SUBSCRIBE

Ahad, Januari 14, 2018

Cinta? Semak! 30

“Kiranya, apa yang Haikal cakap dekat mamat tadi tu bukan rekaanlah. Betul-betul?” Tanya Haikal sebaik saja Rayqal dan Dila habis bercerita.
Dila angguk. Rayqal kerut kening.
“Tak sangka.” Kata Haikal. Masih lagi tidak percaya.
“So, kena panggil Dila kakak lah. Sebab Haikal panggil Firdaus abang.” Sambung Haikal lagi.
“Itu tak penting. Ikut suka kau nak panggil apa pun. Yang penting sekarang ni Tengku Bonda.” Balas Rayqal.
“So, selama 6 tahun ni, kakak dengan abang tak pernah jumpa? Langsung?” Tanya Haikal mengabaikan kata-kata Rayqal.
“Sebenarnya, Dila pernah nampak Firdaus dekat hospital. Banyak kali. Tapi tak pernah bertegur. Dia accident sebab nak datang jumpa Dila bila dapat tau Dila jatuh.” Jawab Dila.
“Jap. Kau tak pernah cerita pun.” Potong Rayqal.
“Macam mana Dila tahu dia accident sebab nak jumpa Dila?” Tanya Haikal.
“Fir cerita hari tu.” Jawab Dila.
“Apa yang korang sembang sampai berjam-jam dalam bilik tu?” Tanya Haikal.
“Planning. Ini kira plan C sampai kena bagitahu Haikal. Sebab nak minta tolong Haikal.” Jawab Dila.
“Planning?” Tanya Haikal.
Dila dan Rayqal angguk kepala.
“Assalamualaikum.” Suara dari luar memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Jawab Dila, Rayqal dan Haikal. Serentak.
Adha datang mendekatinya dan bersalaman dengan mereka bertiga. Dia kemudian duduk disebelah Rayqal.
“Anak abang?” Tanya Haikal. Tanpa diperkenalkan pun, dia tahu, anak kecil ini adalah anak Firdaus. Wajahnya seiras Firdaus.
“Parents aku tak tahu. Kau jangan nak buat announcement kat sini.” Pesan Rayqal. Berbisik.
Haikal angguk.
“This is the reason kenapa kitorang bawa kau kat sini.” Sambung Rayqal.
“Assalamualaikum.” Dua suara memberi salam hampir serentak.
“Waalaikummussalam.” Jawab Dila, Rayqal, Adha dan Haikal serentak.
“Mak, abah, kenalkan. Ni Haikal. Kawan adik. Bos kakak dulu.” Rayqal memperkenalkan Haikal kepada kedua ibu bapanya.
Haikal bersalaman dengan Tuan Rizal. Tuan Rizal duduk disebelah Haikal.
“Tak pernah nampak pun Haikal sebelum ni? Kawan baru?” Tanya Tuan Rizal.
“Tak adalah baru sangat, uncle. Dah 5 tahun lebih kami kawan.” Jawab Haikal.
“Ooo… kami dah pindah sini. Ini, first time Rayqal bawa kawan ke sini. Tak pernah dorang ni bawa kawan datang rumah ni.” Kata Tuan Rizal.
“Kitorang dah nak balik dah, bah.” Kata Dila.
“La… duduklah. Makan dulu ke. Abah beli satay tadi. Abang nak makan satay. Tapi beli tak banyaklah. Tak tahu korang balik. Tak tahu pula bawa tamu sekali. Tapi bolehlah nak makan.  Makan sorang sikit.” Pelawa Tuan Rizal.
Bau semerbak satay yang dihidangkan oleh Puan Lela memenuhi ruang rumah. Terus saja Adha bangun menuju ke meja makan.
“Jom, Haikal.” Pelawa Tuan Rizal sambil menyentuh bahu Haikal untuk mengajaknya ke ruang makan.
“Jom.” Haikal bangun dan mengikut langkah Tuan Rizal.
Bukan bau satay yang menarik minatnya. Tapi dia mahu melihat Adha. Kalau boleh, mahu dipeluknya anak kecil itu. Tak sangka, dia sudah ada anak saudara. Sudah besar.
“Uncle, nah.” Adha menghulurkan pinggan kepada Haikal yang duduk disebelahnya.
“Tak naklah panggil uncle. Panggil Ayah Cu.” Kata Haikal.
Dila tersedak. Rayqal menyepak kaki Haikal. Namun, Haikal buat muka tak bersalah. Dengan selamba dia menayang senyum yang lebih manis.
“Kenapa kena panggil macam tu?” Tanya Adha.
“Sebab Ayah Cu suka kalau abang panggil Ayah Cu. Baru macam Melayu.” Balas Haikal.
“Acu. Ayah Cu.” Kata Adha menunjuk kepada Rayqal dan kemudian Haikal.
“Nama Ayah Cu apa? Nama abang Adha.” Tanya Adha.
“Nama Ayah Cu Haikal.” Jawab Haikal.
Adha ketawa.
“Acu Rayqal. Ayah Cu Haikal. Sama.” Kata Adha menyambung tawanya.
“Abang…” Tegus Puan Lela.
“Sorry. Sorry.” Kata Adha.
Kata Adha namun tetap meneruskan tawanya.
“Abang nak kena cubit dengan bonda ke?” Tanya Dila.
Terus Adha diam. Dia turun dan berjalan mendekati Dila. Tangan Dila diambil dan dicium. Leher Dila dirangkul.
“Abang minta maaf, bonda.” Kata Adha.
Dia berjalan mendekati Rayqal. Perkara yang sama dibuat kepada Rayqal sebelum dia berjalan ke arah Haikal. Masih sama. Disalam dan dicium. Kemudian, dia meminta maaf.
“Tak apa. Ayah Cu maafkan. Jangan buat lagi dekat sesiapa pun.” Kata Haikal.
Adha menarik tubuh Haikal supaya dekat dengan wajahnya. Kemudian dia berbisik ke telinga Haikal.
“Bonda dengan Acu tak maafkan abang lagi. Ayah Cu tolonglah pujuk dorang. Abang takutlah.” Bisik Adha.
“Nak Ayah Cu marah dorang ke sebab tak maafkan abang lagi?” Bisik Haikal pula.
Adha buat muka benggang dan terus duduk dikerusinya. Dia makan satay yang telah diletakkan ke dalam pinggannya.
“Allah sangat sayangkan hamba-Nya. Jahat macam mana pun, Allah tetap akan maafkan hamba-Nya bila hamba-Nya bertaubat dan meminta keampunan dari-Nya.” Kata Adha memecahkan suasana sunyi dimeja makan.
Semua mata tertumpu kepadanya.
“Abang dah minta maaf dengan bonda, dengan Acu. Tapi, bonda dengan Acu tak maafkan abang lagi.” Dan Adha terus menangis. Meraung.
Dila dan Rayqal berpandangan sesama mereka. Kemudian mereka memandang Adha yang sedang dipujuk oleh Haikal.
“Bonda dengan Acu minta maaf. Lupa nak cakap kami maafkan abang.” Pujuk Dila.
“Haah. Acu lupa.” Sampuk Rayqal.
Mereka berdua mengelabah bila Adha meraung begitu. Walau bagaimana tegas pun didikan mereka kepada Adha, bila Adha meraung begitu, tentu saja akan buat hati mereka tak tenang. Kerana Adha adalah permata hati setiap ahli keluarga ini.
“Abang, tak baik susahkan hati bonda.” Kata Tuan Rizal.
Adha terus meluru mendapatkan Dila. Dia terus memeluk Dila. Dila membalas pelukan tersbut sambil mencium ubun anaknya itu.
“Drama sangat.” Komen Puan Lela.
Haikal ketawa.
Dia juga rasakan perkara yang sama. Tak sangka, dalam usia 6 tahun, Adha sudah pandai memberi ucapan tentang agama. Dan tanpa disangka, ucapan itu ditujukan untuk mengingatkan ibu dan pakciknya.

‘Budak ni bijak macam abang.’ Komen Haikal dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan