SUBSCRIBE

Rabu, Januari 17, 2018

Cinta? Semak! 33

“Dua orang lelaki kejar Dila, bang. Aku dah investigate. Rizman tu, pilot. Patut muka dia boleh tahan. Dengan badan sado macam tu. Pelik Dila tak terpikat. Lutfi tu pula, doctor psikologi. Tapi aku rasa, dia yang kena betulkan wayar dekat dalam kepala otak dia. Dia buat macam kitorang ni tak wujud je. Badan Dila macam nak telan.” Cerita Haikal.
Firdaus hanya mendengar. Sedikit pun tak rasa nak menyampuk. Lagipula, Fazli ada. Sedang melakukan senaman untuknya. Walaupun dia sudah boleh berdiri dan menguruskan diri sendiri, tapi Dila masih tak benarkan. Dila masih meminta Fazli untuk menguruskan semua keperluannya.
“Dah, Fazli?” Tanya Firdaus.
Fazli angguk.
“Bolehlah balik.” Arah Firdaus.
Fazli angguk. Itulah rutin kerjanya sekarang. Pagi, temankan Firdaus untuk berenang. Kemudian, menunggu Firdaus mandi sebelum melakukan senaman untuk Firdaus. Walaupun Firdaus boleh menggerakkan kakinya sendiri, Dila tetap menyuruhnya yang menggerakkan. Katanya, supaya saraf dikaki dan tangan Firdaus tidak cedera.
Dia hanya ikutkan saja. Janji gajinya dibayar. Lagipun, sekarang dah senang. Lepas buat senaman untuk Firdaus, dia sudah boleh pulang. Dan hanya datang keesokkan harinya untuk melakukan rutin yang sama.
Walaupun kerjanya sudah kurang, gajinya tetap sama. Cuma dia sekarang perlu mencari kerja lain. Sebaik saja Firdaus disahkan sembuh sepenuhnya, dia tidak lagi diperlukan.
“Fazli, selain kerja-kerja nursing ni, apa lagi kau boleh buat? Menaip, boleh? Pandai dealing dengan orang?” Tanya Haikal.
“Takah expert. Tapi bolehlah. Kenapa Haikal?” Jawab Fazli.
“Lepas ni, kau jadi PA aku. Nak tak?” Tanya Haikal.
“PA kau mana?” Tanya Fazli.
“Kau pernah nampak aku ada PA ke?” Tanya Haikal semula.
Fazli geleng.
“Bolehlah kalau macam tu. Tak payah aku susah-susah nak cari kerja.” Balas Fazli dan terus keluar dari bilik itu bila pandangan wajah Firdaus nampak tak selesa.
“Serius ke dik?” Tanya Firdaus.
“Seriuslah. Ingat adik buat cerita ke? Depan adik dorang buat perangai hero. Kalau abang lambat, melepaslah abang.” Jawab Haikal.
“Apa yang melepas?” Tanya Firdaus.
“Dila.”
Berkerut dahi Firdaus.
“Kita tak cakap benda yang sama ke?” Tanya Haikal sambil ketawa halus.
“Abang tanya pasal adik nak ambil Fazli jadi PA. Selama ni kan adik tak suka ada secretary, PA semua. Kenapa tiba-tiba?” Tanya Firdaus.
“Sebab selama ni yang apply semua perempuan. Taknaklah. Duduk dalam bilik tu berdeduaan. Entah apa jadi.” Jawab Haikal.
Firdaus angguk.
“Abang tak kisah ke kalau Dila pilih lelaki lain?” Tanya Haikal.
“Pilihan ditangan dia. Kalau dia nak pilih lelaki lain, abang tak kisah nak lepaskan dia. Kalau dia nak tetap jadi isteri abang, abang akan terima dia. Hidup dia, biar dia tentukan. Cukuplah 7 tahun abang gantung dia tak bertali. Biarlah dia cari bahagia dia.” Balas Firdaus.
“Dah tu yang rancang macam-macam ni untuk apa?” Tanya Haikal.
“Adha. Adha perlu ada ditempat yang sepatutnya untuknya. Disini. Dalam keluarga ni.” Jawab Firdaus.
“Pisahkan dia dengan Dila?”
“Dila boleh je datang sini.”
“Abang tahu, kan? Dila takut dengan bonda?”
“Dila takut kalau bonda tahu siapa dia.”
Haikal diam. Otaknya sedang mencerna sesuatu.
“Kejamnya, abang. Sanggup pisahkan ibu dan anak.” Terluah apa yang sedang Haikal fikirkan.
“Bukan abang yang nak macam tu. Dila yang bagi suggestion ni. Abang tak pernah minta Adha dari dia. Dia yang nak bagi.” Kata Firdaus.
“Habis tu? Abang ambil Adha. Kenapa tak ambil mak dia sama?” Tanya Haikal.
“Abang dah cakap. Pilihan ditangan Dila. Abang tak nak paksa. Kalau dia pilih abang, abang terima dengan hati terbuka. Abang sanggup berjuang untuk kehidupan kami yang lebih baik. Tapi kalau Dila ada pilihan hati yang lebih baik, abang tak boleh paksa. Kami nikah bukan atas nama cinta. Jadi, abang tak nak jadikan Adha sebagai mengikat kebahagiaan dia.” Balas Firdaus.
“Kalau bukan atas cinta, takkan boleh lahir Adha?” Tanya Haikal lagi.
“Adha lahir atas nama tanggungjawab. Tanggungjawab suami isteri. Walaupun kami nikah bukan atas nama cinta, Dila tetap mahu rumahtangga kami berlangsung macam pasangan yang lain. Tapi abang tahu Dila. Pada Dila, cinta tu complicated. Dan dia tak mahu terjebak dalam cinta. Mungkin sebab dia belum berjumpa dengan cinta hatinya. Sebab tu, dia rasa macam tu. Dan sebab tu, abang tak nak sekat dia dalam dunia abang. Biarlah dia pilih bahagia dia. Yang penting, dia bahagia.” Jawab Firdaus.
“Abang cintakan Dila?” Lembut suara Haikal bertanya. Matanya tepat merenung mata abangnya. Mencari kejujuran dalam jawapan yang bakal dilontarkan Firdaus.
Firdaus mengalihkan pandangan matanya. Dia tak mampu untuk menjawab soalan itu. Dan tak mampu juga untuk menafikan apa yang dia rasa. Cintanya pada Dila buatkan dia sanggup melawan bonda. Dan kerana cintanya kepada Dila, dia sanggup berjauhan dari anak dan isterinya. Hanya kerana Dila.
“Abang cintakan Dila.” Komen Haikal.

“Tapi Dila tak pernah cintakan abang.” Dan kenyataan itu sentiasa buat air mata Firdaus gugur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan