SUBSCRIBE

Khamis, Januari 11, 2018

Cinta? Semak! 27

“Kurang ajar tau tak? Kurang ajar. Kalau aku tahu Tengku Bonda yang buat keluarga kita macam ni, dah lama aku plan nak hancurkan keluarga dorang.” Kata Rayqal dengan perasaan marah yang meluap-luap.
“Kau nak buat apa? Jangan jadi bodoh. Engku Da ugut Firdaus lepas business abah bankrupt. Bukan sebelum tu.” Dila mempertahankan Engku Da.
“Kau jangan nak jadi buta sebab cinta.” Marah Rayqal.
“Aku rasional. Siapa yang selamatkan kau kalau tak Firdaus? Sebab nak selamatkan kau, nak bela aku, dia tak dapat nak habiskan exam. Kena extend satu sem dan study jarak jauh je. Itu sebab nak tolong kita.” Suara Dila pun naik seoktaf.
“Sebab dia rasa bersalah.” Balas Rayqal.
“Kenapa dia nak rasa bersalah pula? Dia tak buat apa-apa.” Balas Dila pula.
“Apa yang kau orang gaduhkan ni?” Tanya Tuan Rizal, bapa Dila dan Rayqal.
“Abah, macam mana company abah boleh muflis?” Tanya Rayqal dengan nada yang cuba dikawal dari tinggi. Dia tak mahu melukakan hati bapanya.
“Kita lost contract dengan Empire Holding.” Balas Tuan Rizal. Tenang.
“See? Empire Holding milik siapa? Engku Da. Sekarang ni, siapa punya Empire Holding? Firdaus. Kalau tak sebab Engku Da, siapa lagi yang nak musnahkan business keluarga kita? Mesti sebab Firdaus.” Suara Rayqal kembali tinggi.
“Apa yang kau merepek ni?” Tanya Tuan Rizal.
“Kau salah faham, dik. Bukan macam tu keadaannya masa tu.” Suara Dila rendah. Lebih pada memujuk.
“Kalau bukan sebab tu, sebab apa? Engku Da tu, jahat. Dia boleh buat apa saja yang dia nak. Dia fikir, dengan duit dan kuasa yang dia ada, dia boleh buat semua benda.” Balas Rayqal.
“Tak baik Rayqal cakap Engku Da jahat. Dia seorang yang baik tapi tegas.” Bela Tuan Rizal.
“Abah masih nak bela dia? Dia buat business abah bankrupt, tau?” Balas Rayqal.
“Business tu bankrupt sebab abah terlalu percaya pada orang. Sebab nak dapatkan project lain, abah invest. Lepas tu, kita tak dapat nak pusing modal untuk supply barang pada Empire Holding. Untuk dasar kemanusiaan, yes, Engku Da tak bertimbang rasa. Abah pergi merayu dengan dia pun, dia still tak nak pertimbangkan. Apatah lagi bagi tempoh. Tapi when we talk about business, tindakan dia adalah wajar. Kalau abah ditempat dia pun, ayah akan buat benda yang sama.” Kata Tuan Rizal.
“Dengar tu?” Tanya Dila.
“Mesti ada konspirasi untuk jatuhkan kita.” Balas Rayqal.
“Jangan prejudis sangat. Engku Da tak kenal pun kita.” Kata Dila dan terus berlalu.
Tuan Rizal dan Rayqal memandang langkah Dila hingga hilang ke dalam bilik. Tuan Rizal kemudian memandang Rayqal.
“Kenapa hal lama diungkit balik ni?” Tanya Tuan Rizal lembut.
Rayqal diam.
“Siapa Firdaus?” Tanya Tuan Rizal.
“Adik masuk bilik dulu. Nite, abah.” Kata Rayqal dan mencium tangan Tuan Rizal.

Tuan Rizal menggelengkan kepalanya. Dua beradik yang selalu berahsia dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan