SUBSCRIBE

Rabu, September 06, 2017

EHPW 18 : NITA

“Wifey.” Azril mengamit aku ke arahnya yang sedang berdiri memandang dinding di ruang bawah.
Aku dekatinya. Matanya tidak lari dari gambar yang tergantung di dinding. Gambar itu sengaja aku gantung tinggi. Setinggi tempat tidur kami.
“Bila letak gambar tu?” Tanyanya. Tidak memandangku tapi senyumannya mekar. Nampak sangat dia sukakan hasil kerjaku.
“Suka?” Tanyaku.
Dia angguk. Sinar matanya menunjukkan yang dia teruja melihat gambar yang dieditnya selepas kami balik dari berbulan madu kali pertama tergantung cantik di dinding rumah kami. Dinding yang dulunya kosong, kini telah aku semadikan dengan gambar kami berdua.
“Ikutkan nak besar lagi, tapi orang tu kata boleh sampai besar ni saja. Kalau besarkan lagi, gambar pecah. Tak cantik.” Kataku.
Dia angguk.
“Tapi nak minta maaf. Nita buka lappy hubby.” Kataku.
“It’s okey.” Balasnya dan menarikku. Tangannya sudah melingkari pinggangku. Matanya masih tidak kalih dari gambar tadi.
“And again. Sorry.” Kali ini aku teragak-agak untuk bercakap. Memang rasa bersalah.
Dia memandangku. Keningnya dijongketkan.
Aku senyum. Penuh dengan rasa bersalah. Aku ketap bibir.
“Wifey bagi orang lelaki masuk untuk gantung frame tu dan yang lain-lain tanpa kebenaran hubby.” Kataku sekali nafas. Mata terpejam. Aku tak mahu melihat reaksi marahnya.
Dia menarik aku untuk menghadapnya. Tangannya disimpulkan ke belakang pinggangku.
Aku buka mataku sedikit. Aku nampak dia tersenyum.
“Lain kali, bagitahu.”
“Nanti tak jadilah surprise.”
“Wifey kan orang yang kreatif dalam mencipta alasan.”
Aku ketawa.
“Itu kerjalah. Biasalah tu.” Balasku.
Tak sangka Azril masih ingat tentang perkara itu. Saat di mana aku mencari alasan agar dapat mengelak dari bersoal jawab dengan salah seorang pembekal kami. Aku memang tak suka berurusan dengan seorang pembekal tu. Dia terlalu banyak muslihat. Dan kerana itu, aku tukar ke pembekal lain. Tapi tak sangka tindakan aku itu mengundang padah bila mereka selalu telefon dan pertikaikan sebab kenapa aku batalkan urusan dengan mereka. Dan saat kejadian dimana pembekal tersebut datang ke pejabat, Azril ada di situ. Aku gunakan Azril sebagai alasan yang aku sedang bermesyuarat untuk mengelak dari berjumpa dengan mereka.
Kerana perkara itu, aku dimarahi Azril sebab menipu dan mengajaknya sama terbabit dalam penipuanku.
“Jangan jadikan ia kebiasaan. Untuk kali ni, Azril maafkan Nita. Next time, jangan lagi bagi lelaki masuk ke rumah kita tanpa kebenaran hubby. Except for Zahran. Lelaki lain, tak dibenarkan. Faham?” Pesannya.
Aku angguk.
“Bila buat semua ni?” Tanyanya. Bibirnya kembali senyum.
“Technically, dah sebulan. Seminggu selepas berhenti kerja. First time Azril fly. Masa tu dah bosan tahap gaban. Tak tahu nak buat apa. So, fikir punya fikir. Tengok dinding rasa bosan. Teringat gambar Mabul ni. Itu yang datang idea nak letak gambar tu besar-besar. Lepas tu, letak gambar yang lain dalam saiz yang kecil-kecil sebagai back up supaya dia tak nampak macam pelik sebab ada satu saja.” Kataku.
Dia angguk sebelum menarikku turun ke bawah. Kami berdiri dihadapan dinding yang penuh dengan bingkai gambar yang tergantung.
“Cantik gambar ni.” Pujinya merujuk pada gambar yang diambil tanpa sengaja saat aku dan Azril sedang menunggang kuda.
“Yang ni pun.” Kali ini jarinya ditunjukkan pada gambar lima bersaudara sedang teruja melihat sijil masing-masing sewaktu mereka tamat latihan berkuda peringkat pertama.
“Rindu dekat budak-budak tu.” Katanya sambil memandang aku.
“Dorang pun tanya hubby. Sibuk nak datang sini. Katanya lama sangat tak jumpa kita.” Balasku.
“Esok kita pergi jumpa dorang. Esok dorang tak sekolah, kan?”
Aku angguk.
“Please jangan manjakan dorang sangat.” Pintaku.
“Wife. Mereka saja harta yang kita ada. Kita bukan spoil mereka. It just doing something to make them learn.” Balas Azril.
“Tahu. Tapi...”
“Tak ada ayah yang nak rosakkan anak mereka. I know my limti.”

Kata-katanya itu buat aku diam. Aku tahu, kerisauanku itu tiada maknanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan