SUBSCRIBE

Sabtu, Januari 13, 2018

Cinta? Semak! 29

Dila termenung di taman mini rumah Rayqal. Rumah ini dulu, adalah rumah mereka sekeluarga. Dia dan Rayqal membesar di rumah ini. Bila Tuan Rizal membeli rumah bangle di Kajang, rumah ini diserahkan kepada Rayqal. Manakala rumah di Kajang, diletakkan atas nama Dila. Namun, Dila lebih suka duduk di rumah ini. Lebih selesa.
“Assalamualaikum. Dila. Dila.” Suara Rizman memberi salam dipagar rumah.
“Hish. Nak apa ke? Tak boleh ke tengok orang tenang sikit?” Rungut Dila sebelum bangun dan berjalan mendekati pagar rumah.
“Waalaikummussalam. Kenapa?” Tanya Dila. Benggang.
“Mak Dila kata, Dila tolak Man. Kenapa?” Tanya Rizman.
“Dila dah kata, Dila tak akan terima Man. Susah sangat nak hadam?” Balas Dila.
“Tapi kenapa?” Desak Rizman.
“Perlu ke Dila ada sebab untuk tak terima Man?” Balas Dila yang mula berang.
“Ya. Bagi Man sebab yang kukuh. Setakat tak suka Man, itu alasan. Sayang tu boleh pupuk. Lagi-lagi lepas kita berkahwin. Lebih senang nak pupuk perasaan tu.” Balas Rizman.
“Dila tak jumpa sebab kenapa kena terima Man. Dan Dila tak jumpa keperluan untuk terima pinangan mana-mana lelaki pun. Dan Dila tak nak pupuk perasaan pada sesiapa pun. Dahlah. Balik. Tak manis orang tengok.” Kata Dila menghalau Rizman dengan sopan.
“Assalamualaikum.” Satu suara memberi salam.
Rizman memandang seorang lelaki yang sedang menghampirinya.
“Waalaikummussalam.” Jawab Dila dan Rizman serentak tapi dengan nada yang berbeza.
“Haikal, kejap.” Kata Dila kemudian masuk ke dalam rumah.
“Kau ni siapa?” Tanya Rizman.
Dia rasa marah bila Dila bercakap dengan lelaki yang dipanggil Haikal dengan nada lembut. Berbeza bila Dila bercakap dengannya.
“Saya Haikal. Kawan Rayqal.” Jawab Haikal.
Sebenarnya, dia sudah lama berdiri dibalik pokok dihadapan rumah Rayqal ini bila dia lihat ada seorang lelaki memberi salam sambil memanggil nama Dila. Dia tak mahu menyampuk urusan Dila. Dia mahu memberi ruang kepada mereka. Namun, bila dilihat lelaki itu terus mendesak Dila, barulah dia memberi salam.
“Rayqal tak ada dekat rumah.” Kata Rizman.
“Saya tahu.” Balas Haikal.
“Masuk, Haikal.” Pelawa Dila sebaik pintu pagar dibuka.
Haikal melangkah masuk ke dalam mendekati Dila. Rizman turut serta.
Dila memandang Rizman dengan pandangan yang tak puas hati. Makanya, dia hanya berdiri menandakan dia mahu Rizman keluar. Namun, Rizman buat tak tahu.
“Dila ada jemput Man masuk ke?” Tanya Dila. Sarkastik.
“Takkan Man nak biarkan bakal isteri Man berdua-duaan dengan orang bukan mahram.” Balas Rizman. Selamba.
“Bang, maaflah mencelah. Abang memang bukan mahram tapi saya mahram.” Balas Haikal sambil mengenyit mata kepada Dila.
“Kau kata kawan Rayqal.” Kata Rizman.
“Sebelum tahu ada orang nak kacau Dila. Dah tahu ni, kenalah perkenalkan diri sebagai adik Dila, kan?” Balas Haikal.
“Aku kenal keluarga ni dari kecil. Dari Dila baru lahir, aku dah kenal dia. Dila ada seorang je adik. Rayqal. Kau jangan nak temberang aku.” Balas Rizman. Keras.
“Itu yang abang perlu tahu. Dekat dunia ni, bang. Ada banyak hubungan yang susah nak terangkan. Hubungan tanpa nama. Complicated.” Balas Haikal. Tenang.
“So, please excuss us. Ada banyak benda nak dibincangkan. Jangan risau, kami akan berdua-duaan sampai Rayqal balik. Dan saya mungkin akan stay sampai malam dekat sini. Mungkin tidur sini. So, mind your own business. Don’t disturb us.” Sambung Haikal dan terus menolak lembut tubuh Rizman supaya keluar.
Sebaik saja Rizman keluar dan Haikal kembali masuk ke dalam pagar, Dila terus menekang butang alat kawalan jauh untuk menutup pagar rumah. Dia mengajak Haikal ke taman mini yang didudukinya tadi.
“Duduk dulu, Haikal. Dila pergi buat air.” Kata Dila meminta diri.

Haikal angguk dan terus menikmati udara petang di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan