SUBSCRIBE

Isnin, Januari 15, 2018

Cinta? Semak! 31

“Comel sangat Adha tu.”
“Maknanya adik nak cakap abang comellah, kan?”
“Perasan.”
“Hakikatkan? Adha kan sebiji muka abang.”
“Dila dah tunjuk gambar dia?”
Firdaus geleng.
“Habis tu?”
Haikal binggung bila melihat Firdaus senyum. Banyak sangat rahsia yang disimpan oleh abangnya. Tup-tup dapat tahu, dia sudah ada anak saudara yang berusia 6 tahun.
“Abang memang tahu kewujudan Adha?” Tanya Haikal.
Firdaus angguk.
“Dah berapa lama?” Tanya Haikal lagi.
“Sejak dia dalam perut.” Jawab Firdaus. Tenang.
Haikal mula benggang. Dia rasa Firdaus mengabaikan tanggungjawabnya. Lelaki yang tak bertanggungjawab dan pengecut.
“Habis tu? Abang biarkan dia? Biarkan Dila? Sampai hati abang. Sebab takutkan bonda, abang tinggalkan Dila yang tengah mengandung. Dahlah keluarga dia tak tahu dia dah kahwin. Tiba-tiba mengandung. Entah berapa banyak cercaan yang dorang tanggung sebab perangai tak bertanggungjawab abang ni. Adik malulah. Kalau adik tahu, adik tak bagi Dila jaga abang dulu. Adik biarkan abang. Mesti Rayqal pun marah. Patutlah bila adik minta tolong Dila jaga abang dulu, Rayqal tak nak bagi. Tapi sebab kesian dekat abang, dekat adik, dia cakap juga dengan Dila. Mujur Dila setuju jaga abang. Sebab rasa tanggungjawab dia. Dia jaga abang dengan ikhlas. Bukan macam abang. Lelaki tak bertanggungjawab!” Luah Haikal. Suaranya tinggi.
Pang!
“Dila!”
Haikal memegang pipinya yang ditampar kuat oleh Dila. Entah bila Dila masuk ke dalam bilik ni. Bunyi pintu lif dibuka pun dia tak dengar. Yang dia rasa adalah sakit akibat tamparan Dila.
“Jangan sesekali kata abang tak bertanggungjawab. Sebab rasa tanggungjawab dia buat semua ni. Semua yang dia buat, semua sebab rasa tanggungjawab dia. Tanggungjawab sebagai anak, abang, suami dan bapa.” Kata Dila sambil memandang Firdaus yang menunduk.
Dia benggang bila Haikal menuduh Firdaus tak bertanggungjawab. Sama macam Rayqal. Sedangkan Rayqal dan Haikal langsung tak tahu kisah sebenar. Kalau mereka tahu, pasti mereka akan menyalahkan diri mereka sendiri.
Semua orang tak tahu apa yang Firdaus fikirkan. Semua orang tak tahu apa yang terpaksa Firdaus korbankan supaya semua perkara berjalan lancar. Dan semua orang tak peduli. Yang mereka peduli, diri mereka dan perasaan mereka.
“Aya.” Panggil Firdaus lembut.
Dila datang mendekati Firdaus. Tangan Firdaus dicapai dan diciumnya. Kemudian, dia duduk dihadapan Firdaus. Mata Firdaus ditatapnya dalam.
“Haikal.” Panggil Firdaus lagi. Masih lembut.
Haikal datang mendekati Firdaus. Dia mencapai kerusi yang berhampiran dan duduk dekat dengan Firdaus.
“Aya, tak ada orang pun tahu apa yang jadi dengan kita. Tak ada sesiapa pun faham Fir macam Aya faham. Sebab Fir hanya bercerita dengan Aya. Dari sebelum kita nikah sampai sebelum kita berpisah. Hanya Aya yang tahu apa yang Fir fikir. Jadi, jangan marah dorang. Maafkan. Sebab mereka tak tahu.” Lembut saja Firdaus menasihati Dila.
“Haikal, tindakan abang memang tak bertanggungjawab. Abang tahu. Tapi antara tanggungjawab seorang anak dan seorang suami, keutamaan abang adalah tanggungjawab seorang suami. Ya, abang tinggalkan Dila sebab takut dengan bonda. Keadaan masa tu, Allah saja yang tahu. Bonda masa tu terlampau marah. Abang tahu apa yang mampu bonda buat. Dan sebab takut bonda akan cederakan Dila dan keluarga dia, abang tinggalkan Dila. Keselamatan Dila dan anak yang sedang dikandungan adalah priority abang masa tu.” Firdaus berhenti sebentar.
“Abang bukan jadi beku sebab marahkan bonda. Tapi abang nak bonda berhenti dari menyiasat abang. Setahun lebih, bonda upah orang untuk jaga abang. Lepas tu, bonda upah orang untuk intip pergerakan abang. Ke mana abang pergi, dengan siapa abang jumpa. Bonda tahu. Jadi, mustahil abang nak cari Dila walaupun abang tahu dimana rumah Dila. Abang tak nak bonda kacau Dila dan keluarga dia. Adik ingat sebelum abang accident, abang selalu pergi hospital?” Firdaus berhenti seketika. Menunggu balasan dari Haikal.
Haikal angguk.
“Masa tu, abang tahu Dila bekerja disitu. Secara tak sengaja abang ternampak Dila. Sejak tu, abang selalu cari alasan untuk ke hospital tempat Dila bekerja. Tapi abang cuma boleh pandang dari jauh. Abang tak berani nak tegur. Abang takut kalau pengintip tu nampak dan melaporkan pada bonda.” Sambung Firdaus.
“Aya pun selalu nampak Fir. Tapi macam Fir pernah pesan, selagi Fir tak tegur, buat tak tahu. Jadi, Aya buat tak tahu je.” Sampuk Dila.
Firdaus angguk.
“Aya tau, Fir yang angkat Aya masa Aya jatuh mula-mula dulu.” Sambung Dila.
“Masa tu kan Aya tak sedar.” Kata Firdaus sambil berkerut dahi.
“Aya bukan pengsan. Pitam je. Bau Fir, Aya ingat sampai mati.” Balas Dila.
Firdaus senyum sambil berbalas pandang dengan Dila.
“Adik keluar dululah. Nak muntah tengok korang berdua.” Kata Haikal dan terus melangkah keluar.
Dila dan Firdaus ketawa.
“So, Dr. Dila. Nak buat apa hari ni?” Tanya Firdaus mengusik Dila yang datang hari ini sebagai seorang doctor yang merawat pesakitnya.

Dila senyum dan terus melakukan pemeriksaan pada kaki dan tangan Firdaus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan