SUBSCRIBE

Sabtu, Januari 06, 2018

Cinta? Semak! 22

Firdaus memandang disekeliling biliknya. Dari pagi tadi, wajah yang diharapkan muncul tidak juga menjelma. Dia jadi gelisah. Dia rasa serba tak kena.
“Tuan Firdaus tak selesa ke?” Tanya Fazli.
Firdaus geleng dan kembali baring. Dia cuba memejamkan matanya. Tapi hatinya tidak tenang.
“Panggilkan bonda. Tak. Panggilkan Haikal.” Arah Firdaus.
Fazli hanya menurut. Dia keluar dan meninggalkan Firdaus sendirian.
Firdaus meraba ruang katil disebelahnya. Rasa kosong. Rasa kehilangan dan sunyi. Rasa sakit dihatinya, ditahan. Air matanya mengalir tanpa sangka.
“Abang, kenapa?” Tanya Haikal.
Firdaus mengelap air matanya sebelum duduk memandang Haikal.
“Fazli, awak turun bawah. Pergi rehat.” Kata Haikal sebelum sempat Fazli masuk.
Haikal terus duduk disebelah Firdaus. Tubuh Firdaus dipeluk bila melihat ada sisa air mata dipipi Firdaus. Belakang Firdaus diusap.
Hubungan mereka terlalu rapat. Sejak Haikal datang ke rumah ini, Firdaus melayannya dengan baik. Segala yang diminta, pasti Firdaus akan tunaikan. Bila dia buat salah, Firdaus akan memarahinya dan kemudian memujuknya. Jika Engku Da memarahinya, Firdaus akan sentiasa memujuknya. Dan Firdaus akan membimbingnya agar tidak melakukan kesilapan yang sama sehingga menimbulkan kemarahan Engku Da.
Firdaus yang selalu melindungi Haikal dari disakiti.
 “Selama abang tak sedar ni, siapa yang selalu baring sebelah abang?” Tanya Firdaus.
“Dila. Mana abang tahu dia baring sebelah abang?” Tanya Haikal. Pelukan dileraikan. Dia hairan bagaimana Firdaus tahu semua itu.
“Abang dapat rasa kehadiran dia. Abang dapat rasa dia peluk dan cium abang. Dia selalu panggil nama abang. Dia buat abang nak buka mata.” Kata Firdaus.
“Abang buka mata semalam, abang tak perasan Dila? Abang tak kenal Dila? Diakan kawan abang masa dekat university dulu.” Kata Haikal.
Firdaus diam.
“Dia bukan kawan abang.” Kata Firdaus.
Haikal hairan. Kenyataan Firdaus itu berbeza dengan Dila. Dila kata mereka kenal. Selalu makan bersama dan study bersama.
“Abang nak jumpa dia. Sekarang. Tolonglah, dik. Abang nak jumpa dia. Please.” Rayu Firdaus.
“Kejap. Haikal try call dia.” Kata Haikal dan terus bangun. Dia naik ke biliknya untuk mendapatkan telefon bimbitnya.
“Dila. Datang sini. Emergency.” Kata Haikal dan terus mematikan talian tanpa membenarkan Dila membalas.
Dia terus turun ke bawah dan meninggalkan telefon bimbitnya. Dibiarkan ia berbunyi. Dia tahu, ianya dari Dila kerana dia sudah setkan nada bunyi untuk panggilan dari Dila adalah berbeza dengan panggilan lain.
“Dah call dia?” Tanya Firdaus.
Haikal angguk.
“Tunggu dia dekat bawah. Nanti bawa dia naik. Lepas tu, abang minta ruang untuk kami berdua bercakap.” Kata Firdaus.
“Mana boleh abang berdua saja dengan Dila. Dila mesti tak setuju.” Kata Haikal.
“Abang bukan nak buat apa pun. Abang cuma nak bercakap dengan dia.” Balas Firdaus.
“Tak manis, bang. Lelaki dan perempuan berdeduaan. Lagipun, Dila mesti tak setuju.” Balas Haikal.
“Nanti Dila datang, tanya dia. Boleh tak abang nak cakap berdua saja dengan dia.” Kata Firdaus. Tegas.
Haikal angguk. Dia terus berlalu turun ke bawah. Entah kenapa Firdaus suruh dia menunggu Dila sedangkan Dila tahu bilik Firdaus. Boleh saja suruh Dila naik ke atas bila dia sampai. Ini sampai nak dijemput.
Hati Haikal terus tertanya-tanya tentang permintaan abangnya.
“Kenapa Haikal? Apa yang emergency?” Tanya Dila. Tergesa-gesa masuk ke rumah dan meluru ke arah Haikal yang sedang duduk termenung di ruang tamu.
“Abang nak jumpa.” Kata Haikal dan terus mengajak Dila naik ke atas.
“Abang nak bercakap berdua dengan Dila. Haikal dah kata, Dila mesti tak setuju. Tapi abang suruh tanya Dila. Dila okey ke nak duduk dalam bilik berdua dengan abang?” Tanya Haikal.
Dila angguk.
“Tapi Haikal kena tolong jaga Mak Bedah. Jangan bagi dia naik ke atas sampai Dila turun.” Kata Dila.
“Abang kata Dila bukan kawan dia.” Kata Haikal sebaik saja mereka masuk ke dalam lif.
Dila diam.
“Mana satu cerita yang betul ni?” Tanya Haikal bila Dila diam.
“Lepas kami bercakap ni, kita tahulah cerita yang betul.” Kata Dila dan terus keluar dari lif yang dah terbuka.
Berkerut dahi Haikal dengan jawapan Dila itu.
“Doktor kata apa semalam?” Tanya Dila sebelum masuk ke bilik Firdaus.
“Doktor kata, abang okey. Kena pergi hospital untuk pemeriksaan lanjut. Terutama bahagian otak. Doctor takut ada masalah dekat situ. Dan doctor kata, selalunya orang kalau dah koma lama, ingatan dia banyak yang hilang. Tapi abang macam biasa je. So, Haikal assume, okeylah kot.” Jawab Haikal.
“Bila nak pergi hospital?” Tanya Dila.
“Esok.” Jawab Haikal.
“Kenapa tak pergi semalam? Lepas sedar?” Tanya Dila.
Haikal angkat bahu. Doctor tak menggesa mereka sekeluarga untuk membawa Firdaus ke hospital dengan segera. Mungkin kerana fizikal Firdaus yang sihat. Sebab doctor pun kata, Firdaus sihat. Dia suruh bawa Firdaus ke hospital hanya untuk pemeriksaan lanjut saja.
“Tengku Puan mana?” Tanya Dila.
“Bonda emergency balik rumah Pak Long. Dia try settlekan hal tu dari sini. Dari pagi, hal tu tak settle. Itu yang dia terus ambil flight balik sana.” Bagitahu Haikal.
Dila angguk.
“Dah habis dah bersoal-jawab? Sekarang boleh adik tinggalkan kami berdua?” Tanya Firdaus. Sinis.
Dila ketawa kecil.
Haikal memandang Dila dan Firdaus.
“Anything, dik?” Tanya Firdaus.
“Abang jangan buat apa-apa kat Dila.” Pesan Haikal sebelum dia keluar.
“Jangan stalk. Terus naik atas. Jangan turun sampai abang panggil.” Arah Firdaus.

“Ya…” Meleret saja jawapan Haikal dan terus keluar naik ke biliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan