SUBSCRIBE

Rabu, Januari 10, 2018

Cinta? Semak! 26

“Tak payah penatkan otak kau dok fikir pasal dorang.” Kata Rayqal bila melihat kerutan di dahi Haikal.
“Aku bukan apa. Aku just nak tau. Apa yang dorang berdua dok borakkan. Lama pula tu. Bukan sejam dua. 4 jam! Sembang apa sampai 4 jam?” Kata Haikal.
“Kau dok bersembang dengan aku dari pagi sampai ke malam. Ada je benda nak disembangkan. Tak ada apa yang pelik pun.” Bidas Rayqal.
“Kita lain. Bestfriend. Dorang tu baru kenal.” Balas Haikal.
“Kau kata, dorang kawan.” Rayqal mula berminat.
“Itu Dila yang cakap. Daus cakap, dorang bukan kawan. Ke abang aku hilang ingatan? Tapi elok je. Dia ingat je kitorang semua. Dia tahu dia belajar kat mana. Semua.” Cerita Haikal.
“Eh?”
“Pelikkan?”
Rayqal angguk.
Mereka berdua sama-sama termenung memikirkan tentang hal kakak dan abang mereka. Ketenangan di rumah kopi ini, sedikit pun tidak memberi kesan kepada keserabutan yang sedang Rayqal dan Haikal alami.
“Somewhere missing ni. Mungkin ada part yang abang kau lupa.” Kata Rayqal.
“Mungkin tu, mungkin. Tapi so far, tak ada lagi yang dia lupa. Itu satu hal. Kalau betul dia lupa part Dila. Tapi kenapa Dila? Apa yang buatkan Daus nak lupakan Dila? Kau pelik tak? Kenapa Daus nak lupakan Dila? Trauma apa yang Dila buat dalam hidup Daus?” Soal Haikal.
Rayqal angguk.
“Kau dah dapat tau apa yang Tengku Bonda ugut?” Tanya Rayqal.
“Nak hancurkan keluarga perempuan tu.” Jawab Haikal dengan wajah berkerut. Dia masih memikirkan tentang Dila dan Firdaus.
“What?!” Rayqal terkejut.
Haikal memandang Rayqal yang menjerit. Bertambah berkerut mukanya.
“Kenapa?”
“Nothing.”

Dan Rayqal terus bangun meninggalkan Haikal terpinga-pinga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan