SUBSCRIBE

Jumaat, Januari 12, 2018

Cinta? Semak! 28

“Dila, abah dengan mak nak cakap sikit.” Kata Tuan Rizal selepas sarapan.
Dila mendekati bapanya. Dia duduk didepan kedua orang tuanya diruang tamu selepas siap mengemas dapur dan meja makan. Adha yang duduk disebelah Rayqal, datang mendekatinya dan duduk diatas ribanya.
“Acik Dina kamu datang dengan anak bujangnya. Datang nak merisik kamu. Mak minta tempoh seminggu nak bincang dengan kamu.” Kata Puan Lela.
“Mak tahu jawapan dia.” Balas Dila.
“Sampai bila, Dila? Adha tu nak juga merasa ada ayah.” Pujuk Puan Lela.
“Abang tak nak ayah.” Sampuk Adha.
Rayqal yang mendengar kata-kata Adha itu, ketawa. Dia menghulurkan tapak tangannya kepada Adha. Adha menepuk tapak tangan Rayqal. Turut sama ketawa.
“Abang, jangan menyampuk bila orang tua tengah bercakap.” Tegur Tuan Rizal.
Dila mengusap belakang Adha yang tunduk. Walaupun Tuan Rizal sentiasa memanjakan Adha, tapi bila Tuan Rizal menegur, Adha akan diam. Hormat.
“Ini cincin risik.” Hulur Puan Lela.
“Mak, jawapan Dila tetap tak. Tak mungkin ya. Sampai bila-bila.” Balas Dila. Tegas.
“Fikirkan dulu, Dila.” Pujuk Puan Lela.
“Mak, Abang Man tu, setiap hari tegur kakak. Kakak buat tak tahu je. Langsung tak pernah layan. Mak rasa, kakak tak pernah fikir ke?” Sampuk Rayqal.
“Mak, kalau Dila nak, dah lama Dila layan. Sebab Dila tahu niat dia, Dila buat tak tahu je dengan dia. Tolonglah, mak. Jangan mendesak. Cakap je, Dila tak nak. Dan tolong. Jangan cerita langsung tentang Adha.” Kata Dila.
“Dila pun ada hal nak bincang dengan semua.” Kata Dila setelah diam seketika.
Muka setiap ahli keluarganya dipandang.
“Dila nak berhijrah ke Penang. Dila bawa Adha.” Sambung Dila.
“Kau nak buat apa kat sana?” Tanya Rayqal yang masih terkejut dengan keputusan yang Dila ambil tanpa berbincang sepatah pun dengannya.
“Bila kau buat keputusan ni?” Tanya Rayqal lagi bila Dila diam.
“Baru je tadi. Aku tak nak orang kacau hidup aku. Aku tak nak ada orang lagi datang meminang aku.” Jawab Dila.
“Takkan sebab tu, kau nak jauh dari kitorang? Kau nak buat apa kat sana?” Tanya Rayqal.
“Aku dah fikir masa dalam perjalanan ke sana dulu. Aku rasa, Penang tempat paling selamat untuk aku dan Adha.” Jawab Dila. Tenang.
“Sebab dia ke?” Tanya Rayqal.
“Dia? Siapa? Rizman?” Tanya Puan Lela.
“Tak.” Jawab Dila bagi soalan Rayqal dan Puan Lela.
“Kau jangan nak gebang. Mesti sebab dia, kan?” Desak Rayqal.
“Tak.” Nafi Dila.
“Kau bincang apa dengan dia tengahari tu? Haikal kata, korang duduk lama dalam bilik tu. Korang bincang apa?” Desak Rayqal.
Dila diam.
“Cakaplah, kak. Kau nak berahsia apa dengan aku?” Desak Rayqal.
Dila terus masuk ke biliknya. Dia tak tahan didesak. Terutama yang mendesak itu adalah Rayqal. Satu-satunya adiknya. Yang selama ini mereka berkongsi semua perkara.
Air mata Dila mengalir.
“Kak!” Rayqal mengetuk pintu bilik Dila. Kuat.
“Acu, janganlah buat bonda menangis.” Kata Adha dan terus memusing tombol bilik Dila. Dia melolos masuk ke dalam bilik itu dan kemudian dikunci.
Adha duduk memandang Dila. Sedikit pun dia tak ganggu Dila yang sedang menangis. Tak juga memujuk. Dia hanya memandang. Diam.
“Abang, daddy nak jumpa abang.” Kata Dila sebaik saja dia tenang.
“Kalau bonda rasa benda tu buat bonda susah hati, tak payah.” Balas Adha.
“Daddy tak sihat.” Kata Dila.
“Yang penting, bonda. Kalau bonda rasa tak perlu, so, tak payah. Kalau bonda tak selesa, tak payah. Abang nak bonda ikut kata hati bonda.” Balas Adha. Tegas.
Dila senyum. Dihulurkan tangannya kepada Adha.
“Kenapa abang ikut perangai daddy sangat ni? Baru umur 6 tahun, dah bijak macam orang umur 60 tahun.” Kata Dila sambil menggomol Adha.
“Abangkan duduk dengan mak dan abah. Mak abah kan umur dah 60 tahun. Mestilah Adha pun bijak macam orang umur 60 tahun.” Balas Adha. Selamba.
Dila ketawa. Belakang anaknya diusap sambil dia berfikir sejenak.
“Pergi panggil acu. Bonda nak cakap berdua je dengan acu. Jangan bagi mak dengan abah dengar discussion bonda dengan acu.” Arah Dila.
“Deal.” Kata Adha dan terus bangun. Berlari riang ke pintu bilik.
“Bonda suruh masuk.” Kata Adha kepada Rayqal yang masih berdiri di depan pintu bilik Dila.
“Jangan buat bonda menangis lagi.” Adha memberi amaran.
Rayqal angguk.
“Kalau bonda menangis sebab acu lagi, abang report teledera.” Ugut Adha.
“Abang, apa buat acu macam tu? Tak baik, nak.” Tegur Dila dari dalam.
“Abang main-main je, bonda.” Kata Adha dan terus berlari mendekati datuk dan neneknya.
Dila dan Rayqal geleng kepala.
“Masuk, dik.” Jemput Dila.
“Kunci pintu tu.” Arah Dila bila Rayqal sudah masuk.
“Duduk. Aku ada benda nak discuss dengan kau. Kau dengar elok-elok. Dan ianya rahsia kita.” Kata Dila.
Rayqal angguk dan mendengar kata-kata Dila dengan teliti. Satu persatu. Sedikit pun dia tak nak tertinggal maklumat yang Dila kongsikan.
“Aku okey je dengan apa pun keputusan kau. Janji jangan jauh dari aku.” Kata Rayqal.
“Sampai bila kau nak aku duduk bawah ketiak kau ni?” Tanya Dila berseloroh.
“Selagi aku adik kau. Dan kau kakak aku.” Kata Rayqal. Tegas.
Dila angguk sambil ketawa halus.
“Aku sayang kau.” Luah Dila.

“Aku pun sayang kau dunia akhirat.” Balas Rayqal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan