SUBSCRIBE

Isnin, Januari 08, 2018

Cinta? Semak! 24

“I betul-betul tak sangka boleh jumpa you dekat sini. Mana you menghilang? Habis je exam, you terus blah macam tu je.” Tanya Sheqal.
Dila senyum saja.
Terserempak  dengan Sheqal di lobi hotel sewaktu sejak berjalan ke kefeteria adalah saat yang kalau boleh dielak, Dila akan elak. Bukan sekadar Sheqal. Kalau boleh, dia tak nak berjumpa dengan sesiapa saja yang mengenalinya. Terutama sekarang. Saat dia bersama dengan Adha.
“Anak you ke?” Tanya Sheqal.
Dila angguk. Tak mahu menafikan terutama dihadapan Adha. Takut melukai anak itu. Adha bukan budak kecil. Sudah berusia 6 tahun. Sudah bijak dan keletah.
“Bonda, abang nak pergi ambil cereal.” Pinta Adha yang sudah turun dari kerusi.
“Kejap.” Kata Dila kepada Sheqal. Dia bangun dan beriringan dengan Adha untuk mengambil bijiran honeystar kegemaran Adha.
Dila dan Adha kemudian duduk semula. Tak lama, habis saja semangkuk bijiran, Adha minta untuk bermain dikawasan kefeteria.
“Jangan keluar dari sini. Jangan kacau orang. Watch out you step and behave.” Pesan Dila.
Adha angguk.
“You dah banyak berubah, Dila. Dah jadi pendiam.” Komen Sheqal.
“Adha tu budak bijak. I tak nak bercerita depan dia. Nanti, dia tanya macam-macam. Soalan luar alam.” Balas Dila.
Sheqal ketawa.
“Comel. Muka dia macam familia.” Kata Sheqal.
“Macam muka I lah. Anak I. Cute, kan?” Seloroh Dila menyembunyikan rasa. Dia sangat beerharap yang Sheqal lupa wajah itu.
“Perasanlah you. Muka dia tak ada muka you langsung.” Komen Sheqal. Dia ketawa.
Dila turut sama ketawa halus.
“Husband you, mana?” Tanya Sheqal.
“Ada nampak I pakai cincin ke?” Tanya Dila sambil menunjukkan jari-jemarinya yang kosong tanpa sebarang cincin.
“Ada peluanglah.” Balas Sheqal.
“Tak payah nak menggatal, ya. I rela hidup sendiri dari bergaduh dengan kaum sejenis.” Balas Dila pula.
Sheqal ketawa.
“Ada nampak I pakai cincin?” Tanya Sheqal pula.
“You tu buaya. Tak nampak timbul. Tapi kalau dah membaham, pasti mati. I tak nak termasuk dalam perangkap you.” Balas Dila sambil ketawa.
“Itu dulu. Sekarang dah taubat.” Balas Sheqal yang turut sama ketawa.
“Bonda, abang nak popo.” Kata Adha yang tiba-tiba meluru mendekati Dila.
“Eyh, boleh tahan tak?” Tanya Dila.
“Tak tahan dah.” Jawa Adha.
“Pukul bontot.” Kata Dila dan terus bangun mencari tandas yang berdekatan.
“Sana, Dila.” Sheqal menunjukkan arah tandas.
Sheqal menunggu Dila sambil tangannya melayari media social. Dia cuba mencari gambar-gambar lama. Masa belajar dulu. Dia tahu, wajah Adha ada mirip seseorang. Seseorang yang dia pernah kenal. Cuma dia lupa siapa.
“Betul, ini dia. Firdaus.” Kata Sheqal sebaik saja ternampak wajah yang dicarinya.
Saat itu, dia nampak Dila dan Adha yang sedang mendekatinya. Dia senyum. Tawar. Kisah lama kembali menjelma dalam kepala otaknya.
“Adha, nak mandi swimming pool, tak?” Tanya Sheqal.
“Nak!” Jawab Adha. Teruja.
“Bonda kata apa, Adha?” Tanya Dila memberi amaran.
“Adha tak boleh mandi swimming pool. Nanti kulat.” Ulang Adha dengan wajah hampa.
“Come on, Dila. Sekali-sekala.” Pujuk Sheqal.
Wajah Adha teruja. Dia memegang tangan Dila tanda memujuk.
“Abang lupa ya sakit lepas mandi swimming pool dulu? Nak rasa lagi ke? Nak? Kali ni, sebab abang yang degil. Tak nak dengar cakap bonda, bonda buat tak tahu. Mak dengan abah tak ada. Tak ada sesiapa nak jaga abang. Bonda memang buat tak tahu. Siapa suruh tak nak jaga diri sendiri.” Ugut Dila.
Adha muncung.
“Uncle jaga. Uncle doctor.” Pujuk Sheqal.
Adha geleng.
“Ala… jomlah. Uncle bosanlah mandi sensorang.” Pujuk Sheqal lagi.
“Adha tak nak sakit. Adha tak nak bonda sakit.” Balas Adha dan terus memeluk Dila.
Dila mengusap kepala Adha dan mencium ubunnya. Rasa syukur dapat seorang anak yang mendengar kata dan tahu menjaga diri sendiri. Memang dia tak pernah manjakan Adha berlebih-lebih. Jika orang tengok cara dia melayan Adha, orang akan kata, dia tak sayang anak. Hakikatnya, kerana sayang, dia perlu tegas dengan Adha. Pula tu, Adha diasuh oleh nenek dan datuknya, lagilah dia perlu tegas.
Dia tak nak Adha jadi rosak akhlak kerana terlalu dimanjakan. Adha perlu dididik untuk menjadi kuat dan tegas. Mindanya perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Dan ia perlu dididik sejak kecil.
Meluntur buluh biar dari rebungnya.
“Actually, I ada something nak tanya ni.” Kata Sheqal. Teragak-agak.
Dila diam. Dia dapat agak apa yang Sheqal mahu tanyakan. Tak lain, pasti berkenaan Adha. Bersedia atau tidak, dia perlu untuk menghadapinya. Sampai bila dia mahu sembunyikan Adha? Dan sampai bila dia nak kongkong Adha dari mengenali dunia luar? Sampai bila?
“Abang, bonda ada discussion dengan uncle. Abang nak stay sini ke nak naik bilik?” Tanya Dila.
“Bilik.” Balas Adha dan terus mengambil kad yang terletak diatas meja.
“You tunggu sini. I hantar dia.” Kata Dila dan hanya mengikut Adha dari belakang.
Dalam mindanya, sudah berkira jawapan yang paling tepat untuk diberikan kepada Sheqal. Sheqal tahu sebahagian dari kisah hidupnya. Bukan Sheqal saja. Kebanyakan pelajar Malaysia tika itu, tahu tentang itu.
Dila kembali semula ke cafeteria sebaik saja melihat Adha sudah masuk ke dalam bilik dan pintu bilik ditutup. Dia percaya, Adha boleh menjaga dirinya sendiri.
“So, you nak tanya apa?” Tanya Dila sebaik saja melabuhkan punggungnya dikerusi berdepan dengan Sheqal.
“Adha anak Firdaus, kan?” Tanya Sheqal.
“Adha anak I.” Sangkal Dila. Tegas.
“Ya, I know. Dari segi hukum, Adha hak you seorang tapi Firdaus kan bapa dia? Sekali pandang, orang tahu mereka anak-beranak.” Kata Sheqal.
Dila diam.
“Tak sangka, Dila. Kami dulu diamkan saja bila you dengan Firdaus duduk serumah. We thought, Firdaus cuma nak tolong. Sebab dia kaya. Duduk rumah sendiri. Seorang pula tu. Nak banding dengan kami yang menyewa beramai-ramai. Kami tak mampu nak tolong you masa tu. Tak sangka dia rogol you.” Tuduh Sheqal.
“Dia tak rogol I pun.” Kata Dila.
“Then? Dia paksa you? Ugut you? Samalah benda tu dengan rogol.” Balas Sheqal.
“Nope. I yang rela. Dia tak ugut. Dia tak paksa.” Cerita Dila. Tenang.
“You defend dia ke?” Tanya Sheqal. Mula berang.
“Dia banyak tolong I. He help me a lot. Bila semua orang yang mengaku kawan buat tak tahu dengan situasi I masa tu, dia yang datang hulur bantuan. I tak ramai kawan pun. Seorang, seorang I pergi jumpa. Nak minta bantuan sikit. Tak lama pun. Untuk I boleh stay untuk 2 bulan je sebelum I boleh balik Malaysia. Semua orang kata tak ada duit. Tapi boleh pergi pusing Europe lepas habis exam sebelum balik Malaysia. Minta tumpang rumah pun, macam-macam alasan. Kalau Firdaus tak ada, I merempat. Mungkin masa ni, tak habis study lagi. Atau masih sibuk bekerja disana untuk beli tiket balik ke Malaysia.” Balas Dila. Sayu. Air matanya bertakung dikolam mata.
“I’m so sorry. Tapi takkan sebab tu, you sanggup bayar dengan body you. Ceteknya otak you. Mana iman you.” Tembak Sheqal.
“Then? I nak balas dengan apa? Business family I dah hancur. Kami dah sangat susah masa tu. Dengan keadaan adik I and yet, I need a lot of money. Plus, I bukan pelajar tajaan. Balik, belum tentu dapat kerja. So, satu-satu cara I rasa boleh bantu I, jual body.” Bidas Dila. Senyuman sinis diberikan kepada Sheqal bila dia nampak perubahan diwajah Sheqal.
“I tak sangka you macam tu. We thought, you dan Firdaus ada agama. Boleh fikir baik buruk. Boleh jaga diri. Tak sangka kami ditipu. Sebab tulah you terus balik Malaysia? Takut kami tahu you mengandung? Tahu pula malu? Masa buat, tak fikir pula.” Balas Sheqal.
“I sikit pun tak rasa malu. I nak balik cepat. I nak tengok keadaan adik, parent I. Takkan dorang bersusah payah di Malaysia, I nak bersuka ria di London?” Sangkal Dila.
“Taubatlah, Dila.” Kata Sheqal dan terus bangun.
“Sheqal, I minta you rahsiakan perjumpaan ini dari sesiapa pun.” Kata Dila sebelum Sheqal meninggalkannya.
Dila lap air mata diwajahnya.

‘Manusia hanya tahu menuduh tanpa berfikir.’ Dila memujuk hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan