SUBSCRIBE

Jumaat, Januari 05, 2018

Cinta? Semak 21

Dila sedang mengajar Fazli, jururawat baru yang akan menggantikannya menjaga Firdaus. Walaupun Fazli seorang jururawat dan lebih tahu tugasnya, Dila tetap mahu mengajar Fazli agar Fazli tidak melakukan kesilapan sewaktu menguruskan Firdaus.
Sedang Dila menggerakkan kaki Firdaus, dia dapat merasakan tindakbalas daripada Firdaus. Dia letakkan semula kaki Firdaus. Dibiarkan seketika untuk memastikan pergerakan itu. Jari-jemari kaki Firdaus bergerak.
“Firdaus Hazimi.” Panggil Dila seraya memeriksa denyutan nadi ditangan Firdaus.
Dia dapat merasakan denyutan nadi Firdaus yang berbeza dari sebelum ini. Laju dan normal. Ditekapnya pula telinganya ke dada Firdaus. Degupan jantung Firdaus juga berbeza. Tidak lagi idle seperti selalu.
“Firdaus Hazimi. Firdaus Hazimi.” Seru Dila sambil menggenggam tangan Firdaus.
“Fazli, pergi bagitahu Haikal. Suruh dia call doctor.” Arah Dila.
“Kak Dila kan doctor.” Balas Fazli.
“Pergi. Sekarang!” Gesa Dila.
Fazli bergegas keluar meninggalkan Dila dan Firdaus berdua.
Dila terus-menerus menyeru nama Firdaus. Dia sangat berharap Firdaus akan buka matanya dan melihatnya tika ini. Mungkin untuk kali terakhir. Kerana dia akan berhenti kerja hari ini dan akan pergi jauh dari keluarga ini.
Air mata Dila mengalir saat Firdaus membuka matanya.
“Fir…” Itu saja perkataan yang mampu keluar dari mulut Dila tika itu. Betapa gembira hatinya melihat Firdaus membuka matanya setelah 6 bulan dia menjaga Firdaus. Tangan Firdaus makin digenggam erat. Dia dapat rasa Firdaus membalas genggaman tangannya.
“Alhamdulillah.” Dila memanjatkan rasa syukur kepada Allah. Dia mencium tangan Firdaus. Dan dibiarkan lama. Dengan air mata yang mengalir laju. Air mata gembira.
Firdaus diam dan matanya kembali tutup. Dia penat. Dan dia mahu berehat.
“Abang.” Panggil Haikal yang meluru masuk ke dalam bilik Firdaus bersama Fazli.
Perasaan gembira bila dikhabarkan Firdaus sudah terjaga kembali muram bila melihat tubuh kaku Firdaus seperti selalu. Dia mendekati Dila yang sudah berdiri memberi laluan untuknya mendekati Firdaus.
“Kata Daus dah bangun.” Kata Haikal.
“Dah call doctor?” Tanya Dila.
Haikal angguk.
“Dia buka mata dia sekejap je. Tak sampai pun seminit. Lepas tu, dia pejam balik.” Kata Dila bila melihat wajah hampa Haikal.
Haikal memandang Dila.
Dila angguk.
Haikal senyum. Dia bangun dan keluar.
“Fazli, dekat rumah ni, Mak Bedah panggil Firdaus, Tuan Firdaus. So, saya rasa kita pun kena panggil dia Tuan Firdaus. Dalam rumah ni selain Haikal, ada Tuan Raja, ayah Firdaus dan Haikal, yang interview awak tadi tu, Tengku Puan, bonda Firdaus dan Puan Saleha, mama Haikal. Jangan salah address mereka. Sentiasa jaga laku didalam rumah ni terutama bila depan Tengku Puan.” Pesan Dila.
“Kak Dila tak stay ke? Tuan Firdaus dah sedar.” Tanya Fazli.
“Tak.” Dila geleng.
“Nanti awak dengar apa kata doctor. Untuk sebulan ni, rutin yang saya suruh awak buat tu, awak buat je. Adjust mengikut keperluan Tuan Firdaus. Kalau awak nak tahu apa-apa, awak mesej je saya. Nombor saya dah save kan?” Kata Dila.
Fazli angguk.
Dila melihat jam ditangannya.
“Boleh tak turun kejap. Tunggu doctor.” Pinta Dila.
Fazli turun ke bawah. Dia duduk diruang tamu untuk menunggu doctor seperti yang Dila arahkan. Sambil itu, dia melayari laman media sosial.
“Kenapa kau kat bawah ni?” Tanya Mak Bedah.
“Tunggu doctor. Tuan Firdaus dah sedar.” Jawab Fazli.
“Tinggal Dila berdua dengan Tuan Firdaus?” Tanya Mak Bedah.
Fazli angguk.
“Kau ni memang tak boleh harap.” Kata Mak Bedah dan terus naik ke bilik Firdaus.
Sampai saja dihadapan bilik Firdaus, Dila sudah keluar bersama begnya. Dila senyum sinis melihat Mak Bedah yang tercungap-cungap mendaki tangga.
“Mak Bedah ni, tak boleh bagi ruang kejap untuk saya berdua-duaan dengan Firdaus.” Kata Dila sambil ketawa malu yang dibuat-buatnya. Saja mahu menyakitkan hati Mak Bedah.
“Aku takut kau rogol Firdaus tu.” Balas Mak Bedah.
Dila ketawa.
“Tak apa, Mak Bedah. Lepas ni, Mak Bedah boleh bertenang. Saya pun dah check background Fazli. Insya Allah, dia bukan ‘kunyit’.” Kata Dila dan terus menekan butang lif.
“Assalamualaikum, Mak Bedah.” Kata Dila sebelum pintu lif tertutup.
Mak Bedah menjeling. Dia masuk ke dalam bilik Firdaus. Mengintai Firdaus. Dilihatnya, Firdaus hanya kaku. Seperti selalu. Tidak bergerak.
“Dila mana, Mak Bedah?” Tanya Haikal.
“Kau ni, terperanjat Mak Bedah.” Kata Mak Bedah sambil memukul lengan Haikal yang tersengih.
“Sorry, Mak Bedah. Dila mana? Kejap lagi doctor nak sampai.” Kata Haikal.
“Dah balik.” Balas Mak Bedah.
“Keras betul hati dia. Ingatkan abang dah sedar, dia nak ubah keputusan dia.” Kata Haikal.
“Biarlah dia pergi. Kalau masa Tuan Firdaus koma pun dia berani peluk. Kalau dah sedar ni, mahu dirogolnya Tuan Firdaus.” Kata Mak Bedah.
Haikal ketawa.
“Betullah. Orang gila macam tu, bukan boleh jangka apa yang dia mampu buat.” Sambung Mak Bedah.
“Imaginasi Mak Bedah tu tinggi sangat. Takkanlah Dila nak buat sampai macam tu. Dila tu, waras. Ada agama.” Bela Haikal.
“Kamu, itulah. Hish, geramlah Mak Bedah dengan kamu ni.” Kata Mak Bedah dan terus keluar dari bilik Firdaus.

Haikal geleng sambil ketawa halus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan