SUBSCRIBE

Sabtu, September 02, 2017

EHPW 14 : NITA

Hampir setiap hari sebelum balik ke rumahku, pasti aku akan singgah rumah mama sekiranya tiada urusan lain. Sekadar menjengah. Mengambil tahu keadaan mama. Terutama bila abah dah tiada. Risaukan mama. Mujur Zira masih tinggal dengan mama. Nak harapkan Zura? Adik perempuanku itu, terus membawa diri selepas putus cinta ke Terengganu setahun lepas. Kebetulan, dia mendapat kerja di sana. Adik lelakiku, Zahran pula, masih lagi belajar di Jerman dalam bidang Automotif.
Aku keluar dari kereta. Menutup pintu. Baru saja mengambil langkah pertama, seseorang datang menerpaku. Memelukku. Dalam keadaan tak bersedia, aku hampir jatuh. Mujur aku tak jauh dari kereta. Jika tidak, pasti jatuh.
 “Allah. Zil! Mujur ibu lang tak jatuh. Kalau jatuh tadi macam mana?” Marahku kepada Mirza Jazil a.k.a Zil.
“Macam nangka busuk lah.” Jawabnya sambil ketawa.
Aku membalas dengan senyuman sambil menumbuk mukanya lembut dan perlahan.
“Jom masuk.” Ajakku.
“Jom.” Balasnya.
Tanganku dipimpin Zil masuk ke dalam. Dia begitu teruja bercerita denganku akan perkhabaran yang baru diterimanya. Berita gembira untuknya.
“Semua ada? Habislah rumah atok kejap lagi.” Usikku bila kelibat Mawar, Aisyah, Ayush dan Damia menyapa mataku.
Mereka bangun dan mendapatkan aku. Tanganku disalam dan dicium bergilir-gilir.
“Mawar, Aisyah, Ayush, Damia, mama aku kata, aku nak dapat adik. Lagi 7 bulan, aku ada adik.” Dengan penuh bangga dan teruja, Zil memberitahu yang lain-lain.
“Ye ke? Syoknya.” Kata Damia.
“Haah. Seronoknya ada adik.” Kata Mawar. Nadanya antara suka dan ralat.
“Mama Zil dah nak masuk anak kedua dah. Ibu lang kamu tu bila entah nak mengandungnya? Dah lama kahwin, takkan masih tak ada? Apa yang nak dirancangnya? Bukan tak mampu. Anak 10 orang pun, Azril tu lebih dari mampu nak tanggung.” Satu suara membebel makin dekat dengan telingaku.
Aku pandang wajah Mak Anjang Midah, adik arwah abah yang menetap di Australia. Aku sedia maklum keberadaan Mak Anjang Midah. Kerana itu, aku bercadang untuk tidur di sini malam ini. Saja nak luangkan masa dengan mak saudara aku yang jarang dapat bertemu. Hanya email dan Yahoo Massenger saja penghubung kami.
“Sihat, mak anjang?” Tanyaku. Berbasa-basi dengannya.
Aku bangun dan menyalami tangan tua itu dan kembali duduk. Aku pandang wajah Mak Anjang Midah yang sedang duduk di sofa sebelahku. Wajah mak saudara kegemaranku. Mak Anjang Midah tidak seperti mak-mak saudara aku yang lain. Mak Anjang Midah seorang yang lebih terbuka dan memahami. Jadi, aku tak terasa dengan apa yang dia kata. Aku tahu, ia sekadar provokasi untuk soalan atau cadangan yang lain.
“Kau bila nak ada anak, Nita? Orang lain kahwin dah beranak pinak, kau masih tak ada. Berapa lama dah kau kahwin?” Tanya Mak Anjang Midah.
“Baru 3 tahun, mak anjang. Kami pun muda lagi. Baru 25 tahun. Bagilah kami peluang nak kenal-kenal.” Jawabku sambil mengusap kepala Mawar yang berada disebelah kiriku.
“Nita oi. 3 tahun tu lama dah tau. Lagipun, masa muda ni lah elok mengandung. Takkan nak tunggu tua kerepot baru kau nak mengandung? Kau merancang ke?” Balas mak anjang.
Aku geleng.
Kadang pelik manusia ni. Mak aku sendiri tak pernah bertanya. Jika ada yang bertanya kepada mama, mama akan jawab,
“Belum rezeki dia lagi. Doakan saja.”
Tapi bila orang lain, macam-macam andaian mereka buat. Mula-mula dulu, aku pun terasa hati bila mak-bapa saudara asyik bandingkan aku dengan sepupu yang lain. Tuduhan bahawa kami merancang adalah yang paling kerap. Dan salahnya diletakkan kepada Azril kerana Azril budak Kuala Lumpur. Budak bandar. Anak tunggal. Tak biasa dengan budak. Tak suka budak.
Tentu saja tuduhan itu membuatkan aku melenting. Namun, Azril selalu ajar untuk aku bersabar. Azril kata, tak ada untung berlawan cakap dengan mereka. Senyum dan pekakkan telinga. Teruskan berdoa agar mereka kembali insaf.
“Mak anjang bukan apa. Mak anjang sayang kau dengan Azril. Mak Anjang rasa, korang couple paling sweet kalau nak compare dengan sepupu-sepupu kau yang lain. Mak anjang takut, sebab kau tak mengandung, Azril kahwin lain.” Kata Mak Anjang Midah.
“Insya Allah, tak.” Tegasku.
“Mak anjang percaya, Azril tak terlintas pun difikiran dia nak duakan kau. Mak anjang tahu. Tapi keluarga dia? Mak bapa Azril, mak anjang tak rasa akan sibukkan hal ni. Yang mak anjang risau, nenek dia. Orang tua ni, cara fikir dia lain, Nita. Anak tu keutamaan dalam rumahtangga. Kalau tak ada anak, pasti dia akan fikir kau mandul. Dia akan paksa Azril untuk ceraikan kau dan kahwin lain.” Kata Mak Anjang Midah.
Aku senyum. Kelat.
Memang nenda sudah berkali-kali bertanya soal anak. Tapi tak pernah pula nenda meminta Azril kahwin lain. Nenda selalunya hanya bertanya. Tak pernah lebih dari itu.
“Nenda tu orang bandar, mak anjang. Open. Takkanlah dia nak fikir macam tu.” Sangkalku. Lebih pada nak menyedapkan hati.
“Nita, dengar nasihat mak anjang. Ajak Azril buat check up kesuburan. Lepas tu, kau tu berhenti kerja. Banyakkan masa dengan Azril. Mak anjang tahu kerja kau tu. Stress level dia macam mana. Kadang-kadang, sebab stress, kita susah nak mengandung. Buat sesuatu Nita untuk rumahtangga kau sebelum ada orang luar masuk tangan.” Nasihat Mak Anjang Midah.
“Tak boleh, mak anjang. Ada banyak planning tengah running. Kalau Nita berhenti, nanti lari semua planning. Lagipun, sekarang ni, Nita dah ada share dalam syarikat. Lagilah.” Balasku.
“Nita, mana yang utama? Kerjaya atau rumahtangga?” Tanya Mak Anjang Midah.
“Keduanya.” Jawabku.
“Fikirkan, Nita. Kerjaya atau rumahtangga.” Kata Mak Anjang Midah dan bangun. Dia pergi ke dapur. Aku hanya menghantar langkahnya dengan senyum kelat.
Aku usap kepala Mawar. Fikiranku sudah melayang mengenangkan kata-kata Mak Anjang Midah. Jauh.
“Ibu lang!” Panggil Aisyah.
Aku pandang ke sebelah kananku dimana Aisyah sedang duduk.
“Ibu lang, okey?” Tanya Aisyah.
Aku senyum segaris sambil menganggukkan kepalaku. Aku bangun dan berjalan masuk ke bilikku. Lima bersaudara turut ikut. Bila aku masuk ke dalam bilik, mereka hanya menunggu di pintu. Mereka tahu kepantanganku. Sejak sebelum aku kahwin sampai sekarang, bilikku adalah kawasan larangan untuk mereka kecuali dengan kebenaranku.
“Meh, masuk. Tutup pintu sekali.” Kataku dan terus baring di atas katil.
Lima bersaudara berdiri mengelilingi katil. Satu lagi kawasan larangan, katil. Masuk bilik, bukan bermakna boleh bermain di atas katilku. Walaupun hanya untuk duduk. Semua orang dalam rumah ini tahu kepantanganku. Dan mereka menghormatinya.
“Meh.” Panggilku sambil menghulurkan tangan kepada mereka dengan mata terpejam.
Mereka memanjat katilku. Mawar berbantalkan perutku. Aisyah meniarap memandangku. Sama juga keadaan Damia. Zil dan Ayush hanya duduk bersila bertongkat memandangku.
“Ibu lang okey ke?” Tanya Ayush.
Aku geleng. Tangan kiriku, aku letakkan dimuka. Menutup mataku.
“Ibu lang sedih?” Tanya Zil.
Aku diam. Mataku sudah berkaca. Entah kenapa aku begitu emosi saat ini. Walhal tak ada apa pun perkara yang Mak Anjang Midah katakan itu yang membuatkan aku sakit hati mahupun marah. Apatah lagi sedih. Tapi aku rasa nak menangis.
“Ibu lang...”
“Ibu lang bukan sedih. Cuma fikirkan balik apa yang nek anjang korang cakap tadi. Betul juga kata nek anjang, ibu lang terlalu stress sampai lupa soal anak. Nanti ibu lang dah tua, siapa nak jaga? Kalau ibu lang dan ayah lang dah mati, siapa nak doakan kami?” Kataku.
Biarlah, mereka faham atau tak. Aku cuma rasa nak bercerita pada seseorang. Melepaskan resah dan sesak dihati. Melepaskan segala rasa didalam hati ni tanpa peduli sama ada si pendengar faham atau tidak.
“Kami kan ada.” Balas Damia.
“Terima kasih.” Ucapku. Pipi Damia aku usap lembut. Tanda aku menghargai.
“Tapi, doa anak kandung terus sampai ke ibu bapa tanpa dibahagikan-bahagikan. Umpamanya, bila kita makan. Kalau kita makan seorang, semua makanan tu, kita yang punya. Kalau makan ramai-ramai, dapatlah seorang sikit. Masa dalam kubur, bukan macam didunia. Dekat dunia ni, lebih banyak kita kongsikan, lebih baik. Bila dalam kubur, doa itu adalah makanan. Makanan itu bukan untuk kenyangkan perut tapi untuk memudahkan urusan bersoal jawab dengan mungkar dan nangkir. So, lagi banyak doa, lebih mudah urusan.” Sambungku.
Aku tak tahu sama ada mereka faham atau tidak. Untuk Aisyah, aku rasa mungkin dia faham. Budak bijak tu dah berusia 9 tahun. Dah banyak benda yang dia belajar. Malahan, sekarang dia sendiri dah pandai pakai tudung jika keluar. Katanya, aurat.
Untuk yang lain-lain terutama Ayush, adakah mereka faham?
“Ibu lang doalah. Minta Allah bagi anak.” Kata Ayush.
“Ish, Ayush ni. Kan selalu ayah lang doa. ‘Beri kami anak yang soleh’. Tak dengar ke?” Marah Mawar.
“Haah.” Balas Ayush sambil tersengih malu.
Aku senyum.
“Nanti korang dah besar, dah baligh, tak dapat nak duduk macam ni. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan tu haram walaupun korang dah berkawan dari kecil. Walaupun ibu lang dan ayah lang dah anggap korang macam anak, tetap semua tu kena jaga. Dah tak dapat nak peluk-peluk macam ni.” Kataku sambil menarik Ayush yang duduk dikepalaku.
Aku gomol Ayush. Dia ketawa kegelian.
Yang lain juga ketawa dan mengikut jejakku menggomol Ayush. Ayush memang sentiasa menjadi mangsa gomolan kami kerana dia paling kecil antara semua. Bukan saja umurnya juga bentuk badannya. Berbanding Zil yang sedikit berisi dan tegap.
“Dahlah, ibu lang. Dahlah semua. Asyik Ayush je kena.” Katanya sambil cuba mengelak tangan kami yang sedang mengeletek tubuhnya.
Kami melepaskan Ayush dan duduk. Terasa mengah kerana ketawa. Kami berpandangan sesama kami sebelum ketawa kembali meletus.
“Ibu lang, lama tak jumpa ayah lang.” Kata Damia.
“Damia, ini ibu lang tegur sikit tau.” Kataku lembut.
Damia angguk.
“Damia sekarang dah umur 8 tahun. Tak lama lagi nak masuk umur 9 tahun. Cuba-cuba kawal manja dengan ayah lang. Ibu lang tahu, korang sayang kami. Tapi dalam Islam dah ditetapkan batasan yang perlu dalam satu hubungan. Macam mana sayang pun, berpada-pada. Hukum tetap hukum. Damia dah belajarkan, antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram haram untuk bersentuhan? Sekarang, tak apa. Damia kecil lagi. Belum baligh. Tapi nanti bila dah besar, nak kena jaga semua. Ibu lang risau. Kalau Damia tak jaga batasan tu dari sekarang, nanti bila dah besar, Damia juga yang susah. Ini ibu lang pesan pada semua juga.” Nasihatku.
“Sementara belum besar, ibu lang.” Balas Damia.
Yang lain mengiyakan.
“Mencegah lebih baik dari mengubati.” Kataku. Ringkas dan padat.
Muka lima bersaudara tak faham. Aku tahu.
“Nanti tanya ayah lang. Dah. Jom solat. Ibu lang tahu korang belum solat.” Kataku seraya bangun dan menanggal tudungku.
Aku berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Diikuti dengan lima bersaudara secara bergilir. Aku, Zil dan Ayush menunggu Mawar, Damia dan Aisyah dibilikku. Sementara menunggu, satu mesej aku hantarkan kepada Azril.
Nanti dorang tanya, ‘mencegah lebih baik dari mengubati’ pandai-pandailah jawab. Tak tahu nak jawab soalan-soalan hang bersaudara tu. – Nita.
“Dah siap?” Tanyaku bila mereka masuk semula ke bilikku dengan lengkap bertelekung.
Semua angguk.

Aku menyuruh Zil iqomat dan aku mengimamkan solat mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan