tahu pula, suami aku Encik Pilot.” Kataku. Mendatar tanpa nada.
“Kenapa semua berkumpul kat bilik saya ni?” Tanyaku pula. Muka mereka aku pandang seorang demi seorang. Mereka inilah kawan aku yang aku dah anggap seperti keluarga.
Encik Bahar, Izam dan Shah adalah manusia yang banyak mengajar aku selok belok bidang logistik. Kami sama-sama membangunkan Maris Sdn Bhd. Jika dulu kami berempat tapi kini Maris Sdn Bhd sudah mempunyai tambahan 11 orang pekerja. Aku, Izam dan Shah menjadi kepala dalam bahagian masing-masing.
Shah sebagai Pengurus Operasi, mengelola operasi syarikat termasuk gudang dan lori. Dibawah Shah sahaja ada 7 orang pekerja termasuk 3 orang pemandu lori.
Izam pula bertindak sebagai Pengurus Pemasaran. Dia dan seorang lagi pekerjanya akan sentiasa keluar untuk mengintai lubang-lubang untuk mengembangkan Maris Sdn Bhd. Dan seorang lagi pekerjanya ditempatkan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan. Dia yang akan buat kerja-kerja susulan selepas jualan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
Aku sendiri ada 2 orang pekerja bawahanku. Seorang untuk buat invoice. Manakala seorang lagi untuk buat kerja mengutip hutang. Aku? Akulah Pengurus Kewangan, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Pentadbiran. Pendek kata, selain pemasaran dan operasi, aku yang bertanggungjawab untuk menguruskannya.
Encik Bahar pula adalah kepala kami. Dia yang akan memastikan perniagaan ini berkembang. Dari hanya sebagai ejen kastam, kini kami sudah melebarkan sayap kepada pengangkutan dan pergudangan. Kini, dalam perancangan 3 tahun akan datang untuk mempunyai gudang berlesen yang tentunya lebih besar.
“Ada hal nak bincang. Sepatutnya saya bincang dengan Nita personally sebelum umumkan kepada Izam dan Shah. Tapi keadaan Nita yang tak berapa betul hari tu, maka saya ajak semua sekali bincang bersama hari ni. Lagipun, saya tak nak tangguh lagi. Benda ni saya dah fikirkan lama. Kalau bertangguh lagi, tak tahu bila nak jadinya.” Encik Bahar memulakan mukadimahnya.
“Kalau macam tu, jomlah ke bilik Encik Bahar.” Ajakku. Aku sudah bangun dan bersedia untuk bergerak ke bilik Encik Bahar. Tempat kami, kumpulan pengurusan, selalu berbincang.
“Sini saja.” Kata Encik Bahar. Menahan aku dari bangun dengan isyarat tangan.
“Pertama, saya ingat nak tambah lagi lori. Saya nak ambil sebiji trailer dan sebiji lori 10.  Keupayaan kewangan kita kukuhkan, Nita?” Tanya Encik Bahar pada aku setelah memberitahu rancangannya.
Aku angguk.
“Insya Allah. Cukup bagus. Lagipun kita hanya ada hutang sebiji lori saja lagi. Itu pun awal tahun depan dah habis bayar. Dengan corak bayaran kita yang teratur, Insya Allah, senang nak buat pinjaman.” Balasku.
“Izam, Shah, boleh handle tak?” Encik Bahar tanya pada Izam dan Shah.
“Saya okey. Shah lah nak control nanti. Customer kita yang sedia ada pun memang ada beberapa kali tanya, bila nak ambil trailer.” Jawab Encik Izam.
“Saya boleh. Asalkan cari driver yang boleh sekepala dengan saya.” Jawab Shah.
“Great!” Sorak Encik Bahar bersama senyuman penuh kepuasan.
“Perkara seterusnya?” Tanya Shah.
“Saya nak bagi korang pegangan saham 10% seorang. Saya dah minta company secretary buat surat pelantikan, malahan surat tu pun dah siap. Tinggal nak pergi sign saja. Sebab tu saya nak juga bagitahu hari ni.” Kata Encik Bahar tenang.
Kami tercengang. Memandang muka Encik Bahar yang sedang tersenyum puas dengan penuh tanda tanya. Sama ada kami tidak salah dengar atau Encik Bahar tidak salah cakap.
“Ini sebagai tanda terima kasih saya pada korang bertiga sebab banyak bantu saya dalam membangunkan syarikat kita ni. Dan korang adalah punca kekuatan saya untuk terus membangunkan syarikat ni.” Sambung Encik Bahar.
“Encik Bahar, 10% tu banyak tau. Kalau ikutkan keuntungan setakat suku tahun pertama tahun ni, insya Allah, jumlah tu akan meningkat untuk tahun ni.” Beritahuku. Meminta kepastian. Sama ada betul jumlah yang dia fikirkan itu betul atau tidak.
Encik Bahar angguk.
“Saya nak kita sama-sama rasa hasilnya bersama.” Balas Encik Bahar.
“Jumaat nanti, kita buat management outing. Semua dipayung oleh syarikat. Kita pergi sign surat pelantikan pengarah, lepas tu, kita survey lori.” Kata Encik Bahar sebelum keluar.
Izam dan Shah memandangku.
“Betul ke?” Tanya Izam.
“Itulah. Aku pun macam tak percaya. Tak pernah terlintas dekat otak.” Jawabku.
“Banyak ke 10% tu, Nita.” Tanya Shah pula.
“Aku bayar dividen Encik Bahar yang ada 90% unit share, almost RM100,000. 10% adalah dalam RM10,000. Tahun ni, kalau kita kerja lebih kuat lagi, mahu lebih dari tu.” Jawabku.
“Sejak kita ada lori ni saja keuntungan kita berlipat kali ganda. Kerja-kerja forwarding ni, lebih pada nak membantu saja. In fact, kita banyak kos kalau buat forwarding tapi keuntungan almost zero to negative. Sebab tu aku minta kita fokus pada transport dan warehouse.” Sambungku.
“Berapa dividen tahun lepas, Nita?” Tanya Shah. Mukanya masih tidak percaya.
“RM10k.”
“Banyaknya. Ini kalau bonus, mahu 5 bulan ni.”

Aku angguk sambil tersenyum melihat gelagat Shah. Berbanding Izam, Shah orang yang lebih banyak drama. Mungkin sebab tu, aku lebih mesra dengan Shah. Dan mungkin juga sebab Izam jarang ada di pejabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan