SUBSCRIBE

Selasa, Januari 16, 2018

Cinta? Semak! 32

“Dila!” Sapa Sheqal sewaktu Dila melalui meja yang didudukinya.
Dila menahan mukanya dari beriak sebelum membalas sapaan Sheqal. Dia bukan tak nampak kelibat Sheqal sewaktu melangkah masuk ke dalam restoran ini, tapi dia tak boleh nak elak dari melalui meja Sheqal.
“Jumpa lagi.” Kata Dila sambil berlalu mendekati meja yang diduduki oleh Haikal dan Rayqal. Selang 2 meja dari meja yang diduduki Sheqal.
“Siapa weh?” Tanya Lutfi yang duduk semeja dengan Sheqal.
“Kawan aku masa dekat university dulu.” Jawab Sheqal.
“Wow… lulusan oversea. Berapa hantaran kalau aku masuk pinang dia?” Tanya Lutfi.
“Dia tak sesuai dengan kau. Dia ada anak dah tapi tak kahwin lagi.” Kata Sheqal.
“Macam tu, kuranglah lagi duit hantaran. Dah ditebuk tupai. Ada chance nak mengorat ni.” Kata Lutfi dan terus bangun mendekati Dila.
Sheqal cuba menghalang tapi telefonnya bordering dan perlu menjawab panggilan tersebut. Terutama nada dering yang dikhaskan untuk ibunya.
“Hai, saya Lutfi. Bestfriend Sheqal.” Lutfi memperkenalkan dirinya dan terus menarik kerusi disebelah Dila. Matanya tertumpu hanya kepada Dila.
Dila, Rayqal dan Haikal memadang Lutfi. Hairan dan pelik.
“Jangan salah sangka. Saya bukan niat jahat pun. Saya cuma nak kenal dengan awak je. Tapi kalau ada jodoh, nak pinang awak jadi isteri saya.” Lutfi berterus-terang tentang niatnya.
“Tak salah sangka pun.” Balas Haikal.
“Eh, siapa lelaki muda ni? Adik-adik awak ke?” Tanya Lutfi. Mengalih pandangannya kepada Rayqal dan Haikal yang berada didepannya. Salam dihulur sambil memperkenalkan diri masing-masing.
“Lutfi, kau duduk sini. Tak manis duduk sebelah Dila.” Arah Rayqal dan terus bangun untuk menukar tempat duduk dengan Lutfi.
“Wow… baguslah Rayqal ni. Memahami.” Kata Lutfi yang dengan senang hati menukar tempat dengan Rayqal.
“Rasanya baik batalkan niat awak tu. Dila is not available anymore.” Kata Haikal menarik pandangan mata Lutfi kepadanya.
“Tak kisahlah. Tunang orang ke awek orang ke. Kalau isteri pun boleh cerai.” Balas Lutfi dan kembali memandang Dia.
“Sorry. Kawan I ni kalau dah angau memang macam ni.” Kata Sheqal dan terus menarik Lutfi untuk beredar. Namun pergerakannya terhenti saat terpandang wajah Haikal.
“Firdaus?” Tanya Sheqal.
“Tak. Saya Haikal.” Sangkal Haikal.
“Oh. Muka you macam muka kawan I. Kawan lama. Dah lama tak jumpa. Dah lupa pun. Tapi teringat masa nampak gambar dia 2-3 minggu lepas.” Balas Sheqal sambil memandang wajah Dila yang sedang berbisik dengan Rayqal.
“Oh. Pelanduk dua serupa kot.” Balas Haikal tanpa rasa mahu memperkenalkan diri sebagai adik Firdaus.
Dia sedar, mukanya ada iras dengan Firdaus. Dari kecil hingga kini. Jika orang tidak betul-betul cam, pasti akan tertukar. Tapi irasnya dan Firdaus tidaklah seperti Firdaus dan Adha. Adha betul-betul mengikut muka Firdaus. Seperti kembar seiras.
“Dila, pinjam telefon.” Kata Lutfi sambil menadah tangan kepada Dila.
“Tak payah. Dah. Jom, Lutfi.” Kata Sheqal yang tahu tektik Lutfi untuk mendapatkan nombor telefon Dila.
Sheqal tak mahu akui, tapi dia tak suka bila Lutfi cuba untuk mengorat Dila. Hakikatnya, sejak pertama kali kenal Dila, hatinya sudah tertarik. Namun, peribadi Dila yang suka menyendiri buatkan dia sukar untuk rapat dengan Dila walaupun mereka selalu ditugaskan dalam kumpulan yang sama.
“Lutfi, kalau kau tak bangun, aku tinggalkan kau dekat sini.” Ugut Sheqal bila Lutfi masih tidak berganjak.
“Tak apa. Aku minta tolong Dila hantarkan.” Balas Lutfi.
“Minta maaf, saudara. Kami ni ada banyak urusan. Tak ada masa nak jadi driver tak berbayar.” Kata Rayqal yang mula benggang dengan tingkah Lutfi.
Padanya, Lutfi langsun tidak menghormati Dila. Renunga matanya juga sudah cukup menyatakan apa yang sedang bermain didalam imaginasinya. Jika pun Dila masih bujang, dia tidak sesekali akan membenarkan Dila rapat dengan Lutfi. Apatah lagi berkawan. Jangan harap.
Sheqal datang dekat dengan Lutfi. Didekatkan bibirnya ke telinga Lutfi.
“Kau tak bawa kereta. Kau tak bawa wallet. Handphone pun tak ada. Kalau aku tinggalkan kau, dan dorang ni pun tak sudi nak tumpangkan kau, kau jalan kaki ya balik rumah.” Bisik Sheqal.
Terbeliak mata Lutfi bila mengingati keadaan dirinya tika ini. Dia lupa yang dia buat perangai bodoh. Ajak Sheqal keluar tanpa sebarang  barang peribadi semata-mata mahu meminta Sheqal membelanjanya.
Terus saja dia bangun dan mengikut langkah Sheqal. Sempat juga dia melambai kepada Dila sambil memberikan flying kiss.
“Kenapa kau tak pernah kenalkan kawan kau secantik tu? Cantik gila.” Kata Lutfi sebaik saja masuk ke dalam kereta.
“Kau tak akan dapat dia. Tak payah nak buang masa.” Nasihat Sheqal.
“Mana kau tahu? Kau pernah try dia ya?” Tanya Lutfi mengusik.
“Aku tak pernah try dia. Dia bukan macam perempuan lain yang senang nak dipikat. Orang yang rapat dengan dia masa zaman study dulu, Firdaus. Padahal bukan sekelas pun. Satu fakulti pun tak. Cuma sama bangunan apartmen je. Tapi itulah kawan dia dari mula study sampai habis.” Cerita Sheqal.
“Kau kata dia ada anak.”
“Anak Firdaus.”
“Mana kau tahu?”
“Aku pernah jumpa anak dia. Sebiji muka Firdaus.”
Lutfi angguk.
“Tak apalah. Itu masa lalu dia. Masa depan dia, mesti dengan aku. Aku akan make sure, dia jadi isteri aku.” Bersungguh-sungguh Lutfi meluahkan perancangan masa depannya.
“Kau ada nombor telefon dia?”
Sheqal geleng.
“Facebook dia?”
Sheqal geleng.
“Dah tu? Apa yang kau tahu pasal dia?”
Sheqal geleng.
“Erm… tak boleh haraplah kau ni.” Keluh Lutfi.
“Kalau aku tahu kau tak tahu apa-apa pasal Dila, aku sanggup balik jalan kaki.” Sambung Lutfi. Menyesal dengan tindakannya meninggalkan Dila tanpa apa-apa maklumat yang boleh dia menghubungi Dila.

Lutfi mula rasa rindu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan